Ditemukan : 4220 Record
kaki III
burung ~ dian sj burung, kedidi pantai, Tringa totanus eurhinus
kaki IV
~ ayam sj ikan laut
kaki V
~ bayan sj tumbuhan (pokok), singgah, tembusu tikus, Pteleocarpa malaccensis
kakis; mengakis
merosakkan secara tindakan (proses) kimia;
terkakis dapat atau telah dikakis;
kakisan hal atau keadaan mengakis
kakitangan
pekerja (pejabat, syarikat, dll), pembantu (yg turut melaksanakan atau mengurus kerja).
kakok
Mn ; mengakok memegang, mengusahakan, mengerjakan; → kakap V
kaksa
lapisan tanah yg mengandungi bijih timah
kaktus
sj tumbuhan (pokok) dr famili Cactaceae berbatang hijau, berisi dan berduri yg biasanya banyak terdapat di kawasan panas dan kering
kaku
1. tidak boleh dilentur, kejang, kejur: mayat itu sudah ~; kerana sejuk, tangannya menjadi ~; mulutnya ~ ki mulutnya tidak boleh dibuka atau berkata-kata; ~ lidah ki tidak dapat bercakap (berkata-kata) dgn lancar; 2. ki tidak kemas, janggal, canggung (bkn gerak-geri dsb), tidak lancar (jalan bahasa dll), tidak hidup (lukisan dll): plot cerpen ini dibuat-buat, wataknya ~ dan persoalan di dalamnya mendatar dan ringan sahaja; gaya dan gerak-gerinya ~; bahasanya ~; lukisan itu ~;
kekakuan perihal atau keadaan kaku, kekejuran, kecanggungan
kakus
Id jamban
kal
ukuran banyak (beras dsb) yg sama dgn cupak
kala I
masa, waktu, ketika; pd ~ pd masa, pd waktu; ada ~nya, ada masanya (ketikanya), kadang-kadang; barang ~ sebarang waktu; dahulu ~ zaman dahulu, purbakala;
sekala; sekali ~ sekali-sekali, kadang-kadang;
berkala (keluar, terbit, dsb) berulang-ulang pd waktu yg tetap (mengikut jangka waktu yg tertentu); tiada ~ tiada tetap waktunya; majalah ~ majalah yg terbit berulang-ulang pd waktu yg tetap (pd tarikh yg ditetapkan);
berkala-kala terkadang-kadang, dr semasa ke semasa;
keberkalaan keadaan (hal) berkala: ~ yg terangkum dlm alam fizikal.
kala II
sj binatang kecil yg mempunyai empat pasang kaki dan sengat pd ekornya; jenis-jenisnya: ~ bangkang, ~ jengking, ~ pisang dll; bintang ~ suatu gugusan bintang (akrab)
kala III
NS; tali ~ tali tempat berpaut utk perempuan bersalin, tali agas
kala IV
sl sj sutera
kala V
jerat
kala VI
~ hajat buang air besar
kalah
1. tidak menang (dlm peperangan, perkelahian, pertandingan, dll), alah, tewas: Negeri Jerman ~ teruk dlm peperangan itu; pasukan bola sepak kita ~ dgn 3 gol berbalas 2; pertandingan ~ mati pertandingan yg menurut peraturannya, pihak yg kalah tidak dapat bertanding lagi seterusnya; 2. kerugian atau kehilangan wang kerana tidak menang (dlm perjudian dll): ia berjudi dan ~ seratus ringgit; 3. tidak lulus (dlm peperiksaan): ia pandai tetapi ~ dlm peperiksaan; 4. tidak setanding, kurang (kebagusannya dll apabila dibandingkan dgn sesuatu yg lain), tidak sama (besarnya, kuatnya, pandainya, dll): wanita Asia tidak ~ tentang akal fikirannya; memang ~lah bangunan ini kalau hendak dibandingkan dgn yg terdapat di ibu kota; tidak mahu mengaku ~ tidak mahu menerima (mengakui) kelebihan orang;
~ jadi abu menang jadi arang prb kalah menang sama sahaja bagi kedua-dua pihak yg berkelahi (iaitu sama-sama rugi); ~ membeli menang memakai prb sungguhpun mahal tetapi baik mutunya (tahan lama dll);
mengalah tidak mahu melawan (berkelahi, bertengkar, dll), mengaku kalah, (dgn tidak menentang dsb), menyerah: Saman ~ dan tidak suka perkara itu berpanjangan; ia tidak mahu ~ walau apa pun yg terjadi;
mengalahkan 1. menyerang (menentang dsb) hingga pihak yg dilawan tidak dapat melawan lagi, menjadikan kalah (tertakluk dll), menewaskan: dlm Perang Dunia II, pihak sekutu telah ~ Jerman; 2. mengatasi (lawan atau peserta lain dlm pertandingan dan mendapat mata yg terbanyak dsb), menewaskan: dia memenangi pingat emas setelah ~ tujuh orang perenang lain; 3. mengatasi atau melebihi kebolehan (kebagusan dsb) orang atau pihak lain: dia dapat ~ sesiapa sahaja dlm serba-serbi kecuali dlm perkara wang; 4. mengatakan (menganggap dsb) kalah;
terkalahkan dapat dikalahkan;
kekalahan perihal kalah, ketewasan (dlm peperangan, pertandingan, perdebatan, dll): pasukan itu mengalami ~ teruk dlm pertandingan olahraga baru-baru ini; ~ Jerman dan Jepun dlm Perang Dunia Kedua; ~nya dlm pilihan raya itu merupakan suatu pukulan yg hebat kpd parti tersebut.
kalai I
Mn; mengalai berbaring atau bersandar pd;
mengalaikan membaringkan, menyandarkan
kalai II; mengalai
membersihkan dgn menggosok (barang yg berkarat dll)
|