Sabtu, 16 Mei 2026   |   Ahad, 29 Dzulqaidah 1447 H
Pengunjung Online : 212
Hari ini : 15.460
Kemarin : 31.324
Minggu kemarin : 249.195
Bulan kemarin : 15.288.374
Anda pengunjung ke 105.216.314
Sejak 01 Muharam 1428
( 20 Januari 2007 )
IMAGE GALLERY
AGENDA
  • Belum ada data - dalam proses

 

KAMUS MELAYU

Kamus Melayu



Ditemukan : 4220 Record
‹ First  < 128 129 130 131 132 >  Last ›
kemu I

Jw; berkemu berkumur (mencuci mulut)

kemu II
Jk; mengemu menggumam, mengulum
kemuafakatan
1. perihal muafakat (mendapatkan kata sepakat), kesepakatan: apabila sudah putuslah ~nya, maka lalulah ia belayar mengembara; 2. persetujuan, perjanjian: dgn ~ segala orang besar; 
kemualan
perihal mual: tingkah laku anak gadis yg serba gelisah itu diteliti oleh mereka dgn penuh ~
kemulhidan
keadaan mulhid: segala ciri kafir musyrikin Mekah menepati ciri-ciri ~ aliran kebendaan. 
kemul

Jw selimut;  

mengemuli menyelimuti

kemukus
lada (cabai) berekor, Piper cubeba; kekumus, kemungkus, temukus
kemuktamadan

keadaan muktamad

kemuk

~-kemik banyak bahagian yg kemik (bkn tin), banyak kemiknya

kemujuran
perihal mujur, keuntungan; 
kemujaradan
keadaan mujarad: ~ yg mencerminkan pelbagai rahsia alam. 
kemujaraban
perihal mujarab, keupayaan menyembuhkan (penyakit), kemustajaban, kemanjuran: yg dimaksudkan dgn mutu di sini bukan sahaja dr segi ~nya, tetapi termasuklah menjaga kebersihan dan keasliannya.
kemujahadahan

perihal bermujahadah: semangat ~. 

kemuflisan

perihal muflis (bankrap), ketidakupayaan membayar hutang, kebankrapan

kemudu

sj tumbuhan (pokok), Pisonia spp.; ~ selat = ~ siam sj tumbuhan Pisonia excelsa; mengkudu

kemudian

1. selepas orang atau seseorang lain, selepas sesuatu waktu (kejadian dll), belakangan: orang-orang yg datang ~ tidak mendapat tempat duduk; adiknya berkahwin dahulu, dia berkahwin ~; ~ drpd selepas, sesudah; 2. < /b>belakang hari, (suatu) masa yg akan datang, kelak: perompak-perompak itu akan diberkas juga ~; fikirlah baik-baik supaya tidak sesal ~; ~ hari belakang hari, kelak; hari ~ a) = kelak ~ masa yg akan datang; b) hari kiamat; 3. = ~ drpd itu selepas (sesudah) itu, pd suatu waktu yg lain (sesudah sesuatu kejadian dll): pasukan polis ~nya telah menemui kereta yg digunakan oleh perompak-perompak tersebut;          

mengemudiankan 1. meletakkan (menaruh, menempatkan) di belakang atau selepas sesuatu yg lain, membincangkan (mengerjakan, menyelesaikan dll) di belakang atau selepas sesuatu lain yg lebih penting dsb: kerja-kerja yg penting didahulukan dan yg kurang penting dikemudiankan; 2. menangguhkan, menunda, mengundurkan: ~ perbincangan mengenai cadangan-cadangan itu;  

< b>terkemudian selepas atau sesudah (sesuatu waktu, peristiwa, dll), (lebih) kemudian; Shahnon Ahmad muncul ~ drpd A. Samad Said; ~ sekali terakhir, akhir sekali, belakang sekali: siapa yg ~ sekali meninggalkan bilik itu?; ~ drpd kemudian drpd, selepas, sesudah

kemudi

1. sj perkakas di buritan kapal (perahu) utk mengawal arah pelayarannya: manakan dapat kapal belayar kalau tidak ada ~; bam ~ = celaga ~ = tangan ~ kayu sbg pegangan atau tangkai kemudi; 2. Id alat utk memandu arah perjalanan kereta atau kapal terbang, stereng (pd kereta): Hawa memutarkan ~ kereta ke persimpangan lorong ke rumahnya; 3. ki pimpinan (persatuan, perkumpulan, dsb), teraju pemerintahan; 4. † pusar-pusar atau lingkaran-lingkaran bulu (pd kuda);

~ bundar pusar-pusar bulu pd kuda; ~ cawat kemudi jenis yg dipakai oleh kapal-kapal Eropah; ~ sepak kemudi di sisi buritan yg bentuknya spt pengayuh (dayung); patah ~ dgn ebamnya prb tidak ada harapan lagi;  

berkemudi 1. mempunyai (memakai) kemudi: kapal ~, kereta berstereng; 2. memegang atau mengawal kemudi (di kapal): minta ia gantikan ~, tiadalah larat beta;  

~ di haluan bergilir ke buritan = ~ ke rusuk prb perihal orang yg menurut suruhan atau nasihat isterinya (anaknya, orang bawahannya);  

mengemudikan 1. memegang kemudi utk mengatur hala perjalanan kapal (kereta, kapal terbang): Pak Kaduk membentang layar dan ~ perahunya; 2. memimpin (pertubuhan, perkumpulan, dsb), memegang teraju pemerintahan, mengendalikan, mengurus (rumahtangga dll): mereka bersama-sama ~ dan memajukan perkumpulan itu; mereka hidup berdua ~ rumah tangga mereka yg kecil itu;  

pengemudi 1. jurumudi, mualim (kapal), pemandu (kereta); 2. orang yg mengemudikan perkumpulan (pertubuhan dsb)

kemudaratan
perihal mudarat, kerugian: dia tidak suka menurut telatah kawan-kawan yg boleh membawa ~ bagi dirinya. 
kemudahan
1. perihal atau keadaan mudah, kesenangan (senangnya atau mudahnya sesuatu); 2. kesenangan, keselesaan: pihak yg tertentu hendaknya melengkapkan segala sesuatu utk ~ rakyat; 3. sesuatu yg memudahkan atau mempermudah sesuatu usaha (kegiatan dsb): pelbagai ~ disediakan utk projek ini; 
kemudaan
perihal muda, keadaan (masih) muda: menurutkan nafsu ~nya; kerana ~ usia, maka para belia masih memerlukan bimbingan, nasihat, teguran serta tunjuk ajar drpd golongan yg lebih berumur; 
‹ First  < 128 129 130 131 132 >  Last ›