Minggu, 17 Mei 2026   |   Isnain, 30 Dzulqaidah 1447 H
Pengunjung Online : 2.025
Hari ini : 32.435
Kemarin : 30.160
Minggu kemarin : 249.195
Bulan kemarin : 15.288.374
Anda pengunjung ke 105.216.314
Sejak 01 Muharam 1428
( 20 Januari 2007 )
IMAGE GALLERY
AGENDA
  • Belum ada data - dalam proses

 

KAMUS MELAYU

Kamus Melayu



Ditemukan : 4220 Record
‹ First  < 55 56 57 58 59 >  Last ›
kecanggungan

kecanggungan 1. perihal canggung (kekok, kaku, janggal), kekekokan, kekakuan, kejanggalan; 2. perihal canggung (segan-segan atau malu-malu): ~nya jelas pd gerak-gerinya; 3. perihal canggung (kurang elok atau sempurna pd pandangan atau pendengaran): ~ bahasanya memperlihatkan kecetekan pengetahuannya tentang tatabahasa bahasa Melayu. 

kecantikan

perihal cantik, keelokan (rupa muka, benda, dll), kemolekan, keindahan; 

kecap

bunyi spt bunyi cicak; 

mengecap 1. mengeluarkan bunyi spt bunyi cicak; 2. = mengecap-ngecap, berkecap-kecap, terkecap-kecap mengatup-ngatupkan mulut ketika makan hingga berbunyi berdecap-decap: dia makan sambil ~-ngecap; 3. merasa (mencuba) masakan dll, mencicip: ~ gulai utk mengetahui sedap tidaknya; 4. ki merasai, menikmati: ~ kebahagiaan; ~ nikmat;  

kecapan sesuatu yg dikecap (dgn lidah); 

pengecap 1. orang yg mengecap (merasai, menikmati); 2. perasa (lidah)

(kécap) Id kicap

kecapaian
keletihan; capek
kecapan

sesuatu yg dikecap (dgn lidah); 

kecapi I

sj alat bunyi-bunyian bertali yg dipetik sbg gitar (spt cerempung); memetik ~ bermain kecapi; 

berkecapi bermain kecapi

kecapi II
sj tumbuhan (pokok dan buah), sentul, Sandoricum koetjape; buah ~ buah sentul
kecapikan

perihal capik: ~ kakinya tidak menghalangnya drpd menyertai perlumbaan jalan kaki itu. 

kecar

~ lakum sj siput darat yg beracun, Nanina humphreysiana; ~ lotong sj siput tanpa karang, Atopos maximus

(kécar) sj rojak

kecederaan

keadaan cedera (luka, patah tulang, dsb): bermain-main semasa bekerja kerap kali menyebabkan orang lain mendapat ~. 

hal atau keadaan cedera; 

khianat, keadaan tidak setia;  

keceh

(kécéh) Kl; mengeceh menggores (memantik) api, menggesekkan (mancis dll) supaya keluar api

kecek I (kécék)

1. Mn, Kl cakap, celoteh, borak: seorang yg cetek ilmu pengetahuannya lebih omong atau ~nya; ~ anak-anak celoteh anak-anak (budak-budak); banyak ~ banyak cakap, banyak mulut, (cerewet); beralih ~ beralih percakapan (kpd hal yg lain); habis ~ habis cakap (sudah selesai); 2. Kl, Tr tipu, kecoh; 

~ anak Melaka prb gayanya spt orang yg berada padahal serba kekurangan (cakap tinggi tetapi tidak berisi); ~ bagai bunyi merendang kacang prb percakapan yg tidak keruan; ~ bagai ketiak ular prb percakapan yg tidak berkeputusan (berpanjang-panjangan); ~ berlauk-lauk, makan dgn sambal lada prb, Mn selalu menyombongkan kepandaiannya (kekayaannya dll) padahal bodoh (miskin dll); 

berkecek-kecek bercakap-cakap, berceloteh, berbual-bual, berborak; 

mengecek 1. bercakap-cakap, berbual-bual, berborak-borak; 2. menipu atau memperdaya (dgn kata-kata), memujuk utk meminta (menyuruh berbuat) sesuatu: ibu bapanya hari-hari mendongeng, ~ dan memujuk dia supaya berkahwin; sudah dikecek dikecong pula prb dua kali tertipu (terpedaya); 

mengecekkan 1. mempercakapkan, memperkatakan (hal orang lain); 2. memegahkan (kepandaiannya, kekayaannya dll); 

pengecek 1. orang yg suka mempercakapkan hal orang lain; 2. (orang yg) pandai memujuk atau meminta-minta sesuatu

kecek II (kécék)
main ~ sj permainan (dgn memutar duit syiling dan menutupnya dgn telapak tangan), main lerap
kecekalan
ketabahan (keteguhan, ketetapan) hati
kecekapan
1. kesanggupan, kemampuan; 2. kebolehan melakukan sesuatu (spt kerja dll) dgn cepat dan sempurna, kemahiran, kepandaian (melakukan sesuatu); 3. kepantasan membuat sesuatu (berfikir dll); 
kecekatan
kepantasan, kecepatan, kecekapan (melakukan sesuatu)
kecelaan

1. cela, cacat, kecacatan; 2. keaiban: mendatangkan ~ kpd keluarga; 

kecelakaan
bencana, kemalangan, kesusahan, malapetaka: hidupnya terdesak dan mengalami ~ selalu; polis tidak ada di tempat ~ itu; perempuan itu mati kerana ~.
kecelaruan
perihal bercelaru (bkn keadaan, fikiran, dll), keadaan kacau-bilau: ~ yg wujud apabila agama Taoisme, Hindu, dan Islam dianggap sama sudah jelas menunjukkan kejahilan.
kecele (kecelé, kecélé)
Jk tidak beroleh yg diharapkan (dicari, dijangka, dll), kecewa, hampa
‹ First  < 55 56 57 58 59 >  Last ›