Ditemukan : 4220 Record
kemuda-mudaan
bertingkah laku spt anak muda;
kemucing
sj alat utk mengebas (membersihkan) debu, bulu ayam
kemubalighan
perihal mubaligh: barangkali disebabkan oleh keghairahan tugas ~ paderi itu.
kemuliaan
perihal mulia, kebesaran, kehormatan, keluhuran: kehidupan raja, ~ dan kebesarannya sering dikaitkan dgn peristiwa sejarah bangsa Melayu;
kemulukan
perihal muluk
kemuluran
perihal mulur
kemumu I
1. sj lumut laut; 2. Mn sj keladi (keladi Cina) yg boleh digulai daun dan batangnya
kemumu II
kemumur → kelemumur
kemunafikan
perihal munafik, sifat munafik
kemunasabahan
perihal munasabah (sesuai, berpatutan, masuk akal, tidak mustahil): ~ matlamat, ancaman, dan ugutan.
kemuncak
bahagian (tempat, tingkatan, atau paras) yg tertinggi sekali, puncak: semasa ~ tamadun Greek, wanita dijadikan alat memuaskan nafsu lelaki; ~ gunung; ~ kejayaan.
kemunculan
perihal muncul: ~nya di dlm majlis itu memeranjatkan mereka;
kemuncup
sj tumbuhan (rumput), cemucup, rumput jarum, Chrysopogon (Andropogon) aciculatus.
kemundir
bp → kemendur
kemunduran
perihal mundur, kemerosotan: pekedai itu, sambil mengeluh, menceritakan ~ perniagaannya.
kemung
sj alat bunyi-bunyian spt canang, gong; ~ gantung kemung yg digantungkan; ~ jongkak kemung yg diletakkan pd alas atau telapakannya
kemungkaran
perihal mungkar, penderhakaan: ~ anaknya membantah segala cakapnya belum diketahui oleh mereka sekalian.
kemungkinan
perihal mungkin, keharusan: beberapa orang pakar sejarah sedang menyelidiki ~ agama Islam dibawa dr negeri Cina;
kemungkus I
telur ~ telur tembelang
kemungkus II → kemukus
|