Sabtu, 13 Juni 2026   |   Ahad, 27 Dzulhijah 1447 H
Pengunjung Online : 1.111
Hari ini : 14.555
Kemarin : 18.252
Minggu kemarin : 227.151
Bulan kemarin : 9.252.016
Anda pengunjung ke 105.216.314
Sejak 01 Muharam 1428
( 20 Januari 2007 )
IMAGE GALLERY
AGENDA
  • Belum ada data - dalam proses

 

KAMUS MELAYU

Kamus Melayu



Ditemukan : 610 Record
‹ First  < 22 23 24 25 26 >  Last ›
hirau, menghiraukan
mempedulikan, mengacuhkan, mengendahkan, memerhatikan: pemuda itu tidak lagi ~ pekerjaannya tetapi asyik bersenang-senang sahaja. 
hiris (se)

potong nipis; se~ daging; 

menghiris memotong nipis-nipis: mereka sedang ~ daun pandan utk dibuat bunga rampai; ~ hati memilukan (menyakitkan) hati; bagai dihiris dgn sembilu sangat pedih rasa hati;  

menghiriskan memotong dgn (pisau dll), memotong utk: tolonglah kekanda hiriskan adinda limau;  

terhiris 1. menghiris atau dihiris dgn tidak sengaja: sewaktu memotong bawang tadi, dia ~ jarinya; 2. ki berasa tersinggung oleh kata-kata atau perbuatan seseorang: hatinya ~ oleh cemuhan kawan-kawannya itu; 3. ki berasa sedih atau dukacita: hatinya ~ melihat keadaan kanak-kanak itu;  

hirisan sesuatu yg telah dihiris: ~ bawang itu ditumis;  

penghiris 1. orang yg menghiris; 2. alat utk menghiris sesuatu

hiru-biru

kebisingan, kekacauan, kerusuhan;  

menghiru-birukan mengacaukan, merusuh: ada satu perkara yg musykil ~ sukmanya; haru

hiruk

~-pikuk = ~-piruk keadaan riuh-rendah, sibuk dan bising, gempar, huru-hara: dlm ketika ~ itu, perahu-perahu lanun bertempiaran lari arah ke selatan; ketawa hilai yg bercampur dgn ~-suara orang yg mabuk; 

menghiruk membuat huru-hara (gempar, ribut, bising, dll): kampung itu bising sekali, dihiruk dgn pelbagai bunyi yg tidak dapat ditentukan;  

menghirukkan menjadikan gempar (bising dll), menggemparkan;  

penghiruk orang yg suka membuat gempar (gaduh dll)

hirup; menghirup

1. menyedut dan menelan benda cair, meneguk:dia ~ air kopinya yg masih lagi berasap-asap panas; 2. Id menghisap, menyedut (rokok, udara, dll);  

hirupan perihal menghirup, sedutan: bunyi ~nya macam bunyi itik menyudu. 

his
kata utk menyatakan tidak suka (jijik dll)
hisab

1. (per)hitungan, perkiraan: ilmu ~ pengetahuan bkn menghitung (kira-mengira); 2. sl hirau, endah, peduli: maka dibedil oranglah dr darat kena kapalnya, ~ pun dia tiada;  

menghisab 1. menghitung, mengira: maka dihisab dan dihitunglah segala kebaikan dan kejahatan mereka; 2. = menghisabkan mempedulikan, menghiraukan, mengendahkan: beberapa pun dipasang orang mercun dan periuk api dan tempik sorak spt tagar, tiada dihisabkan oleh Belidamani, dirempuhnya juga; 

terhisab, terhisabkan masuk dlm hitungan, terhitung, terkira: maka tiadalah ~ lagi banyaknya.

hisap; menghisap

memasukkan sesuatu (ke dlm mulut atau hidung) dgn tarikan udara, menyedut masuk (ke dlm hidung atau mulut): dia ~ rokok; burung itu ~ manisan bunga; ~ benak terlampau banyak mengambil untung dr orang lain; ~ darah memeras orang (mengambil bunga wang dgn banyak);  

hisapan hasil drpd menghisap, yg telah dihisap; ~ jempul ki berita atau karangan yg direka-reka (khabar yg dibuat-buat);  

penghisapan 1. perihal (perbuatan) menghisap, penyedutan; 2. ki pemerasan, pemerahan: Rizal mencatatkan pelbagai ~ bumi Filipina oleh kekuasaan Sepanyol;  

penghisap 1. orang yg menghisap sesuatu (spt rokok, candu, dadah,dsb): Sultan Mahmud telah dikatakan oleh penulis-penulis Portugis sbg seorang ~ candu; 2. alat utk menghisap;  

