Ditemukan : 1135 Record
jirik
Kl pijak
jirim (Fiz)
bahan yg mengisi ruang dan mempunyai jisim; ~ kelabu (Bio) tisu saraf kelabu, terutamanya dlm otak dan saraf tunjang, yg mengandungi badan sel saraf dan juga gentian saraf; ~ putih (Bio) tisu saraf putih yg sebahagian besarnya terdiri drpd gentian saraf berselaput mielin
jirus I; menjirus
menyiram dgn air, mendirus: jangan lupa ~ bunga-bunga yg di tepi rumah itu;
penjirus orang (alat) utk menjirus: ~ bunga.
jirus II
makin kecil ke hujung, meruncing, tirus
jisim
Ar 1. jasad, badan, tubuh; 2. (Fiz) sekelompok benda (jirim) yg merupakan jumlah isi sesuatu jasad dan tidak tertakluk pd graviti
jitah
akar ~ sj tumbuhan (akar yg melilit), jitan, Willughbeia tenuiflora
jitak
Jk; menjitak menampar, menempeleng
jitan
jitah
jitok
tengkuk
jitu
kena pd tempatnya, tepat benar: dia menjawab pertanyaan itu dgn ~;
menjitukan mengenakan dgn tepat (jawapan, pukulan, dll), memberikan jawapan, dll secara tepat: ~ pendapat serta memperoleh jawapan yg tepat;
kejituan perihal jitu, ketepatan, kewajaran: Husserl menerima dan memperakui ~ pendapat mereka; tidak cukup dgn hanya menggunakan istilah dan tatabahasa yg betul sahaja, tetapi seharusnya dapat memancarkan ~ bahasa;
penjituan proses menjitukan sesuatu benda: pembaikan imej boleh dilakukan melalui komputer dgn menggunakan perisian ~ imej kodak.
jitung
sj tumbuhan (pokok), rengas, rengas air (tembaga), Gluta renghas
jiwa
1. nyawa, roh (yg ada dlm tubuh manusia); berhutang ~ berhutang nyawa (kerana membunuh orang lain); melayang ~nya mati; membuang ~ membunuh diri; merentang ~ hampir akan mati; putus ~ mati; 2. batin (perasaan, fikiran, cita-cita, dll yg terkandung dlm hati manusia): buku itu mencerminkan ~ pengarangnya; ilmu ~ pengetahuan mengenai batin manusia, psikologi; penyakit ~ penyakit batin (gila dll); 3. benda atau orang yg memberi kegiatan serta semangat kpd sesuatu pertubuhan dll: dialah yg merupakan ~ pergerakan pemuda di kampung itu; 4. buah hati, kekasih: oh ~ku, hanya engkau seoranglah yg kucintai; 5. penjodoh bilangan dlm menghitung penduduk, orang: kampung ini mempunyai beberapa ratus ~ penduduk; cacah ~ = pencatatan ~ penghitungan jumlah penduduk, banci; 6. maksud yg sebenarnya, maksud yg tersirat: segala tindakan yg diambil haruslah sesuai dgn ~ perjanjian persahabatan yg telah ditandatangani itu;
~ raga ki daya usaha yg sungguh-sungguh: dia mengorbankan seluruh ~ raganya utk membesarkan anak-anaknya;
~ bergantung di hujung rambut prb dlm keadaan yg sangat berbahaya; bertukar ~ dgn semangat prb sedang berkasih-kasihan;
sejiwa keadaan hubungan yg sangat bulat dan sepakat: sehati ~;
berjiwa 1. mempunyai jiwa, bernyawa, hidup: dijumpainya di tepi sungai tubuh yg tidak ~ ; 2. bersemangat: banyak pegawai yg masih ~ penjajah; bahasa kebangsaan sbg alat utk membina kesatuan nasional serta mewujudkan warganegara ~ Malaysia;
~ besar a) mempunyai sifat tidak mahu dikuasai (dipengaruhi dll) orang; b) mempunyai cita-cita yg mulia dgn tidak segan memberi pengorbanan; ~ kecil lwn berjiwa besar; ~ rakyat bersemangat kuat utk menolong rakyat;
menjiwai memberi jiwa (semangat, hidup) kpd: semangat dan perjuangannya telah ~ seluruh pergerakan itu;
kejiwaan kerohanian, kebatinan: ini agak pelik kalau ditilik dr sudut ~ orang Melayu; sebenarnya gejala-gejala buruk daripadanya adalah besar sekali baik dr segi kejasmanian mahupun dr segi ~;
kesejiwaan perihal atau keadaan sejiwa: percampuran dan ~ kata-kata;
penjiwaan perihal menjiwai
jiwang
bp kep jiwa-jiwa (perlakuan sentimental)
jiwat
sj tumbuhan (pokok), jambulan, krian duat, salam, Eugenia cumini
jiwit; menjiwit
mencubit dan memulas: ~ pipi.
jizyah
Ar ufti yg dibayar oleh orang (atau negeri) bukan Islam kpd negeri (atau raja) Islam yg menaklukinya
jKR
kep Jabatan Kerja Raya
jln
kep Jalan
jobak
berjobak bergelegak
joblos
Jk; kejoblos, terjoblos terperosok; → jeblos
|