1. saudara perempuan yg lebih tua; 2. saudara lelaki yg lebih tua, abang; 3. panggilan kpd orang perempuan yg lebih tua;
berkakak 1. mempunyai kakak; 2. memanggil kakak, menggunakan perkataan ‘kakak’ terhadap orang perempuan yg lebih tua (sbg menghormati secara mesra): ia tidak pernah lupa ~ apabila bercakap dgn perempuan-perempuan yg lebih tua sedikit daripadanya.
kakak II
berkakak, berkakakan, mengakak1. mengeluarkan bunyi ‘kak, kak’ (spt itik) 2. = terkakak-kakak tertawa kak-kak-kak, ketawa gelak-gelak
bh panggilan yg bermakna ‘kakak’ atau ‘abang’ (sekarang biasanya digunakan dlm surat-menyurat); kanda
kakang
Jw kakak, abang; kang
kakap I
sj ikan laut, siakap, Lates calcarifer;
~ batu sj ikan laut, Plectorhincus gibbosus; ~ merah sj ikan laut, jenahak, sendarat, ungar, Lutjanus argentimaculatus; ~ putih sj ikan laut, Lates calcanifer.
sirih ~ sirih kerakap (daun sirih pd bahagian pangkal pokok, kasar dan keras)
kakap V
Mn pegang;
mengakap memegang, mengerjakan atau mengusahakan (sawah dll)
kakar → kekar I
kakas I
Mn kais (cakar); ~ ayam cakar ayam;
mengakas mengais, mencakar
kakas II ; mengakas
mengerasi atau memaksa
kakawin
Jw sj puisi Jawa kuno
kakek (kakék)
Id 1. datuk; ~ moyang nenek moyang; 2. = kakek-kakek a) orang lelaki yg tersangat tua: kelihatan seorang ~ datang tergopoh-gapah; b) sudah tua benar (bkn orang lelaki): suaminya sudah ~.
kaki ayam
1. kaki pd ayam; 2. kaki yg tidak berkasut; 3. Kl sj kuih dr keledek;
berkaki ayam tidak berkasut
kaki I
1. anggota badan (mulai dr paha ke bawah) utk berjalan (berdiri, melompat, dsb): sebelah ~nya dilunjurkan; ~ kewet Kl kaki tempang; (ber)jalan ~ berjalan dgn tidak menggunakan kenderaan; mesin (jahit) ~ mesin jahit yg dijalankan dgn kaki; 2. bahagian kaki (anggota badan) yg di sebelah bawah (dr buku lali ke bawah): ~nya terlalu besar utk kasut itu; tapak ~ permukaan kaki yg di bawah sekali (dr tumit hingga ke jari); 3. bahagian (sbg penyangga atau penopang) tempat sesuatu benda berdiri: ~ kerusi; ~ meja; 4. bahagian yg di sebelah bawah sesuatu; ~ gunung bahagian bawah gunung; ~ kain bahagian kain sarung yg di sebelah bawah; ~ langit bahagian langit yg kelihatan spt bertemu dgn permukaan laut atau bumi; ~ seluar bahagian seluar yg menyelubungi kaki (apabila dipakai); 5. penjodoh bilangan bagi beberapa jenis benda: se~ bunga; se~ payung; se~ kunyit; 6. ukuran panjang yg sama dgn 12 inci atau 30 sentimeter: kira-kira satu ~ setengah tingginya; 7. ki (orang yg) suka melakukan sesuatu: ~ arak orang yg suka minum arak; ~ botol orang yg suka minum minuman keras; ~ buli orang yg suka menyakiti, menganiayai atau menakuti orang yg lemah (utk membuat sesuatu); ~ gaduh (orang yg) suka bergaduh; ~ judi (orang yg) suka berjudi; ~ (meng)umpat orang yg suka mengumpat;
~ bajang tiang yg beralaskan batu dll yg lebar; ~ bangku (orang yg) tidak pandai bermain (menyepak) bola; ~ butang benang penjahit yg dililitkan di bawah butang yg dikenakan pd baju dll; ~ hutan tepi (pinggir) hutan; ~ lima a) lantai di antara depan (deretan) kedai atau rumah dgn tepi jalan; b) lantai yg beratap yg menghubungkan dua buah rumah; ~ papan unit ukuran papan gergaji (dgn dimensi satu kaki panjang, satu kaki lebar, dan satu inci tebal); ~ perempuan orang yg suka main perempuan; ~ seribu lari kerana ketakutan, langkah seribu; ~ telanjang kaki yg tidak berkasut; ~ tengkar orang yg suka bertengkar; ~ tiga penopang kamera dll; ~ tiung padi yg hampir masak;
~ naik, kepala turun prb tidak berhenti-henti bekerja utk mencari rezeki; ~ pekuk lenggang ke perut prb orang yg hodoh; ~ sudah terlangkahkan, tangan sudah terjembakan Mn prb sudah melakukan kesalahan; berjalan peliharakan ~, berkata peliharakan lidah prb berhati-hati apabila melakukan atau memperkatakan sesuatu; cepat ~ ringan tangan prb sangat cekap dan suka menolong; naik basuh ~ sahaja prb mendapat sesuatu dgn mudah sahaja; terikat ~ tangan prb tidak bebas atau tidak berkuasa (lagi);
berkaki mempunyai (memakai) kaki;
~ seribu lari kerana ketakutan, membuka langkah seribu; ~ kpd (pd) bergantung pd;
mengaki 1 turut bekerja dgn tidak mendapat bayaran (upah); 2. menurut segala perintah, mengabdi, patuh: betapa garangnya ia, tunduk ~ juga kpd anggota polis;
~ langit rata (lurus) sbg kaki langit; ~ meja bp tidak naik darjah;
pekaki; ~ layar galah besar di sebelah bawah layar