Ditemukan : 610 Record
hemodialisis (hémodialisis) (Ubat)
proses membersihkan darah pesakit buah pinggang dgn menggunakan mesin khas
hemofilia (hémofilia) (Ubat)
penyakit keturunan yg menyebabkan darah pengidapnya sukar membeku hingga mengakibatkan perdarahan yg teruk apabila terluka
hemoglobin (hémoglobin) (Bio)
sj protein yg mengandungi zat besi, terdapat dlm sel darah merah vertebrat, dan berfungsi membawa oksigen dr paru-paru ke tisu badan
hemoi (hémoi)
Kd, Pl tidak malu-malu langsung, tebal muka
hempap
kena ~ dihempap, ditimpa;
menghempap jatuh (tumbang, roboh, dsb) menindih sesuatu, menimpa, menindih: rumah yg roboh itu telah ~ beberapa orang yg berada di dalamnya; ~ mati menghempap sehingga mati;
menghempapkan menimpakan sesuatu yg berat dgn kuat: ~ punggungnya ke atas kerusi empuk itu;
terhempap dihempap dgn tidak sengaja, tertimpa: ayahnya mati ~ pokok yg tumbang.
hempas
campak, banting;
~ tulang berisi perut prb rajin bekerja dapat rezeki; ~ tulang tak berbalas jasa prb bekerja keras tanpa beroleh faedah;
berhempas; ~ pulas bekerja keras (mati-matian), membanting tulang: mereka ~ pulas mencari sesuap nasi;
berhempas-hempas campak-mencampak, banting-membanting: mereka bertangkaplah di dlm istana itu, ~, tunggang-langgang;
menghempas 1. membanting, menjatuhkan (diri): ia ~ ke katilnya; 2. memukul (bkn ombak dll): ombak ~ pantai dgn keras dan tidak henti-hentinya; 3. menutup pintu, tingkap, dsb dgn melepaskannya dgn kuat: Hamid ~ pintu bilik utk menunjukkan kemarahannya; ~ tulang urat = ~ tulang empat kerat menggunakan tenaga (kekuatan) sendiri membanting tulang utk mengerjakan sesuatu;
menghempaskan membantingkan, membuangkan, mencampakkan, menjatuhkan: dia ~ daun terup ke atas tikar; Ratna ~ badannya ke atas katil;
terhempas terbanting, tercampak;
hempasan 1. tempat ombak menghempas pantai (tempat yg dangkal); 2. perihal menghempas (bkn ombak), pukulan: ~ ombak yg sesekali itu menghanyutkan sampah yg terdapat di tepi pantai itu.
hempedal I
bahagian berdinding tebal dlm perut unggas tempat makanan dihancurkan; empedal, mempedal, pedal
hempedal II
~ ayam sj tumbuhan (pokok renek), Sagittaria grandiflora; ~ itik sj tumbuhan (pokok renek), nasi sejuk, serapat, Salacia flavescens
hempedu
1. bendalir berwarna kuning atau kehijau-hijauan yg dirembes oleh hati ke dlm usus utk membantu penghadaman lemak; 2. perkataan atau ucapan yg pedas (menyakitkan hati dsb): empuan itu memuntahkan ~ terhadap Herman; bagai ~ lekat di hati prb perhubungan yg erat, tidak dapat diceraikan (bkn persahabatan, perkahwinan, dll); empedu, pedu
hempuk; menghempuk
membantingkan, menghempaskan: jangan beri gelas kepadanya, nanti dihempuknya pula.
