Ditemukan : 4220 Record
kalak
songsang ~ terbalik, tersongsang
kalakanji
Mn sj tumbuhan (rumput yg mencucuk atau melekat pd pakaian); kelakanji
kalakian
sl kala itu, ketika itu, kemudian, lalu: ~, tersebutlah pula baginda ketiga laki isteri bersuka-sukaan di dalam istana.
kalam I
kata, perkataan; ~ Allah = kalamullah kata-kata Allah; ilmu ~ ilmu bkn iman; akhirul ~ akhirnya (penutup kata); berpanjang ~ berkata panjang lebar, tammatul-~ tamatlah perkataan, selesailah kisah (cerita)
kalam II
1. alat utk menulis (drpd kabung dll); ~ batu pena atau alat utk menulis pd papan batu; 2. sl kemaluan (lelaki): Maka Bendahara pun hairanlah melihat ~ raja seperti dikhatankan orang.
kalam III
Mn sj pasir hitam bercampur emas yg diayak; semiang ~ sangat sedikit, terlalu kecil
kalamdan
sl sj kotak tempat menyimpan kalam atau pena
kalamina
(Kim) sj garam zink yg digunakan utk membuat ubat-ubatan
kalamisani
keris ~ sj keris Jawa (yg lebar, lurus dan berkeluk-keluk di pangkalnya)
kalamkari
sl sj kain cita yg berbunga
kalamullah
Ar (al-Quran) kalimah Allah atau kitab Allah
kalandar
sl fakir, orang zahid (pendeta) yg meminta-minta sedekah
kalang I
galang, landasan, penyangga, ganjal (spt bantal dll), alas;
~ ayam tempat ayam bertenggek (tidur); ~ dada kayu (galah) yg diikat melintang (sbg pelampung) pd perahu; ~ dara gelang-gelang (tali) yg mengikat andang-andang dgn tiang, kelendara; ~ ulu bantal kepala; berlentang ~ Kl lintang-pukang (tidak teratur); besar ~ penakut; sempit ~ mudah marah; terbalik ~ bertentangan pendapat;
tidak tentu ~ tumpuan, tidak tentu ~ batang prb apabila marah semua orang digusari; selapik seketiduran, sebantal se~ ulu prb karib sekali (persahabatan);
berkalang bergalang, beralas, berbantal, berganjal: (mati) ~ tanah ki mati;
mengalang menggalang, menjadikan berbantal (berlandasan dll), mengalas, mengganjal;
mengalangkan menggalangkan, mengalaskan, mengganjalkan; ~ leher = ~ merih mempertaruhkan nyawa utk menolong orang lain: saya halangi engkau beristerikan Poniem, saya kalangkan leher saya, kerana saya tahu akan akibat yg akan kauhadapi;
memperkalang 1. menggunakan sbg bantal (alas); 2. ki menjunjung tinggi;
terkalang tergalang, terganjal;
~ di mata, terasa di hati prb tergerak hati hendak mengetengahkan buah fikiran dll; lidah ~ prb tidak dapat membantah (menolak, menjawab, dll) permintaan orang (kerana sudah terhutang budi dll)
kalang II; kalangan
1. lingkungan, golongan: sajak ‘Sidang Roh’ oleh Kassim Ahmad mendapat reaksi yg keras drpd berbagai-bagai ~; di ~ orang Melayu; di ~ mahasiswa; di ~ negara Barat hanya Perancis berusaha mencapai matlamat dasar luar negeri; bahasa ~ bahasa (kata-kata) yg biasa dipakai dlm sesuatu golongan tertentu: ~ atas golongan atas; 2. lingkaran, gelanggang; ~ ayam gelanggang ayam; ~ bulan lingkaran bulan
kalang III
~-kabut a)kelam-kabut; b) tidak tentu fikiran (binggung)
kalang IV
ikan ~ sj ikan keli; tertangkap di ikan ~ prb berlawan dgn orang yg pandai (kaya, berani)
kalap
Jw hilang akal, tidak siuman, gila, dirasuk hantu (syaitan): bagaimanapun, persekitaran yg demikian dan dgn daya pukau yg tajam, Sang Pertapa menjadi ~, masih menolak tetapi menerimanya juga;
kekalapan kebingungan
kalar
kalas I
gelang-gelang atau tali dr rotan pd dayung (utk menyangkut dayung pd perahu);
terkalas tersangkut (dayung)
kalas II
habis ~ habis semua, tidak tinggal sedikit pun;
mengkalas; cuci ~ habis kalas, habis semua
|