Ditemukan : 610 Record
hilap
Jk lupa akan diri sendiri (sehingga sanggup melakukan sesuatu yg kurang baik)
hilau
Mn; berhilau, berhilau-hilau 1. menari beramai-ramai (di hadapan harimau atau buaya mati dll); 2. meratapi orang mati dsb
hilir
1. bahagian sungai yg di sebelah bawah (lwn hulu atau udik): ambillah air di sebelah ~; ayah dan ibu Ah Seng yg tinggal di sebelah ~ baris kedai itu bertanam sayur dan padi; orang ~ orang yg tinggal di daerah sungai di sebelah bawah; 2. = ke hilir, menghilir (mengikut aliran sungai): maka Seri Bija Diraja pun ~lah membawa maharaja Dewa Sura kpd Bendahara Paduka Raja;
~ malam mudik tak singgah daun nipah dikatakan daun labu prb jika malas berusaha tentulah akan mendapat susah: sudah terlalu ~ malam, apa hendak dikatakan lagi prb a) orang yg mengaku kesalahannya sendiri kerana mungkir dlm janjinya; b) sesuatu kesalahan yg tidak dapat diperbetulkan lagi; tidak mengetahui hulu ~nya prb tidak tahu hujung pangkalnya sesuatu perkara dll;
berhiliran sentiasa (selalu) mengalir, mengalir ke sana ke mari;
menghilir belayar (berdayung, berhanyut) ke hilir: motobot ~ terus; berjalan ~ mudik berjalan ke sana sini, mundar-mandir, tak tentu ~ mudiknya tidak diketahui sebab-musababnya (asal usulnya dll);
bagai si jimban hendak ~ prb orang lemah lagi lembap mengerjakan sesuatu; spt penjaja, berpaling hendak ~ prb perempuan yg keluar dr rumahnya dan berjalan dgn hebat dan tampan lakunya;
menghiliri mengikuti sungai dll menghala ke hilir, berjalan (berkayuh dll) ke hilir;
menghilirkan 1. membiarkan (menghanyutkan) menuju ke hilir, membiarkan menghilir, membawa sesuatu menghilir: maka Yang Dipertuan Muda pun menyuruh hilirkan penjajapnya yg telah sedia di dlm sungai itu; 2. ki membawa (sesuatu perkara, hal, dll) ke arah tertentu;
berkehiliran berketentuan;
penghiliran perbuatan menghilir: sepanjang ~ di sungai Lepeh.
hilir mudik
ke sana ke mari, pergi balik;
sehilir semudik satu tujuan, sefahaman, sehaluan;
menghilir mudik berbuat sekehendak hati; berjalan ~ berjalan ke sana sini, mundar-mandir; tak tentu ~nya tidak diketahui sebab-musababnya (asal usulnya dll);
menghilirmudikkan melakukan (memperbuat) sesuatu sekehendak hati
himar
Ar keldai
himbau I; menghimbau
memanggil, menyebut, menyeru nama orang dll;
menghimbaukan memanggilkan, menyerukan;
himbauan seruan, panggilan: Islam memiliki ~ politik melebihi batas penggolongan geografi dan kesukuan.
himbau II; menghimbau
melemparkan (sesuatu) ke atas, menghambung, mengangkat ke atasdr jauh nampak mereka ~ pasir naik ke tebing.
himbauan
seruan, panggilan: Islam memiliki ~ politik melebihi batas penggolongan geografi dan kesukuan.
himpang; berhimpang
tumbuh, berkecambah, bertunas: kunyit ~ atas para, serai beranak atas dapur.
himpit
sangat rapat (antara dua benda dll), asak-berasak;
berhimpit, berhimpit-himpit sesak-menyesak, berasak-asak, bersempit-sempit: tak sanggup aku hendak menempuh orang yg berhimpit-himpit itu;
menghimpit 1. menindih (menekan dll) dgn barang yg berat, mengapit, menyesak: nasi itu kemudiannya dihimpit dgn lesung batu utk memadatkannya; pd perasaannya bumi ini hendak ~ dia; 2. ki menekan (dlm erti kiasan), mengasak, menyusahkan: kemiskinan ~ kehidupan keluarganya;
menghimpitkan menindihkan hingga tersepit, merapatkan hingga sesak-menyesak, menekankan;
memperhimpitkan, memperhimpit-himpitkan merapatkan berhimpit-himpit;
terhimpit 1. terjepit, terapit, tertindih; 2. ki susah (bkn kehidupan), terdesak: kehidupannya di kampung ini makin tersepit dan ~;
himpitan perbuatan menghimpit (menekan, menyesak, dll), tekanan, asakan: mereka tidak tahan lagi menderita ~ drpd tentera Jepun itu;
kehimpitan keadaan berhimpit, ketenatan: setiap individu yg paling lasak, difikirkan berjuang di dlm ~ industri Britain.
