Sabtu, 16 Mei 2026   |   Ahad, 29 Dzulqaidah 1447 H
Pengunjung Online : 0
Hari ini : 4.997
Kemarin : 30.160
Minggu kemarin : 249.195
Bulan kemarin : 15.288.374
Anda pengunjung ke 105.216.314
Sejak 01 Muharam 1428
( 20 Januari 2007 )
IMAGE GALLERY
AGENDA
  • Belum ada data - dalam proses

 

KAMUS MELAYU

Kamus Melayu



Ditemukan : 4220 Record
‹ First  < 99 100 101 102 103 >  Last ›
kelai
Mn; mengelai, mengelai-ngelai berbaring dgn bersandar
kelahiran

1. perihal keluar dr kandungan ibu, lahirnya (anak): pd saat ~ anak itu, Sharifah Aini menangis lagi; 2. (sesuatu) yg berkaitan dgn perihal lahir: hari ~; 3. perihal keluar (terbit dsb), terhasilnya: sejambak bunga haruslah dihadiahkan kpd usaha gigih penyusunnya dan sekali gus kpd Dewan Bahasa dan Pustaka kerana telah memungkinkan ~ antologi ini; dlm bulan April tahun ini, Jepun mengingati ~ Institusi Sekolah Pemerintahan dan Pengurusan Matsushita;

kelahi

pertengkaran, perbalahan, pergaduhan; sehabis ~ teringat silat prb setelah selesai sesuatu perkara atau pekerjaan, baru teringat cara yg baik menyelesaikannya; 

berkelahi bertengkar, berbalah, bergaduh: riuh-rendah bunyi orang ~; 

~ di ekor alahanprb memperdebatkan perkara kecil atau perkara yg sudah selesai; ~ dlm mimpi prb a) tiba-tiba bersikap spt orang telah berkelahi; b) bersusah payah dgn sesia sahaja; ~ dgn orang tak berambut prb berkelahi (berselisihan) dgn orang yg rendah tarafnya atau kurang sempurna akalnya; bagai ~ dlm kapuk (kepuk) prb perihal sesuatu perkara yg tidak mudah diselesaikan; 

memperkelahikan 1. menyebabkan (orang) berkelahi; 2. merebutkan (memperjuangkan) sesuatu dgn berkelahi; 3. melawan berkelahi, menyerang; 

perkelahian pertengkaran, perbalahan, pergaduhan: terjadilah ~ hebat antara suami isteri itu.  

kelah II

IB; pengaduan, tuduhan, dakwaan;  

mengelah melaporkan atau mengadukan (sesuatu kpd pihak berkuasa), membuat pengaduan, menuduh, mendakwa

kelah I
ikan ~ sj ikan darat, Tor spp
kelah

(kélah) = perkelahan;

berkelah bersuka-suka dan berjamu beramai-ramai (di pantai dll), berpiknik: ramai pelawat yg datang ~ ke Pantai Port Dickson tiap-tiap hujung minggu;  

perkelahan perihal berkelah, piknik: adat bermain pantai ini merupakan suatu ~ kaum tani yg terbesar.  

keladi

1. sj tumbuhan (herba yg ubinya boleh digoreng atau digulai), talas; ~ babi = ~ cina = ~ telur = ~ udang = birah ~ sj keladi, Colocasia antiquorum; ~ cali = ~ cantik = ~ hitam = ~ rimau = ~ ular sj keladi, birah hitam, birah kijang, Alocasia denudata; ~ sebaring sj keladi birah, Alocasia indica; 2. sj tumbuhan (herba yg banyak macamnya);

~ air sj tumbuhan (herba), kelipuk padang, Sagittaria guavanensis; ~ bukit sj tumbuhan (herba), mata bisul, mata udang, selimpat air, senjuang hutan, Aglaonema pictum; ~ bunting sj tumbuhan dlm air, bunga jamban, kemeling telur, Eichhornia crassipes; ~ moyang sj tumbuhan (herba), kelemoyang, Homalomena spp.; ~ puyuh sj tumbuhan (herba), birah kecil, Typhonium spp.; akar ~ tanah sj tumbuhan (pokok memanjat), akar iang-iang rimba, Vitis gracilis; rumput ~ sj tumbuhan (rumput), rumput bukit, rumput kuran, rumput tahi kerbau, Fimbristylis miliacea;  

air di daun ~ = daun ~ dimandikan prb sukar ditunjuk ajar atau dinasihati; spt birah dgn ~ prb hampir sama sahaja. 

keladau ; mengeladau
menjaga, mengawasi, mengamat-amati
keladan
sj tumbuhan (pokok), kuras, Dryobalanops oblongifolia
keladak

hampas (kotoran dll) yg mendap ke bawah air; ~ minyak (kopi dll) hampas minyak (kopi dll) yg mendap ke bawah; 

~ perut a) najis (tahi) yg akhir sekali keluar dr orang yg akan meninggal; b) ki anak yg penghabisan; 

berkeladak mengandungi keladak, kotor kerana keladak: air kapur dlm balang itu ~; kelodak

kelabut; berkelabut
kelam-kabut, tidak tentu arah: ~ kelekatu terbang dan hinggap di lampu itu; ~ asap rokok keluar dihembuskannya.  
kelabung; berkelabung, terkelabung
bercampur aduk, kacau-bilau, bersepah (pakaian dll)
kelabu

1. warna spt abu; 2. ki suram, tidak ceria: perasaannya tetap ~;  

mengelabui = ~ mata ki menyelindungkan keburukan (kecurangan dll) drpd pengetahuan umum, mengelirukan atau menyesatkan perhatian orang (dgn menggunakan muslihat), mengabui (mata), memperdaya, menipu: memang ada cara-cara utk ~ orang-orang asing sehingga mereka tidak dapat menangkap apa yg dimaksudkan;  

mengelabukan menjadikan berwarna kelabu, mewarnai dgn warna kelabu; 

kekelabuan keadaan kelabu;  

kekelabu-kelabuan seakan-akan warna kelabu, agak kelabu: cerobong asap berwarna coklat tua dan ~

kelabau
sj ikan darat, Osteochilus melanopleura
kelabat II
Br sj monyet besar, mawas, orang hutan
kelabat I
sj tumbuhan (herba), halba, Trigonella foenumgraecum
kelabang

Jw lipan; 

mengelabang mendandan (menjalin) rambut; 

kelabangan dandanan (jalinan) rambut

kelabakan
Jk 1. menggelepar-gelepar (spt ayam yg disembelih); 2. kebingungan (spt orang dlm kesusahan)
kelab

1. perkumpulan, persatuan; ~ belia perkumpulan pemuda dan pemudi; 2. bangunan tempat ahli-ahli persatuan berkumpul (bermesyuarat, bersenang-senang, dll): suaminya pergi bermesyuarat di ~; ~ malam tempat hiburan (dgn minum-minum, berdansa, dll) yg dibuka pd waktu malam

kekwa (kékwa)
sj tumbuhan dan bunganya, Chrysanthemum spp
‹ First  < 99 100 101 102 103 >  Last ›