Minggu, 17 Mei 2026   |   Isnain, 30 Dzulqaidah 1447 H
Pengunjung Online : 0
Hari ini : 2.128
Kemarin : 32.639
Minggu kemarin : 249.195
Bulan kemarin : 15.288.374
Anda pengunjung ke 105.216.314
Sejak 01 Muharam 1428
( 20 Januari 2007 )
IMAGE GALLERY
AGENDA
  • Belum ada data - dalam proses

 

KAMUS MELAYU

Kamus Melayu



Ditemukan : 4220 Record
‹ First  < 47 48 49 50 51 >  Last ›
kebam I; mengebam

~ bibir memasukkan bibir ke dlm mulut (hingga tidak kelihatan lagi);

terkebam-kebam tergerak-gerak bibir sehingga masuk ke dlm mulut

kebam II

warna putih kebiru-biruan (spt warna timah, langit, dll)

kebambam

Jk sj tumbuhan (pokok dan buahnya), sj mempelam, Mangifera odorata

keban
bakul tempat menyimpan benang dan jarum
kebandaran

1. segala yg berkaitan dgn fungsi, keistimewaan yg ada dlm sesebuah bandar: keempat-empat negeri ini lebih ~ berbanding dgn tempat-tempat lain di Malaysia; 2. bersifat spt orang bandar (moden, canggih, dll): gaya hidup golongan elit lebih ~; 

kebangatan
keterlaluan; banget 
kebanggaan
1. kemegahan: pahlawan itu menjadi pasak ~ tanah air ; 2. rasa besar hati
kebangkitan
1. kebangunan, kesedaran serta kegiatan yg membawa kemajuan: ~ bangsa Asia; ~ Islam sebenarnya harus didukung oleh tradisi ilmu yg mampu melahirkan tamadun besar; 2. pemberontakan: mereka mendakwa bahawa adanya penceroboh-penceroboh itu sbg satu ~ dr dlm negeri;  
kebangsaan
1. yg berkaitan dgn negara secara keseluruhan, nasional: semangat ~; 2. dipilih utk melambangkan keperibadian sesebuah negara spt bahasa, pakaian, dsb: pakaian ~; bunga ~; bahasa ~; 3. yg dicipta khas utk dinyanyikan sbg menyatakan taat setia kpd negara: lagu ~; 
kebangsawanan
1. kedudukan yg bersifat bangsawan: sesiapa mengahwini seseorang perempuan kerana ~nya, nescaya Allah tidak akan menambah kepadanya melainkan kehinaan; ~ turunan; 2. ki sifat kemuliaan: ~ fikiran
kebangunan

kebangkitan, keinsafan, kesedaran: ~ Tanah Melayu menghasilkan kemerdekaan;  

kebanjiran
1. ditimpa (dilanda) banjir, tergenang air kerana banjir; 2. ki dipenuhi oleh (manusia, barang, dll)
kebankrapan
keadaan atau kejadian bankrap, kemuflisan: kesannya terhadap sektor pengilangan berasaskan eksport sangat teruk, menyebabkan ~ dan pengangguran.  
kebanyakan
1. jumlahnya, banyaknya: bukan ~ tetapi nilainya yg penting; 2. sebahagian besar, yg terbanyak: kerajaan mendapat sokongan drpd ~ ahli parlimen; 3. biasa: dia bukan kuli ~, tetapi seorang yg mempunyai cita-cita tinggi; orang ~ orang biasa; 4. biasanya, amnya: Raja Haji Yahya telah mencatatkan cerita rakyat Melayu yg ~nya kita istilahkan sbg cerita-cerita penglipur lara; 5. Jk sangat banyak, terlampau banyak;
kebapaan
sifat sbg bapa: dia menunjukkan sifat-sifat ~ yg tulen.  
kebaqaan
perihal (keadaan) baqa: jika seseorang telah benar-benar merindui Tuhan, maka kefanaannya akan tenggelam dlm ~ Tuhan.  
kebarangkalian
(Mat) pengukuran kemungkinan berlakunya sesuatu (perkara, hal) dinyatakan sama ada dlm bentuk pecahan atau peratusan
kebaratan, kebarat-baratan
meniru-niru (adat, cara hidup, kelakuan, dll) orang Barat, berlaku spt orang Barat: inilah yg terjadi kpd pelajar yg terlalu ~; 
kebarung
baju yg potongannya merupakan gabungan potongan kebaya dan kurung
kebas I

1. sj penyakit lumpuh (pd anggota); 2. berasa kaku (pd anggota); 3. semut-semutan pd anggota (kerana lama terhimpit dsb); membuang-buang ~ berjalan-jalan supaya hilang kebas (semut-semutan); 

mengebaskan menjadikan (menyebabkan) kebas: duduk bersila lama-lama boleh ~ kaki.  

‹ First  < 47 48 49 50 51 >  Last ›