Sabtu, 16 Mei 2026   |   Ahad, 29 Dzulqaidah 1447 H
Pengunjung Online : 0
Hari ini : 6.065
Kemarin : 30.160
Minggu kemarin : 249.195
Bulan kemarin : 15.288.374
Anda pengunjung ke 105.216.314
Sejak 01 Muharam 1428
( 20 Januari 2007 )
IMAGE GALLERY
AGENDA
  • Belum ada data - dalam proses

 

KAMUS MELAYU

Kamus Melayu



Ditemukan : 4220 Record
‹ First  < 97 98 99 100 101 >  Last ›
kelamin

1. pasangan atau jodoh (laki-laki dan perempuan), dua sepasang; katil ~ katil utk dua orang; 2. keluarga (suami isteri dan anak); 3. = alat ~ kemaluan manusia atau binatang (pd laki-laki atau perempuan, jantan atau betina); penyakit ~ penyakit pd kemaluan (lelaki atau perempuan); perhubungan ~ persetubuhan, perhubungan jenis; 4. = jenis ~ antina, jenis (lelaki atau perempuan, jantan atau betina);   

sekelamin 1. sepasang (suami isteri), dua sepasang (jantan dan betina); 2. sekeluarga: ran itu didiami oleh ~ orang Sakai;  

berkelamin 1. berpasangan (lelaki dan perempuan), dua sepasang; 2. bersama isteri atau suami (dan anak): taman bunga masih ramai dgn orang yg bersiar-siaran ~ dan berpasang-pasang; 3. beristeri (bersuami), beristeri (bersuami) dan beranak, berkeluarga: ia sudah bosan membujang dan ingin pula hidup ~; 

mengelamin mengahwini; 

perkelaminan perihal berkelamin, kehidupan sbg suami isteri atau sbg suatu keluarga: kedua-dua pihak, lelaki dan perempuan, yg hendak mendirikan rumah tangga harus mengetahui hal-hal yg berkaitan dgn ~.  

kelambur
berkedut-kedut, berkerut-kerut, lisut
kelambu III
pokok ~ sj tumbuhan (herba), ca padang, teh makau, Scorparia dulcis
kelambu II
angin ~ angin utara; ~ menunggal angin yg bertiup ke utara; ~ sebelah angin yg bertiup ke arah laut; musim ~ menunggal musim angin utara
kelambu I

sj kain kasa (atau kain berlubang halus-halus) yg dipasang menyelubungi tempat tidur (utk mencegah nyamuk); ~ punjut kelambu yg digantungkan pd satu tali sahaja; 

berkelambu memakai (mempunyai) kelambu: tempat tidur yg ~; 

mengelambu bergantungan apabila dipakai (kerana terlampau besar atau longgar), geleber, gedoboh; pakaian ~ pakaian yg geleber (kerana terlampau longgar)

kelambit
keluang
kelambir II → gelambir
kelambir I
kelapa, nyiur
kelambatan
1. perihal lambat, kelewatan: ~ menetapkan harga padi itu telah menyebabkan mereka rugi; Seri Bija Diraja menyembahkan sebab-sebab ~ yg dialaminya itu; 2. terlewat (drpd yg ditentukan), terlambat
kelambanan
keadaan lamban: ~ plot novel itu. 
kelambai, si kelambai
api si kelambai api kebakaran yg menjalar-jalar; sarung ~ = rambut dijalin ~ rambut yg terlalu kusut; gedembai
kelamai
sj kuih yg menyerupai dodol; gelamai
kelamaan
1. sl masa (yg tertentu), lama: hatta berapa ~nya, Seri Nara Diraja pun kembali ke rahmatullah; 2. † terlalu lama; 3. akhir-akhirnya; 
kelama
hijausj tumbuhan (rumpai), bayam pasir (tanah), daun serapati, kerak nasi paya, kerenak, kernau, rumput kulang pulut, rumput loh, Alternanthera trianda (sessilis)
kelam-kabut

tidak keruan, kacau, tidak tentu arah: keadaan pd waktu itu ~; perasaanku ~; 

berkelam-kabut berkeadaan (berlaku, bergerak dgn) tidak berketentuan atau teratur, berkacau-bilau: wanita-wanita turut ~ dlm majlis itu.  

kelam II
bilah-bilah besi yg digunakan utk memperteguh sambungan balak dll
kelam I

1. idak berapa terang (bkn cahaya, keadaan hari, dll), (agak) gelap, suram: hari sudah mulai ~; ia berada dlm cahaya lampu yg ~; 2. tidak berapa terang atau jelas kelihatan (bkn tulisan, benda, dll), kabur; 3. kurang nampak (mata), tidak dapat melihat dgn terang, kabur: surat itu susah hendak dibacanya kerana matanya ~; ~ baja petang hari (kira-kira pukul empat); ~ lebam (pekat, keciak, kelimut) † sangat gelap, gelap-gelita; ~ disigi, lekung ditinjau prb sesuatu yg kurang jelas hendaklah diselidiki dgn saksama; 

berkelam = berkelam-kabut;  

mengelamkan 1. menjadikan kelam (tidak terang, tidak jelas), mengaburkan; 2. menjadikan (agak) gelap, menyuramkan, menggelapkan; 

kekelaman perihal kelam, kegelapan: dlm ~ gerhana itu, Dewi melarikan diri;  

pengelaman perihal atau perbuatan mengelamkan, penggelapan

kelalut
tidak teratur tumbuhnya (spt belukar dll), tidak berketentuan (percakapannya)
kelaluan

1. (yg) telah lepas, telah lalu; 2. Mn cita-cita, hajat, tujuan; 

kelaliman
kebengisan, kekejaman, ketidakadilan: sbg anak muda, hamba tidak dapat membiarkan ~ terus-menerus; zalim
‹ First  < 97 98 99 100 101 >  Last ›