Minggu, 17 Mei 2026   |   Isnain, 30 Dzulqaidah 1447 H
Pengunjung Online : 0
Hari ini : 2.127
Kemarin : 32.639
Minggu kemarin : 249.195
Bulan kemarin : 15.288.374
Anda pengunjung ke 105.216.314
Sejak 01 Muharam 1428
( 20 Januari 2007 )
IMAGE GALLERY
AGENDA
  • Belum ada data - dalam proses

 

KAMUS MELAYU

Kamus Melayu



Ditemukan : 4220 Record
‹ First  < 48 49 50 51 52 >  Last ›
kebas II

~-kebus bunyi kain dll dikibas (dikibar keras-keras); ~-tangas perbuatan mengibas-ngibas atau menyebat-nyebat (oleh bomoh utk menghalau penyakit dll); 

mengebas 1. mengibar-ngibar kain dll dgn keras (supaya hilang debunya dll), mengibas(kan): kain yg penuh debu itu dikebasnya sebelum dipakai; 2. memukul-mukul sesuatu (spt meja dll) dgn kain (utk menghilangkan debu dll): lantai yg kotor itu dikebasnya dgn kain buruk; 3. bp mengambil dgn tiada izin pemilik, mencuri (biasanya barang yg kurang berharga): rokok aku habis dikebasnya.  

kebasahan

keadaan basah: ia sedang menggosok-gosok senapang yg ~ sedikit kerana peluh; bahan itu mungkin rosak disebabkan oleh ~;

kebasi
sj ikan laut, nandung, pias, selangat, Anodontosoma chacunda
kebat I

ikat, bebat, balut; ~ pinggang Mn ikat pinggang; se~ bagai sirih Mn sekata, sepakat; 

mengebat mengikat, membebat, membalut; 

~ erat membuhul mati prb menetapkan sesuatu aturan atau perjanjian yg tidak dapat diubah lagi; ~ erat-erat membuhul mati-mati prb membuat perjanjian hendaklah dgn sempurna; ~ sekebat erat, melangkah selangkah sampai, berkata sepatah sedang prb orang yg tetap pendiriannya; 

mengebatkan menjadikan sesuatu sbg kebat, mengikatkan; 

terkebat 1. terikat, terbebat, terbalut; 2. ki terlibat (dlm sesuatu perkara); 

pengebat alat utk mengikat (membebat, membalut); tali ~ tali pengikat

kebat II
~-kebit tidak pernah diam (selalu bergerak, bekerja, dll)
kebatilan

perihal tidak benar, lwn kebenaran: hanya dgn berbuat demikian, ~ akan hapus dan kebenaran akan muncul; berani berjuang dan berjihad utk menegakkan kebenaran dan menentang ~. 

kebatinan
1. perihal batin; 2. = ilmu ~ ilmu batin, tasawuf
kebaya, kebayak
baju perempuan yg bertangan panjang dan berbelah di bahagian dadanya (ditutup dgn butang, pin, atau kerongsang); ~ labuh = ~ panjang kebaya yg labuh (hingga ke lutut); ~ pendek = ~ bandung kebaya yg singkat (hingga ke pangkal paha)
kebayakan
perihal bayak (gemuk dan kurang tinggi), besarnya (perut), buncitnya (perut)
kebayan
1. sl orang suruhan; 2. = nenek ~ perempuan tua yg menjadi perantara dlm percintaan antara pemuda dan pemudi (dlm cerita dongeng zaman dahulu); 3. Jw pegawai kampung (tugasnya menyampaikan perintah)
kebayang
sj tumbuhan (pokok), merelang, pauh kijang, Irvingia malayana
kebebalan
kebodohan
kebebasan
perihal (keadaan) bebas, kemerdekaan: Kedah mencari ~ negerinya drpd takluk orang-orang Siam; ~ akhbar kebebasan surat khabar menyiarkan berita (membuat ulasan dsb) tanpa dikongkong atau disekat; 
kebecokan
~ mulut perihal becok (mulut): ada kesedihan yg tersimpan di sebalik keriuhan dan ~ mulutnya.  
kebejatan
kerosakan, keburukan
kebek II (kébék)
Pr; mengebek mencari
kebek; I terkebek-kebek
(kébék) berjalan terhegeh-hegeh (sekejap ke kiri sekejap ke kanan)
kebekuan
perihal (keadaan) beku: keadaan ini boleh membawa kita keluar drpd ~ fikiran;  
kebel

sj tumbuhan (pokok), Eurycoma longifolia

kebelaan
sl belaan, yg dibela: segala raja akan ditanyai Allah drpd segala ~nya, drpd segala rakyatnya;  
‹ First  < 48 49 50 51 52 >  Last ›