Rabu, 10 Juni 2026   |   Khamis, 24 Dzulhijah 1447 H
Pengunjung Online : 4.200
Hari ini : 47.336
Kemarin : 25.426
Minggu kemarin : 227.151
Bulan kemarin : 9.252.016
Anda pengunjung ke 105.216.314
Sejak 01 Muharam 1428
( 20 Januari 2007 )
IMAGE GALLERY
AGENDA
  • Belum ada data - dalam proses

 

KAMUS MELAYU

Kamus Melayu



Ditemukan : 610 Record
‹ First  < 21 22 23 24 25 >  Last ›
hingar

sangat bising: majlis itu ~ dgn suara orang bercakap-cakap dan bertepuk sorak; ~ -bangar = ~-bingar sangat bising, riuh-rendah, hiruk-pikuk;  

menghingari mengganggu orang dgn membuat bising: jangan ~ budak kecil yg sedang tidur itu;  

menghingarkan menimbulkan suasana yg hingar, membisingkan: jeritan kanak-kanak itu sungguh ~;  

kehingaran keadaan yg hingar, kebisingan: ~ itu dibauri dgn jerit pekik yg menggamatkan.

hingga

1. garis yg terakhir, batas: tiap-tiap sesuatu ada ~ batasnya; 2. sampai ke (had tempat, waktu, dll): percakapan terhenti ~ itu, masing-masing berdiri mencari tempat sujud; ~ kini sampai pd ketika ini; ~ kini ke atas pd masa sekarang dan selanjutnya; 3. = sehingga, hinggakan, sehinggakan sampai pd keadaan (masa dll), sampai menjadi: ~ matahari telah condong benar ke barat barulah si Tanggang berkayuh balik; 4. sl setelah (sudah);  

berhingga ada batasnya (hadnya), berbatas: air matanya bercucuran tiada ~ spt air laut;  

menghinggakan, memperhinggakan menetapkan batasnya (jumlah dll), membatasi, mengehadkan: suka sangat rasa hatinya, tidak dapat diperhinggakan;  

terhingga terbatas, terhad: kpd beliau ini kita berhutang budi yg tidak ~; maka Laksamana keluar masuk istana tiadalah ~ lagi;  

perhinggaan batas (batasan)

hinggan

† batas: kalau kurang modal Tuan Sultan menolong ~ berapa nakhoda suka; hingga

hinggap

1. berhenti terbang lalu bertenggek di atas sesuatu (bkn burung, lalat, dll): kupu-kupu ~ di atas bunga mawar; terbang-terbang ~ tidak tentu tempat tinggalnya; 2. ki singgah, jatuh dan mengenai sesuatu: kayu itu ~ betul-betul di atas kepalanya; tamparan yg kuat ~ di muka adiknya; 3. ki menimpa (bkn penyakit dll), berjangkit pd yg lain (bkn api dll): penyakit itu telah ~ padanya;  

~ mencengkam terbang menumpu prb kalau merantau ke negeri lain hendaklah mencari orang yg sesuku dan apabila hendak pulang dr sana mestilah memberitahu orang itu juga; ~ saja bagai langau, titik saja bagai hujan prb sesuatu (kemalangan dll) yg terjadi dgn tiba-tiba saja; hendak ~ tiada berkaki prb ingin berbuat sesuatu tetapi tidak berdaya;  

menghinggapi 1. hinggap pd, duduk (berdiri, melekat) pd: bubur yg dihinggapi lalat itu patut dibuang; 2. menimpa (penyakit dll), menjangkiti (api dll): penyakit pelagra biasanya ~ orang yg menjadikan jagung sbg makanan utama.  

hinggut

goyang, goncang; tak usah ~, tak tercabut prb sesuatu yg sukar dikerjakan;  

menghingguti menggoyang atau menggoncang (pokok dll);

terhinggut-hinggut bergoyang-goyang, (bergerak) berayun-ayun, bergoncang-goncang: kereta itu ~ ketika melalui jalan yg lekuk-lekak. 

hingus

lendir yg keluar drpd hidung; sakit ~ sj penyakit kuda (bengkak pd kulit lendir hidung);

bagai budak sapu ~ prb perihal orang yg tidak tahu mengerjakan sesuatu dgn sendirinya; 

berhingus 1. ada atau mengeluarkan hingus: hidungnya ~; 2. mentah (dlm pengalaman hidup dsb); 

menghingusi 1. membuang hingus drpd hidung orang lain, mengesang; 2. ki memperdayakan; 

hingusan; anak ~ Id, ki masih kecil lagi: bapanya mati ketika ia masih anak. 

hingusan
anak ~ Id, ki masih kecil lagi: bapanya mati ketika ia masih anak.
hio
C sj dupa Cina
hiperbola (Mat)
garis lengkung yg terbentuk apabila kon dipotong oleh satah (di mana sahaja kecuali di bahagian tengah)
hipermetropia (hipermétropia)
keadaan apabila seseorang tidak dapat melihat objek dekat dgn terang, rabun dekat
hipi
golongan ~ golongan yg tidak mahu menerima atau tidak patuh kpd kebiasaan-kebiasaan dlm masyarakat dan melahirkan keperibadian mereka yg bebas itu menerusi cara mereka berpakaian dan cara hidup mereka
hipnosis
keadaan seseorang yg kelihatan spt tidak sedar diri tetapi masih boleh berkomunikasi dgn pihak yg menjadikan keadaannya sedemikian
hipnotisme
kemahiran atau teknik yg berkaitan dgn hipnosis
hipokrasi
perbuatan berpura-pura baik
hipokrit
(orang yg) berpura-pura berperangai (berkelakuan, bersifat, dll) baik, (orang yg) memperlihatkan keadaan diri yg berlainan drpd yg sebenarnya, munafik
hipotek (hipoték)

IB sj gadai drpd barang-barang yg tidak bergerak (spt rumah, tanah, dll);  

menghipotekkan menggadaikan (rumah, tanah, dll) kpd bank

hipotesis (hipotésis)

sesuatu pendapat yg dianggap benar sbg alasan walaupun kebenarannya masih belum dibuktikan; 

menghipotesiskan membuat atau menganggap sesuatu sbg hipotesis: kaitan keadaan dgn orientasi atas dasar yg dihipotesiskan.     

hipotetikal (hipotétikal)
bersifat hipotesis
hiput

tumbuh-tumbuhan yg hidup pd benda organik (spt binatang, pokok) yg telah mati dan reput, saprofit

 
hirap

hilang, lenyap (bkn orang dll);  

menghirap menghilang, bersembunyi, melenyapkan diri

‹ First  < 21 22 23 24 25 >  Last ›