Ditemukan : 1135 Record
jobon
Pr; berjobon, berjobon-jobon bertimbun(-timbun)
jobong
Jk, bk pelacur
jodo
Jk jodoh, sesuai; → jodoh
jodoh
1. pasangan hidup (laki-laki atau perempuan), imbangan: engkau haruslah berhati-hati dlm memilih ~ ; 2. pertemuan (antara gadis dan teruna yg menghasilkan perkahwinan): apa boleh buat, dah tak ada ~ ; ~ pertemuan pasangan sbg suami isteri (yg telah ditentukan Tuhan); bertemu ~ (dgn) berkahwin (dgn); habis ~ bercerai (suami isteri); 3. lawannya atau pasangannya: nasi lemak ~nya sambal tumis ikan bilis; 4. sesuai, sepadan, setuju, secocok: harganya tidak ~ dgn buatannya;
sejodoh sepasang: orang ~ bagai cincin;
berjodoh = ~ dgn berpasangan (dgn), berkahwin (dgn);
menjodohi menjadi jodoh kpd, berkahwin dgn: biarlah patik ~ paduka kekanda;
menjodohkan, memperjodohkan mengahwinkan: Salikun bercadang hendak ~ anak perempuannya dgn seorang ustaz;
perjodohan pertunangan, perkahwinan: ~ manusia itu tidak dapat ditentukan;
penjodohan perihal menjodohkan seseorang: Ali menerima ~ anaknya dgn teruna pilihannya;
penjodoh pemadan, pasangan, lawan; ~ bilangan (Lin) perkataan yg digunakan berpasangan dgn nama apabila menunjukkan bilangan (spt ekor utk binatang, helai utk kain, biji utk buah, dll)
jodong; menjodongkan
mencebikkan (bibir dgn maksud menghina, mengejek, dll): Lili ~ bibirnya;
terjodong tercebik
jogan
sl tombak, bendera (sbg tanda kebesaran raja);
~ alam tombak kerajaan (yg dihiasi dgn emas); ~ alamat jogan yg memberi tanda utk memulakan sesuatu (memukul gendang, berarak, dll); → cogan
jogar
sj permainan (spt permainan dam);
berjogar bermain jogar
joget (jogét)
sj tarian dan lagu Melayu yg agak rancak iramanya, ronggeng, tandak; penari (perempuan) ~ wanita yg mencari wang dgn menari joget; buaya ~ laki-laki yg tergila-gilakan perempuan joget;
berjoget 1. menari joget; 2. menari (sebarang tarian)
jogi
pertapa Hindu
joging
lari perlahan-lahan terutamanya sbg senaman;
berjoging berlari joging, berlari dgn langkah yg tidak kencang atau pantas, lazimnya utk menyihatkan badan
johan
1. sl dunia, alam; 2. orang yg menang dlm pertandingan, juara; ~ arifin orang yg utama di antara cerdik pandai; ~ pahlawan pahlawan dunia, orang yg gagah berani; ~ tinju juara tinju;
kejohanan pertandingan dsb utk menentukan johan, kejuaraan;
~ terbuka pertandingan utk menentukan johan yg dibuka kpd sesiapa sahaja yg ingin bertanding; ~ tertutup pertandingan utk menentukan johan yg penyertaannya dibataskan kpd petanding-petanding tertentu sahaja (misalnya kpd warganegara yg menganjurkan kejohanan)
johar I
bintang ~ bintang timur (Venus); → zuhrah
johar II
Jw sj tumbuhan (pokok), Cassia siamea; → juar
johong I
sj ilmu yg digunakan supaya orang lain mengikuti kehendak kita;
menjohong mengenakan ilmu kpd orang lain supaya ia mengikut kehendak kita
johong II
~ beralih sj tumbuhan (pokok renek), tebuk seludang, tuba seluang, pancis, Polygonum barbatum
johor I
1. sj tumbuhan (pokok), busuk-busuk jeragar, sebusuk, Cassia siamea; 2. sj tumbuhan (pokok), bulu-bulu, lemak ketam, membulu rimba, Pellacalyx saccardianus
johor II
negeri di selatan Semenanjung, keluasaan 18985 km2, Johor Bahru sebagai ibu negeri, Darul Takzim
jojol
tiang dll yg dipancang utk mengepung air (sungai dll);
menjojol, terjojol menonjol keluar, tersembul
jok
Jk tempat duduk pd kereta (beca dll)
joki
orang yg menunggang kuda dlm perlumbaan terutama sbg profesionnya
|