Minggu, 17 Mei 2026   |   Isnain, 30 Dzulqaidah 1447 H
Pengunjung Online : 1.133
Hari ini : 22.060
Kemarin : 30.160
Minggu kemarin : 249.195
Bulan kemarin : 15.288.374
Anda pengunjung ke 105.216.314
Sejak 01 Muharam 1428
( 20 Januari 2007 )
IMAGE GALLERY
AGENDA
  • Belum ada data - dalam proses

 

KAMUS MELAYU

Kamus Melayu



Ditemukan : 4220 Record
‹ First  < 76 77 78 79 80 >  Last ›
kehalobaan

ketamakan: segala penderitaan, ~ dan kecurangan yg saya alami tidak terkikis utk beberapa lama; loba

kehalusan
keadaan yg halus (perbuatan, sifat dll): ~ bahasa; 
kehambaan
keadaan menjadi hamba: syarat atau asas perkenalan sesama manusia termasuklah patuh, taat, dan mengaku ~ kpd Allah; 
kehambaran
rasa hambar, rasa tawar: pd mulanya memang ada sedikit prasangka tentang ayam luar negeri mungkin kerana ~nya. 
kehamilan
keadaan hamil, masa sedang hamil: bilangan wanita yg berjumpa dgn doktor dan bidan pd awal ~ sedang bertambah di Malaysia; ~ ektopik, (Ubat) kehamilan di luar rahim
kehamisan
perihal hamis, bau hamis: ~ daging kambing dapat dihilangkan dgn mencucinya dgn tepung gandum.  
kehampaan
1. perasaan kecewa (kerana tidak mendapat, menemui, mencapai dsb sesuatu yg dihajati atau dicita-citakan), kekecewaan: kebanyakan para orientalis menyatakan ~ mereka terhadap kekurangan tradisi kesusasteraan Islam; ia pergi dlm ~; 2. ki ketiadaan pengetahuan, kebodohan, kedunguan
kehampiran
perihal (keadaan, kedudukan, dsb) hampir atau dekat dgn; 
kehancingan
perihal hancing, bau hancing, keharingan
kehancuran
perihal hancur (rosak binasa), kebinasaan, kemusnahan: ~ rumah tangga; ~ ekonomi negara; 
kehandalan
1. keadaan handal, kesetiaan; 2. kecekapan, kepandaian: cerita perjuangan Hang Tuah dan ~nya. 
kehangatan

1. perihal hangat (panas), kepanasan; 2. kena hangat (panas); 3. terlalu hangat; 4. perihal hangat (meriah), kemeriahan; 5. perihal hangat (tegang, genting), ketegangan, kegentingan: ~ perdebatan itu meresahkan orang ramai. 

kehangitan
1. perihal hangit (masakan, kuih yg dibakar); 2. perihal hangit (hapak), bau hangit, kehapakan
kehangusan

1. keadaan hangus; 2. terbakar hangus: ~ hati a) panas hati, sangat marah; b) kerinduan

kehantuan
sifat atau perbuatan yg dikaitkan spt hantu: ia disejajarkan dgn sifat-sifat ~, kejelikan, dan kejahatan; aru-aru  
kehanyiran
perihal hanyir (bau): dia tidak tahan ~ bau ikan itu. 
kehanyutan
perihal (keadaan dsb) terlalu asyik dgn sesuatu (selama terbawa mengelamun dsb): watak-watak anak muda, diperlihatkan ~ dlm arus kota yg simpang-siur;
keharfiahan

 perihal harfiah

keharmonian
1. keadaan harmoni (selaras, sesuai, sepadan), keselarasan, kesesuaian: sebaliknya, sains dan teknologi yg telah berkembang itu telah menyebabkan tiada ~ antara manusia dengan alam sekitar; 2. keadaan harmoni (mesra), kemesraan: ~ perhubungan antara kedua-dua buah negara; menikmati ~ hidup di desa; ~ rumah tangga. 
keharu-biruan
keadaan haru-biru: ~ yg berlaku dlm mimpinya itu pasti akan menambah tekanan jiwanya. 
‹ First  < 76 77 78 79 80 >  Last ›