hempulur
empulur
hendak
1. = ~ akan = hendakkan berhasrat akan, ingin akan (mempunyai, mendapat, mengambil, dll): seorang buruh pun ~ sebuah rumah yg sederhana; kanak-kanak berebut-rebut ~ akan buah itu; hutan ini sudah banyak ditebang kerana hendakkan kayunya; 2. akan, bermaksud akan, mahu: saya selalu tidak ada wang ~ bayar hutang; 3. untuk: wangbuat belanja sesen pun tiada;
tak ~ tidak dgn sungguh-sungguh (mengerjakan sesuatu); ~lah mesti, harus, patut, wajib: kalau mahu sihat, ~lah dimakan makanan berzat; ~nya sebaiknya, seharusnya, semoga, sepatutnya, seyogianya: semua kanak-kanak ~nya dapat memasuki sekolah; ~punupun: ~ pun dikatakan cantik tidak juga;
menghendaki hendak (mahu) akan, mengingini, memerlukan: saya tidak ~ istana utk tempat hidup;
kehendak = ~ hati hajat, keinginan, kemahuan yg keras: tanyakan kepadanya apa ~nya datang itu;
sekehendak spt atau sebagaimana kehendak hati, nafsu, dll: jika diikutkan ~ nafsu, tidaklah baik kesudahannya; ~ hati sesuka hati;
berkehendak berharap akan, bermaksud hendak, berkeinginan: ia ~ supaya kita jadi korbannya;
berkehendakkan berkehendak akan, memerlukan: perkara itu ~ penerangan yg lebih lanjut;
mengehendaki menghendaki, memerlukan, mengingini: ia ~ semua orang menghormatinya.
hendal (héndal)
tempat pegang pd basikal, dll utk mengemudikannya
hendap
serangan ~ serangan secara bersembunyi;
menghendap merendahkan diri (membongkok dsb) atau menyembunyikan diri (menyorok) supaya tidak kelihatan (dgn maksud hendak mengintai, menangkap, dsb): mereka berjalan ~ melalui pinggir hutan itu; ~ di balik lalang sehelai prb menyembunyikan (merahsiakan) sesuatu, tetapi tidak ada gunanya kerana mudah diketahui orang;
menghendapkan menyembunyikan supaya tidak diketahui orang, menyorokkan, menggelapkan (wang dll);
terhendap-hendapbongkok-bongkok (kerana hendak bersembunyi, mengintai, dll), tersorok-sorok: ketika ia sedang ~ ia dilihat oleh askar-askar peronda.
henggung; menghenggung
bergoncang-goncang, berhayun-hayun, menghinggut; ~ bagai itik pulang petang prb berjalan sangat lambat (bkn orang yg gemuk dll)
hengit; terhengit-hengit
selalu sakit-sakit, merana
hening
1. tidak keruh, jernih, bening: air yg ~ mengalir dr bukit; 2. sunyi senyap, diam, sepi, lengang: suasana begitu ~, sehingga jarum jatuh pun boleh kedengaran rasanya;
mengheningkan 1. menjadikan hening, menjernihkan: ~ minyak yg kotor; masanya sudah tiba utk ~ suasana yg keruh itu; 2. mendiamkan, menyenyapkan (keriuhan dll): lebih baik diheningkan saja kebisingan itu; 3. berdiam diri mengenangkan sesuatu; ~ cipta bertafakur, bersemadi;
keheningan keadaan hening, kejernihan, kesunyian: jeritnya menggegar ~ malam;
pengheningan perihal mengheningkan
henjar Kl; menghenjar
1. menendang (ke bawah), memijak-mijak
hentak; menghentak
1. memijak dgn kuat-kuat, merentak, menginjak (menumbuk dll) dgn keras: anak itu ~ lantai kerana tidak dapat wang; 2. menikam, menjolok, menusuk, meradak (dgn lembing dll): anjingnya luka dihentak orang; 3. = menghentak-hentak berdenyut-denyut (hati dll): hatinya ~ menunggu keputusan peperiksaan;
menghentakkan, menghentak-hentakkan memijakkan, menumbukkan, merentakkan: ia ~ kasut tumit tingginya di atas lantai simen; ~ diri menjatuhkan diri; ~ kaki merentakkan kaki;
hentakan hasil perbuatan menghentak atau menghentakkan: ia meninggalkan ruang itu dgn ~ kaki;
penghentak alat pemadat tanah, antan
hentam
~ kromo bp a) memukul (meninju dsb) dgn hebatnya; b) melakukan sesuatu dgn sesuka hati (tanpa pertimbangan lain yg wajar);
berhentam bertumbuk, berkelahi, berlanggar;
menghentam memukul (menumbuk dsb) dgn keras, melanggar dgn kuat: lori itu ~ tiang-tiang kawat yg berderetan;
menghentamkan memukulkan,menumbukkan;
hentaman kecaman: ~ hebat Hitler terhadap peraturan atau sistem hidup selepas perang.
|