Minggu, 17 Mei 2026   |   Isnain, 30 Dzulqaidah 1447 H
Pengunjung Online : 1.891
Hari ini : 32.414
Kemarin : 30.160
Minggu kemarin : 249.195
Bulan kemarin : 15.288.374
Anda pengunjung ke 105.216.314
Sejak 01 Muharam 1428
( 20 Januari 2007 )
IMAGE GALLERY
AGENDA
  • Belum ada data - dalam proses

 

KAMUS MELAYU

Kamus Melayu



Ditemukan : 4220 Record
‹ First  < 56 57 58 59 60 >  Last ›
keceloparan

perihal celopar: dia berharap agar Irwan telah pulih drpd tersinggung akibat ~ mulut Abon. 

kecemaran
1. kekotoran; 2. keburukan (nama dll), kekejian: ia hendak melindungi keluarganya drpd ~ yg dilakukan oleh orang lain;
kecemasan
1. ketakutan, kebimbangan, kegelisahan, kekhuatiran: mereka kelihatan ~ kerana takut mati kelaparan; 2. keadaan bahaya, darurat: setiap saat mereka berada dlm keadaan bahaya dan ~; 
kecemburuan

1. perihal cemburu; 2. kecurigaan, syak; 

kecemerkapan
keadaan (sifat) cemerkap; kelalaian: tiga orang drpd mereka berasa kecewa oleh sebab ~ sahabat mereka. 
kecemerlangan
ki keelokan, keindahan, kegemilangan: nyanyian itu menyimpan sejarah ~ Islam.
kecenaan

sudah ada tandanya (buktinya), sudah terbukti

kecendekiaan
segala sifat yg berkaitan dgn cendekia, kecerdikan: melalui pendedahan tersebut, pelajar akan memperoleh pengalaman ~.<i> 
kecenderungan
kesukaan (keinginan, kemahuan), kecondongan (bkn bakat, hati): pendapat pentafsir itu bergantung pd ~nya; kaedah mengajar ini mesti disesuaikan dgn ~ kanak-kanak; 
keceng (kécéng)

tertutup mata sebelah;                

sekeceng; ~ mata sekelip mata, seketika, sekejap: malam tadi ~ mata pun saya tidak tidur; mengecengkan; ~ mata memejamkan mata sebelah (ketika membidik, mengamati sesuatu dll); kereceng

kecepatan
1. cepatnya sesuatu perjalanan (gerakan dll), kelajuan: ~ putaran jentera itu dikendurkan; ia menjalankan keretanya dgn ~ 50 km sejam; 2. Jk terlalu cepat; 
kecepek

(kecépék); senapang ~ senapang lantakan (ubat bedil diisikan dr hujung larasnya)

kecepung → kecimpung
kecer (kécér)
Jw sj alat bunyi-bunyian, gembreng
kecerahan

perihal cerah; 

kecercaan
keadaan kena cerca: pemerintah yg mengelakkan ~ dgn melakukan peperangan di luar negeri; 
kecerdasan
kesempurnaan akal (utk berfikir, mengerti, dll spt kepandaian, kepintaran, kecerdikan)
kecerdikan

1. kepintaran, kepandaian; 2. kecurangan, kelicikan

kecerewetan
perihal cerewet: ~ boleh saja berpunca drpd ketidaksesuaian jadual yg disediakan. 
kecergasan
1. perihal atau keadaan cergas (tubuh, otak, dsb): menjaga ~ fikiran dan badan setiap hari; 2. perihal cergas (pantas, cepat), kepantasan, kecepatan: ~ kanak-kanak cacat itu membuat kerja-kerja tangan mengagumkan pengunjung-pengunjung ke pusat itu; 3. perihal cergas (giat, aktif), kegiatan, keaktifan: ~nya dlm pergerakan persatuan itu mendapat perhatian pihak atasan; 4. perihal cergas (pasaran saham); 5. perihal cergas (bkn gunung berapi), keaktifan
‹ First  < 56 57 58 59 60 >  Last ›