himpun (Komp)
1. proses mengumpulkan data, subrutin, dll yg diperlukan oleh atur cara utk pemprosesan; 2. proses menterjemah kod bahasa berlambang kpd kod mesin yg setara;
berhimpun berkumpul, dgn seketika itu juga segala anak cucunya pun ~lah;
menghimpunkan mengumpulkan (orang, benda, maklumat, dll): maka baginda menyuruh ~ segala orang besar-besar di dlm negeri Samudera; JPM berusaha menyampaikan ilmu yg telah dihimpunkan oleh sarjana bidang tersebut secara sistematik;
terhimpun telah dikumpulkan, terkumpul;
himpunan kumpulan: sebuah ~ puisi; analisis yg menghuraikan sekumpulan ayat melalui satu ~ data;
perhimpunan 1. perihal berhimpun beramai-ramai utk sesuatu tujuan tertentu: sekalian penghulu dan ahli bijak pandai mengadakan satu ~ besar di Padang Asam; 2. tempat berhimpun (terhimpunnya barang-barang dll): maka oleh segala orang Arab dinamainya malakat, ertinya ~ segala dagangan, kerana banyak jenis dagangan ada di sana;
penghimpunan perihal atau perbuatan menghimpunkan, pengumpulan;
penghimpun; ~ elektrik Id bateri
hina
1. rendah tarafnya (kedudukan, pangkat, dll): mereka memandang kami sangat ~, macam anjing layaknya; 2. keji (perbuatan, kelakuan, dll), kurang sopan: perbuatan itu sangat ~ dan keji; ketahuan ~ mulianya mengetahui kedudukan yg sebenarnya; ~ budi kelakuan yg kurang baik; ~-dina = ~-lata = ~-leta = ~-papa (orang yg) paling rendah martabat lagi miskin; se~ semalu nasib yg sama, seia sekata;
berhina; ~ diri merendahkan diri;
menghina, menghinakan 1. memperlakukan spt orang yg hina, rendah (kedudukan dll): biarlah saya menghina diri saya sendiri sebelum orang lain ~ saya; 2. menyinggung perasaan orang (memaki dll), memburukkan nama orang, mengejikan: dia sudah tentu tak suka menghina orang dan tak suka pula dihinakan oleh orang;
terhina dipandang (dianggap) hina, telah dihinakan: dia berasa ~ dikata-kata begitu;
hinaan sesuatu yg menghina: kata-katanya mengandungi ~;
kehinaan perihal hina (keji, buruk, dll), kerendahan (martabat dll), kekejian: ia telah jatuh ke dlm lembah ~;
penghinaan perihal menghina(kan): perbuatan itu dianggapnya sebagai satu ~.
hinap; menghinap-hinap
memikir-mikirkan sesuatu perkara (buruk baiknya dll), menimbangkan, memenungkan
hincit
nyah, pergi: sekarang ~lah kekanda dr sini;
menghincitkan mengusir, menghalau: dahulu kekanda ~ adinda, sekarang kekanda pergi dr sini!
hincut
tempang, bengkok;
terhincut-hincut berjalan tempang
hindar
pergi (dlm maksud menyuruh), nyah;
menghindar pergi, mengelak, menyingkir, menyisih: seolah-olah kesakitannya telah ~ dr dirinya;
menghindari mengelak supaya terbias drpd (kecelakaan, serangan, dll), menjauhkan diri drpd: pertempuran antara kita sama kita hanya dapat dihindari kalau saudara-saudara undur dr sini;
menghindarkan mengelakkan (menjauhkan, menyingkirkan) drpd, membiarkan: angkatan udara kita telah dapat ~ pengeboman atas ibu kota; jawapan yg demikian sebenarnya tidak dapat mengelakkan pertanyaan dan ~ persoalan;
terhindar terluput (terlepas, bebas) drpd: Yahya ~ drpd maut;
terhindarkan dapat dihindarkan: kesukaran yg ~;
penghindaran perihal (perbuatan) menghindarkan (menghindari).
hindik; menghindik
menekan dgn kaki bertalu-talu (spt orang menumbuk dgn lesung kaki), mengenjut
hindu I
Mn † induk, nenek moyang; mencari ~ mencari pertalian keluarga
hindu II
1. = agama ~ agama di India; 2. = orang ~ orang yg menganut agama Hindu
hinduisme
agama yg dominan di India, yg bercirikan penyembahan banyak dewa, sistem kasta, kepercayaan pd penjelmaan semula, dll
|