Ditemukan : 4220 Record
kebutuhan
sesuatu yg diperlukan, keperluan
kecabaian
berasa panas atau pijar pd tempat yg kena cabai; spt orang ~ prb tidak tentu hala rupanya (tidak boleh diam, gelisah sangat, dsb)
kecabaran
ketawaran hati, ketakutan;
kecabulan
perihal cabul;
kecacatan
perihal (keadaan, sifat, dsb) kurang sempurna, kekurangan atau keadaan (yg menjejaskan sesuatu): ~ ini tidak zahir pd mata ramai kerana Sulung sangat pandai melindungkan kekurangannya; ~ pd anggotanya tidak sedikit pun menghalangnya mencapai cita-citanya; ~ sembahyang fardu yg tidak disengajakan, kerana lupa, rosak bacaan, dll;
kecah
kecuh-~ ; → kecuh
(kécah); ~-becah kacau-bilau, halai-balai;
berkecah tidak kemas atau tidak teratur, berserak, berselerak, kacau-bilau: kalau longgok adunan itu kelihatan terlalu ~ atau tidak tentu bentuknya, betulkanlah sedikit-sedikit dgn tangan;
mengecahkan menyerakkan, menyelerakkan, menaburkan: kecahkan udang itu rata-rata dan tuangkan sekali kuahnya.
kecai; berkecai, berkecai-kecai, terkecai
1. pecah kecil-kecil (spt kaca yg jatuh terhempas), hancur, bersepai, remuk; 2. koyak-koyak (kain, kertas, dll) hingga menjadi kepingan yg kecil-kecil, hancur: surat itu dikoyak-koyaknya hingga menjadi berkecai-kecai; mula-mula orang tidak percaya bahawa mayat yg sudah hancur ~ itu ialah mayat Buyung; 3. ki hancur, musnah: harapan seorang ibu melihat anak sulung, menantu dan empat orang cucunya berbuka puasa bersamanya ~ apabila mereka terkorban dlm satu kemalangan semalam; ketai
kecairan
kecak
(kécak) incang-incut (kerana tercedera kaki), tertempang-tempang
kecak; berkecak
bercekak; ~ pinggang bercekak pinggang
kecakapan
1. kesanggupan, kemampuan, kecekapan; 2. Id kemahiran, kepandaian (melakukan sesuatu); 3. Mn kepantasan membuat (mengerjakan) sesuatu, ketangkasan, kepantasan, kecekapan; → cekap
kecam I; mengecam
mengkritik (keras), membidas, mencela: beliau ~ sikap setengah-setengah pegawai yg kerap menggunakan bahasa Inggeris dlm urusan-urusan pejabat;
kecaman kritikan (yg keras), bidasan, celaan: pendapat ahli Parlimen itu telah menimbulkan ~-~ hebat drpd ahli-ahli agama;
pengecam pembidas, pengkritik, pencela
kecam II
sj tumbuhan (pokok), kelat lapis (merah, paya), sekujah, Eugenia longiflora (lineata); ~ hutan sj tumbuhan (pokok) mengambir, Maesa ramentacea.
kecaman
kritikan (yg keras), bidasan, celaan: pendapat ahli Parlimen itu telah menimbulkan ~-~ hebat drpd ahli-ahli agama;
kecamatan
1. daerah yg diketuai oleh camat; 2. pejabat camat
kecambah
tumbuhan yg baru keluar drpd benih; ~ kayu ara takkan jadi pulut-pulut prb orang yg berani tidak akan menjadi penakut (orang besar tidak akan hilang kekuasaannya);
berkecambah 1. mulai (baru) tumbuh; 2. tumbuh dgn banyak(nya); → cambah
kecamuk; berkecamuk
1. menjadi hebat (peperangan, perjuangan, dll), menghebat, menjadi-jadi, merajalela: ketika itu perang dunia sedang ~; 2. menjadi kacau atau tidak tenteram (fikiran, perasaan, dll), kacau-bilau: perasaannya ~, cemas, duka, gembira, dan sayu; berbagai-bagai ingatan ~ dlm kepalanya;
kekecamukan keadaan atau perihal berkecamuk: ~ fikiran dan perasaan.
kecandan → kecindan
kecanduan
ketagihan: lagu Mera Bolbol telah menjadi lagu pujaan mereka yg ~ filem-filem Hindustan;
kecanggihan
perihal (sifat, keadaan, dsb) canggih: ~ senjata-senjata moden sangat dikagumi oleh banyak pihak;
|