~ darah orang yg suka memeras orang lain (dgn mengenakan bunga yg tinggi dsb atas pinjaman wang atau dgn cara lain)

histamina (Ubat)
sj bahan yg dibebaskan oleh tisu badan dlm tindak balas alahan
histerektomi (histeréktomi)
(Ubat) pembuangan rahim secara pembedahan
histeria
1. sj penyakit urat saraf yg terlihat pd letusan-letusan emosi yg tidak dapat dikawal, selap: diserang ~; 2. kegembiraan atau ketakutan yg tidak dapat dikawal
histogram
rajah yg terdiri drpd petak-petak segi empat bujur yg digunakan utk mewakili taburan sesuatu taburan kekerapan (berdasarkan tinggi rendah petak)
histologi (Bio)

kajian tentang tisu haiwan atau tumbuhan (dr segi struktur, fungsi, dll)

histori
IB (ilmu) sejarah, tawarikh
historikus
IB ahli sejarah
historiografi

1. prinsip atau kaedah pengajian sejarah; 2. penulisan sejarah;  3. karya atau hasil penulisan berkaitan dgn sejarah: al-Quran bukan sbg bahan analisis yg sistematik, laporan atau ~.  

hitam

1. warna spt warna arang, lwn putih; 2. ki dianggap tidak selamat kpd negara dsb: beberapa kawasan di Pahang masih dianggap sbg daerah ~

~ berkilat warna hitam yg berkilat (agak berminyak); ~ birat orang yg kulitnya hitam lagi hodoh; ~ kerak dodol Kl hitam yg digemari orang, hitam manis; ~ kumbang = ~ jengat = ~ legam = ~ lengit = ~ lotong = ~ pekat sangat hitam, hitam benar; ~ (tampuk) manggis hitam spt kulit buah manggis; ~ manis warna hitam kemerah-merahan (yg disukai orang); ~ mata bahagian mata yg hitam; ~ usam hitam yg tidak berseri (kotor); dlm ~ putih = ~ di atas putih (perjanjian dll) dibuat bertulis;  

~ bagai pantat belanga prb perihal keburukan tabiat seseorang; ~ dikatakan putih, putih dikatakan ~ prb tidak mengatakan yg sebenarnya (berdusta, berbohong); ~ gagak tiada siapa yg mencelupnya prb orang yg berlaku jahat dgn kemahuannya sendiri; ~-~ bendi, putih-putih sadah prb yg buruk lebih berharga drpd yg cantik; ~-~ gajah, putih-putih udang kepai prb meskipun cantik rupanya yg hina tetap hina dan yg mulia tetap mulia meskipun buruk rupanya; ~-~ gula Jawa prb sungguhpun hitam tetapi manis dipandang; ~-~ kereta api, putih-putih kapur sirih prb jangan disangka sesuatu yg buruk itu selamanya kurang harganya (malahan yg cantik itu adakalanya kurang berharga); ~ mata itu takkan boleh bercerai dgn putihnya prb orang dlm percintaan tidak mudah dipisahkan; ~ tahan timpa, putih tahan sesah prb tetap tidak berubah, boleh dikaji keasliannya; ~-~ tahi minyak dimakan juga, putih-putih hampas kelapa dibuang prb barang yg buruk tetapi berguna disimpan tetapi barang yg cantik tidak berguna dibuang; rambut sama ~ hati masing-masing = rambut sama ~ hati lain-lain prb tiap-tiap orang itu berlainan pendapatnya;  

menghitam 1. menjadi hitam: Leman masih memandang ketul keledek yg telah ~ kulitnya; 2. kelihatan hitam (kerana banyak orang berkumpul), menyemut: semut kelihatan ~ menghurung nasi itu;  

menghitamkan 1. menyebabkan jadi hitam: ia ~ lukisannya dgn dakwat Cina; asap pelita minyak tanah itu seringkali ~ lubang hidungnya; 2. memburuk-burukkan (pangkat, nama, dll), mencemar: perkara itu boleh ~ nama baik guru-guru agama; 3. Mn meninggalkan (negeri dll) dan tidak kembali lagi: dilulurnya air matanya, biarlah negeri Padang dihitamkan buat selama-lamanya;

