Ditemukan : 1135 Record
jokir
jokong
jola
Kl benar, sungguh
jolak; berjolak, menjolak
menyala berkobar-kobar (api)
jolek (jolék); menjolek
membungkus (dgn daun dll)
joli I
sj usungan
joli II
sepasang (kuda); dua se~ sepasang (laki-laki dan wanita); → jori
joli III; berjoli
bersenang-senang atau berfoya-foya dgn menghabiskan wang: kerjanya ~ sahaja;
menjolikan menghabiskan (wang dll) utk bersenang-senang atau berfoya-foya: Tuan Yusof ~ wang syarikat itu.
jolok I; menjolok
1. menusuk (merodok) sesuatu dgn galah dll supaya gugur, menusuk ke dlm lubang dll: kalau engkau hendak ~ buah rambutan itu carilah galah yg panjang sedikit; 2. memasukkan jari tangan ke dlm lubang hidung (kerongkong dll); 3. memancing-mancing keterangan dll drpd orang, mengajuk atau menduga (hati orang);
~ alang (orang) yg sangat tinggi; ~ anak menggugurkan kandungan; ~ hati mengajuk hati; ~ mata a) sangat jelas
~ sarang tebuan prb melakukan sesuatu yg mendatangkan bahaya; yg dijolok tiada jatuh, penjolok tinggal di atas prb keuntungan yg diharap-harapkan tidak didapat, sedangkan modal atau alat utk mendapatnya hilang juga;
menjolokkan menjolok utk;
jolokan perbuatan menjolok (memancing-mancing keterangan dll, menduga hati orang dsb): dia dapat berasa ~nya tentang tanggungjawab Yang Berhormat itu terhadap rakyat telah mencuit hati orang besar itu;
penjolok galah dll utk menjolok
jolok II
sj tumbuhan (pokok memanjat), akar getah gaharu, akar getah gegerip, Willughbeia coriacea; ~ hantu sj tumbuhan (pokok), malas (segan) berdahan, telur obok, Arthrophyllum ovalifolium
jolokan
perbuatan menjolok (memancing-mancing keterangan dll, menduga hati orang dsb): dia dapat berasa ~nya tentang tanggungjawab Yang Berhormat itu terhadap rakyat telah mencuit hati orang besar itu;
jolong
1. Ph (lebih) tinggi drpd yg lain (manusia dll); 2. Kl tabung buluh yg panjang utk mengambil air, calung;
menjolong menjulur keluar, menonjol panjang keluar
jolong-jolong I
buaya ~ buaya yg muncungnya panjang tirus, Tomistoma schlegeli; ikan ~ sj ikan laut yg muncungnya panjang lancip, julung-julung, Hemirhamphus spp
jolong-jolong II
perahu ~ sj perahu yg haluannya berparuh panjang
jolor
Mn; menjolor berengsot (mengesot) dgn menghela perut (spt kanak-kanak), menjalar (spt ular)
jom
Kd kata ajakan
jombak → jompak
jombang
Mn cantik, tampan;
kejombangan kecantikan, ketampanan
jompak; berjompak, menjompak
mengangkat kaki hadapan ke atas, melompat dgn mengangkat kaki hadapan ke atas;
berjompakan 1. berloncat-loncatan (dgn kaki hadapan terangkat ke atas); 2. ki bergolak (air dll); → dompak
jompo
Jk sangat tua: dia menziarahi mayat ibunya di sebuah gereja di asrama tempat tinggal orang ~.
|