Ditemukan : 4220 Record
kemuning
sj tumbuhan (pokok); ~ gajah = ~ badak = ~ limau sj tumbuhan (pokok), ketengah, Merrillia caloxylon; ~ jantan hutan sj tumbuhan (pokok), mata keli jantan, Canthium confertum; ~ lada sj tumbuhan (pokok), Murraya peniculata (exotica)
kemunting
sj tumbuhan (pokok renek), Rhodomyrtus tomentosa;
~ akar sj tumbuhan (pokok memanjat), akar senduduk, Marumia nemorosa; ~ bukit = akar ~ = akar ~ bukit sj tumbuhan (pokok memanjat), senduduk halus, Anplectrum divaricatum; ~ cina sj tumbuhan (pokok kecil), Lochnera (Vinca) rosea; rotan ~ sj tumbuhan (palma), rotan cincin, rotan duduk, rotan gelang, rotan kerai, rotan perupuh, rotan segera, rotan tunggal, Daemonorhops geniculatus; kelemunting, keremunting
kemurahan
1. perihal murah, kelimpahan: sangat-sangatlah ampun periksamu akan mereka itu sekalian, kerana ia bernaung kpd keadilan dan ~mu; 2. = ~ hati kebaikan hati, sifat penyayang dan pengasih: sekali engkau sebut, beribu kali hamba terima ~ hati engkau itu;
kemuraman
perihal (keadaan dsb) muram, kesuraman: Rahman memandang wajah isterinya yg masih cuba menyembunyikan ~nya.
kemurkaan
perihal murka, kemarahan: dia ialah sahabat yg pemurah dan sangat takut akan ~ Allah.
kemurkaan
sifat kelobaan (ketamakan)
kemurnian
perihal murni, kesucian, keaslian, ketulenan: ada baiknya kalau diadakan aturan dan perubahan yg sesuai agar ~ agama Islam tidak tercabul; mereka mahu mengekalkan ~ bahasa Melayu;
kemurtadan
perihal murtad: setiap Muslim yg murtad tidak boleh diakui ~nya, tetapi hendaklah disuruh kembali kpd Islam.
kemuruk
busuk, tembelang (bkn telur); telur ~ telur tembelang, telur kemungkus: gas ini busuk baunya spt bau telur ayam ~.
kemurungan
1. perihal murung, kemuraman, kesuraman: kenangan itu menjadikan ~nya bertambah-tambah dan bibirnya bergetar-getar; 2. (Psi) keadaan apabila seseorang mengalami rasa kecewa dan putus asa yg diiringi dgn gejala spt sukar tidur, lembap berfikir, dan rasa bersalah yg keterlaluan yg tidak setimpal dgn kesalahan yg dilakukan
kemusafiran
perihal (keadaan) hidup sbg musafir: sia-sia hidupmu, sia-sia ~mu.
kemusliman
ketinggian darjat seseorang sbg orang Muslim: ~ seseorang insan
kemusnahan
perihal musnah, kebinasaan, kelenyapan: semenjak pendudukya diperintahkan berpindah, seluruh Kampung Beringin itu terbiar menghadapi ~;
kemustahakan
perihal mustahak
kemustahilan
1. perihal mustahil; 2. sesuatu yg tidak mungkin
kemustajaban
perihal mustajab, kemanjuran
kemusykilan
1. perihal musykil, kesukaran, kesulitan: Tajurim menjawab dgn tenang tiap-tiap ~ Maznah itu; 2. sesuatu yg tidak memuaskan hati, kekecewaan, kekesalan: si Tenggang tidak berani mengeluarkan ~nya kpd sesiapa pun.
kemusyrikan
perihal musyrik (kafir)
kemut; kemut-kemut, mengemut, terkemut-kemut
1. bergerak-gerak turun naik atau kembang kuncup (spt mulut kanak-kanak yg menyusu dll): mulutnya terkemut-kemut; nadinya terkemut-kemut; 2. a) terhuyung-huyung; b) perlahan-lahan, lambat-lambat, terdemut-demut: berjalan terkemut-kemut; membuat kerja terkemut-kemut.
kemutlakan
perihal mutlak
|