Senin, 18 Mei 2026   |   Tsulasa', 1 Dzulhijah 1447 H
Pengunjung Online : 880
Hari ini : 17.247
Kemarin : 32.639
Minggu kemarin : 249.195
Bulan kemarin : 15.288.374
Anda pengunjung ke 105.216.314
Sejak 01 Muharam 1428
( 20 Januari 2007 )
IMAGE GALLERY
AGENDA
  • Belum ada data - dalam proses

 

KAMUS MELAYU

Kamus Melayu



Ditemukan : 4220 Record
‹ First  < 12 13 14 15 16 >  Last ›
kalat
sj ikan laut, Callyodon fasciatus
kalau

1. kata penghubung (kata sendi) utk menyatakan syarat (sebagaimana yg dihuraikan berikutannya), jika, jikalau: pekerja-pekerja akan berhenti mogok ~ pihak majikan menerima tuntutan mereka; 2. seandainya, sekiranya, misalnya: ~ begitu tentu Sutan tak akan lama tinggal di rumah bukan? 3. bagi..., menurut pendapat..., sekiranya (saya dll) yg terlibat atau yg memutuskan dsb: ~ saya, budak itu sudah patut dihukum;

kalau-kalau barangkali, jangan-jangan, takut-takut, adakah (apakah)...: ia bimbang ~ ada orang yg melihatnya; segala menteri dan penggawa pergi mencari paduka anakanda baginda pd segenap rimba dan padang ~ ada jatuh diterbangkan Dewa Sukma Belantara;  

kalaupun walaupun, jika pun, sekalipun: ~ ada, tidak terbayar kita harganya.  

kalaupun
walaupun, jika pun, sekalipun: ~ ada, tidak terbayar kita harganya.
kalbu

hati (pusat segala perasaan batin), sanubari: ~ zakiah hati yg suci murni

kaldu
air daging yg direbus
kaleidoskop (kaléidoskop)
1. sj alat mainan (berbentuk tiub, dgn lubang kecil pd satu penghujung) yg membolehkan seseorang melihat corak tertentu yg berwarna-warni (melalui lubang tersebut) apabila tiub itu diputarkan; 2. pola warna, imej, dsb yg sering berubah dgn cepatnya
kalem

IB tidak terburu-buru (tergesa-gesa), sabar, tenang

kalendar (kaléndar)
1. jadual atau susunan tarikh bagi sesuatu tahun yg diatur mengikut hari (dlm minggu) dan bulan (dlm tahun), takwim, almanak, penanggalan; ~ dinding kalendar yg digantungkan di dinding; 2. senarai atau jadual (tarikh) peristiwa sesebuah organisasi dlm tahun berkenaan
kalender (kalénder)
mesin yg digunakan utk melicinkan kertas atau kain (dgn melalukan kertas atau kain itu menerusi suatu susunan silinder keluli)
kaleng (kaléng)

1. besi tipis yg berlapis timah, tin: ~ sering digunakan utk membuat cerek dan sebagainya; surat ~ surat terbang (surat buta); 2. bekas berbentuk silinder, dibuat drpd tin utk mengisi cecair, dsb; tin: makanan dlm ~; 

kalengan

kaleng-~; =~ ; = makanan ~ makanan yg diawetkan dlm kaleng, makanan dlm tin

kalerek (kalérék)
Id, bp kerani
kali I

1. darab (digunakan utk menggandakan, memperbesar, memperbanyak sesuatu jumlah atau bilangan): tiga ~ empat (jadi) dua belas; hasil ~ hasil mendarabkan bilangan; tanda ~ tanda x (dlm kira-kira darab); 2. waktu (kejadian dll) yg berturutan atau berulang-ulang, ketika atau waktu berlakunya dll sesuatu: setiap ~ orang datang, ia disuruh keluar; jam di dinding berbunyi lapan ~; inilah ~ kedua berlakunya kemalangan di tempat itu minggu ini; bilang ~ setiap kali; julung ~ pertama kali; 

kali-kali daftar hasil darab yg tersusun, sifir; 