kehitaman hitam sekali;  

kehitam-hitaman agak hitam

hitung

perihal membuat kira-kira (membahagi, mencampur, mendarab, dll); ilmu ~ ilmu hisab; ~ panjang pukul rata, rata-rata; 

berhitung 1. membuat kira-kira (spt mencampur, menjumlah, dll), berkira-kira: apa benar sukarnya berniaga, asal pandai membeli dan menjual, dan pandai ~ sedikit; ~ kepala mencongak, mengira; 2. Mn memeriksa untung rugi (perniagaan dll);  

menghitung 1. mengira berapa jumlahnya (pendapatannya, keuntungannya, dll), membilang (berapa banyaknya): menanti abang lambatnya datang duduk menanti ~ bulan; 2. menentukan atau menetapkan berdasarkan sesuatu (cara, kaedah, dll): bayarannya dihitung mulai bulan ini; dia ~ harga barang-barang import dr Jepun itu dgn wang ringgit Malaysia; 3. menganggap (memandang) sbg: kalau dihitung dr segi agama suaminya memang diharuskan beristeri lagi; makanan yg kita makan itu dihitung masih belum sempurna jika tidak bersih; bagai ~ bulu kambing prb mengerjakan sesuatu yg sia-sia;  

menghitungi mengira berkali-kali, menghitung banyak benda;  

menghitungkan menghitung utk: dia tidak mahu ~ aku telur itu;  

memperhitungkan 1. mengira-ngira berapa banyak atau jumlahnya (wang dll): perlu sekali diperhitungkan jumlah bakal pengundi menjelang pilihan raya; 2. menyelesaikan (hutang dll) dgn membuat perkiraan: hutangmu itu akan diperhitungkan dgn gajimu; 3. mengingat (memikir akan, memberi perhatian akan): soal nama tidak perlu diperhitungkan, yg penting ialah perjuangan parti; 4. mempedulikan, mengendahkan: petualang-petualang politik menggilakan kuasa dgn tidak ~ kepentingan nasional; 5. merundingkan sesuatu dgn teliti, mempertimbangkan: senang-senang dia membuat sesuatu keputusan tanpa ~ buruk baiknya;  

terhitung 1. telah (sudah) dihitung (dikira); 2. dapat atau boleh dikira, terbilang, terkira: orang yg menonton pertunjukan kesenian di Stadium Negara tidak ~ banyaknya; 3. tergolong dlm hitungan, termasuk dlm perkiraan: dia menjadi seorang saudagar yg ~ kaya-raya;  

hitungan 1. hasil drpd menghitung (mengira): saya belum dapat mengesahkan ~mu; 2. perkara (soal dll) yg perlu dikira (spt ilmu hisab, masalah, dll); ~ angka-angka Id mengira dgn angka-angka saja; ~ kepala Id pekerjaan mengira dlm kepala (mencongak); ~ soal(an) Id perkara berhitung yg difahamkan dr kalimat-kalimat atau cerita (masalah); 3. = perhitungan pertimbangan, fikiran, pendapat: sudah putus sahaja ~ engkau akan kahwin dgn Marah Adil, dan terus perkahwinan dilangsungkan;  

perhitungan perihal menghitung (mengira-ngira, mempertimbangkan, dll), pertimbangan, perkiraan: menurut ~ itu aku mendapat 1000 ringgit keuntungan; pd ~ sekarang satu keruh itu lebih kurang dua batu setengah jaraknya; memberi malu anak gadis orang tidak baik pd ~ kanda; bila dia telah menjalani hukumannya dia akan membuat ~ dgn orang yg telah menyebabkan dia masuk penjara;  

penghitungan perbuatan menghitung;  

penghitung 1. alat utk menghitung; 2. orang yg menghitung

hIV
kep Human Immunodeficiency Virus (sj virus yg menyebabkan AIDS)
hiwalah
Ar pemindahan tanggungan hutang seseorang kpd tanggungan orang lain: mereka tidak perlu membuat sebarang ~ kpd sesiapa pun. 
‹ First  < 22 23 24 25 26 >  Last ›