Ditemukan : 4220 Record
kepak II; mengepak-ngepak
(képak) terkapai-kapai
kepak III
(képak); mengepak membengkokkan (dahan dll) hingga patah;
terkepak bengkok atau patah (dahan kayu dll)
kepakaran
pengetahuan dan kemahiran seorang pakar
kepaksa
Id terpaksa
kepal I
1. = kepalan gumpal (nasi, tanah dll, yg padat setelah digenggam-genggam): disuapkannya ~ nasi itu ke mulutnya; 2. seisi genggaman tangan (bkn nasi dll), sebanyak yg dapat dipadatkan dlm genggaman (bkn nasi dll), genggam: se~ nasi; 3. = ~ tangan = kepalan genggaman (tangan), penumbuk, tinju; diberi ~ ditumbuk (ditinju); se~ menjadi gunung, setitik menjadi laut prb a) drpd sedikit menjadi banyak; b) perkara kecil dibesar-besarkan;
berkepal-kepal beberapa kepal (nasi dll), bergumpal-gumpal;
mengepal 1. = mengepal-ngepal memadatkan (nasi, pulut, tanah, dll) dlm genggaman tangan; 2. menggenggam: Mahat meronta drpd pegangan Dolah, sebelah tangannya ~ penumbuk; mengepalkan menjadikan (tangan) tergenggam, menjadikan kepalan, menggenggamkan: Rafidah ~ kedua-dua belah tangannya utk menahan drpd menangis;
terkepal tergenggam: jari-jari tangannya yg ~ itu masih lagi terletak di atas meja itu;
kepalan 1. kepal, gumpalan (nasi, tanah dll); 2. genggaman tangan
kepal II
~ batu sj ikan laut; a) Abudefduf bengalensis; b) Abudefduf curacao; c) Abudefduf melas; ~ laut sj ikan laut, Abudefduf notatus
kepal III
sj kuih (dibuat drpd pulut yg dikisar dan dimasak dgn santan dan gula melaka)
kepala I
1. bahagian tubuh (manusia atau binatang) drpd leher ke atas atau ke hadapan (tempat terdapatnya mata, mulut, telinga, dll), hulu; sakit ~sakit pd kepala (menyebabkan kepala berasa pening); 2. bahagian sesuatu yg di sebelah atas (hadapan atau hulu) sekali: ~ paku (skru, jarum peniti, dll); ~ perarakan; ~ surat; 3. ketua (pejabat, perkumpulan, pertubuhan, dll), pemimpin (negara dll), penghulu (kampung dll): lagaknya macam seorang ~ samseng yg ganas; banyak ~ negara yg dijangka akan datang memberi penghormatan kpd Churchill; 4. otak, akal, fikiran: nasihat itu tidak masuk di ~ budak itu; 5. orang (digunakan dlm perhitungan atau perkiraan): fitrah bagi tahun ini telah ditetapkan seringgit tiap-tiap satu ~;
~ air permulaan atau penghabisan air bah, lidah air; ~ angin a) angin yg mendahului angin ribut; b) (orang yg) mudah berubah perangainya (ada kalanya baik dan ada kalanya meradang); c) bp tidak berfikiran (berakal), bodoh; ~ arwah hidangan istimewa (utama) dlm kenduri arwah; ~ bahagian ketua bahagian pejabat dll; ~ bahu bahagian bahu yg menonjol dan bertemu dgn pangkal tangan; ~ batu keras hati (tidak mahu menurut kata, nasihat atau tunjuk ajar orang); ~ berat = berat ~ tidak tajam akalnya, tidak lekas memahami sesuatu; ~ berita kata-kata terpenting sbg tajuk berita (yg secara ringkas membayangkan kandungan atau butiran berita); ~ busung Id kepala membesar kerana rongga-rongga otak dimasuki benda cair; ~ daerah (desa, kampung, kuria, marga) orang (pegawai) yg mengetuai daerah (desa, kampung, kuria, marga); ~ dingin = dingin ~ penyabar (tenang, tidak lekas marah); ~ dua (orang yg) menyebelahi dua atau beberapa pihak (tidak menyokong atau setia kpd satu pihak sahaja); ~ gigi bahagian gigi sebelah atas (yg tidak tertanam di dalam daging); ~ kain (sarung) bahagian kain (sarung) yg coraknya berlainan drpd bahagian terbesar kain itu; ~ karangan tajuk karangan; ~ keluarga orang yg mengetuai sesuatu