sekali 1. satu kali: ~ angkat saja, habis semuanya; sambutan itu diadakan setahun ~; 2. suatu ketika (waktu dsb); ~ persetua (peristiwa) pd suatu kejadian (digunakan dlm sastera lama utk memulakan cerita); 3. semuanya pd satu waktu (dilakukan, dikerjakan, dll), pd waktu yg sama, sekali gus, (dgn) serentak: menghulurkan empat keping tiket ~; Menteri pun bangkit membuat laporan lalu mengusulkan ~ supaya rang undang-undang itu dibaca bagi kali yg ketiga; 4. semuanya atau seluruhnya bersama-sama (tidak ada kecualinya), berserta dgn yg lain(nya), juga: kalau dia pun berada di situ, tangkap dia ~; kaedah menulis karangan diberikan dlm setiap pelajaran dgn contoh dan latihannya ~; 5. amat, terlalu, sangat: orang yg penting ~; rumah itu bagus ~; ia berada di muka ~; ~ lalu a) = ~ imbas sepintas lalu, sambil lalu; b) (dgn) serentak, sekali gus; 

sekali-kali langsung, sama sekali, sedikit pun: tak mahu ~ ; jangan ~ berbohong; masalah wanita dlm perundangan Islam tidak ~ boleh dilihat dr satu sudut sahaja;  

sekali-sekali, sesekali, sekali-sekala kadang-kadang, ada kalanya: ~ ia pergi ke tingkap dan menjenguk ke luar; sesekali pd waktu malam, terdengar juga bunyi ledakan meriam; sekali-sekala kedengaran bunyi guruh mendayu-dayu;

sekalipun = jika.... ~ = walau..... ~ meskipun, walaupun, biarpun, sungguhpun: aku tidak mahu menyalahkan sesiapa, ~ kau; kalau sudah jadi saudagar kelak, walau saudagar kecil ~, tentu aku takkan hina benar lagi di mata orang;  

bersekali bersama-sama sekali (dgn), berserta (dgn): bawakan Balai Tinjau Maya, bidadari dan gajah putih sepasang ~ dgn rantai emas;  

berkali-kali beberapa kali (berturut-turut), berulang kali, kerap kali, sering kali: mereka membunyikan hon lori itu ~; ~ sudah saya ingatkan dia;  

mengalikan, memperkalikan mendarabkan, menggandakan: ~ 2 dgn 7 (= 14);  

kalian 1. = sekalian; 2. bp awak (kamu) semua: biarlah ~ dulu, aku akan menyusul; ~ memang begitu, suami isteri serupa saja; daftar ~ kali-kali, sifir; 

sekalian 1. semua(nya), segala: ~ perompak kembali ke bahteranya; kami dgn rendah hati mempersilakan anda ~ utk mengirimkan rencana bahasa; 2. = kamu ~ kamu (awak) semuanya; 3. sekali jalan (membuat sesuatu di samping membuat sesuatu yg lain), serentak (melakukan dll), sambil; 

perkalian 1. pendaraban, perbanyakan, pergandaan; 2. hasil darab; 

pengali Id pendarab; 

pekali angka yg ditulis sebelum sesuatu lambang, koefisien: dlm 7 abx, 7 ialah ~ bagi abx

kali II
Jk barangkali: ~ dia sakit
kali III
Jw sungai
kali IV kadi
kaliber

1. besarnya lubang senapang (meriam, pistol) atau besarnya peluru; 2. kebolehan (kemampuan, kecekapan) berfikir dll: yg menentukan kalah menangnya parti itu dlm pilihan raya ini kelak ialah ~ calon-calonnya yg bertanding;

berkaliber mempunyai kaliber (kecekapan berfikir dll): wartawan-wartawan yg ~ lagi bertanggungjawab.  

kalibut
Mn huru-hara
kalicau

Mn; mengalicau mengelak, menjauhkan diri (dr sesuatu); 

mengalicaukan mengelakkan

kalifornium (Kim)
sj unsur logam
‹ First  < 12 13 14 15 16 >  Last ›