keluarga; ~ kereta api bahagian hadapan kereta api yg menarik gerabak-gerabaknya, lokomotif; ~ kodi a) = ~ perkodian kain (sarung) sbg contoh (diletakkan di atas susunan kain); b) ketua kumpulan orang jahat atau budak nakal; ~ kongsi ketua gerombolan jahat; ~ lakon pelakon terpenting dlm sesuatu lakonan atau cerita; ~ mayatKl bahagian harta pusaka yg diterima oleh balu si mati; ~ negara ketua negara (spt raja atau presiden); ~ negeri a) † ibu negeri, ibu kota; b) ketua negara (spt presiden dll); ~ paip bahagian paip air tempat air memancur keluar (boleh dibuka dan ditutup); ~ payung puncak payung (bahagian payung yg di atas sekali); ~ pasukan (perang) pemimpin pasukan (perang); ~ pengat Tr ketua sesuatu kumpulan (samseng, penjahat, dll); ~ pintubahagian betul-betul di sebelah atas pintu; ~ pulau bahagian pulau yg tertinggi; ~ raja † setem (tanda penjelasan bayaran pos dll); ~ regu pemimpin (ketua) regu; ~ ribut a) angin yg mula-mula bertiup (sebelum berlakunya ribut yg sebenar); b) Kl orang yg menimbulkan (memulakan) kekacauan; ~ santan santan (kelapa) yg pekat (diperoleh drpd perahan yg terawal); ~ sekolah guru besar (ketua guru-guru); ~ stasiun Id ketua stesen; ~ surat pendahuluan atau permulaan surat; ~ susu bahagian air susu yg kental (pekat); ~ tahun awal tahun; ~ tangga pangkal ibu tangga; ~ tiang bahagian atas tiang; ~ tingkap bahagian dinding betul-betul di sebelah atas tingkap; ~ tongkat hulu tongkat; ~ udang ki sangat bodoh;
~ sama berbulu (hitam), pendapat (hati) berlain-lain prb manusia berlain-lainan pendapat; diberi (di) bahu hendak (ke) ~ prb diturutkan sekali sahaja kemahuannya, ia terus meminta lagi (bkn seseorang yg dimanjakan); sakit ~ panjang rambut, patah selera banyak makan prb pd lahirnya tidak suka tetapi sebenarnya suka sekali; silap mata pecah ~ prb jika tidak hati-hati tentu akan mendapat bencana; tidak tentu ~ ekor prb a) tidak tentu hujung pangkalnya; b) sangat gemuk atau tambun;
berkepala mempunyai atau memakai kepala (dlm berbagai-bagai erti): maka dilihat Seri Rama seorang raksasa itu tiada ~ dan tiada bertangan; cerita tiada ~ cerita tidak berjudul (bertajuk); pasukan tidak ~ pasukan tidak berketua; ~ batu keras hati, sangat degil;
mengepala berlaku atau memainkan peranan sbg kepala (pemimpin dll);
mengepalai menjadi kepala (penghulu, ketua, pemimpin, dll) kpd, memimpin, mengetuai: lembaga yg baru ditubuhkan itu dikepalai oleh seorang ahli Parlimen;
mengepalakan 1. mengangkat menjadi kepala (pemimpin dll), menjadikan kepala (ketua dsb); 2. sl mengenderai (menunggang) serta mengendalikan (gajah dll), menaiki dan memandu (kereta dll): maka Raja Kasim naik gajah yg bernama Juara Demang, Seri Nara Diraja ~ gajah; ~ pedati; 3. menanduk (bola): senaman yg memberikan kecekapan dlm menangkap, membuang, menendang dan ~ bola;
pengepala orang yg mengepalai
kepala II
~ beruk sj tumbuhan (benalu), dedalu api laut, Hydnophytum formicarium; ~ landak sj tumbuhan (pokok), cempaka ganda, Talauma candollei; ~ patung sj tumbuhan (pokok memanjat), akar dama-dama, Kadsura scandens; daun ~ tupah sj tumbuhan (paku-pakis), Drynaria quercifolia; rumput ~ lalat sj tumbuhan (rumput), rumput para-para, rumput purun batu, Fimbristylis diphylla; rumput ~ lalat halus sj tumbuhan (rumput), rumput janggut kuau, rumput purun batu, rumput salah pemakai, rumput serai jantan, Fimbristylis aestivalis
kepala III
~ timah sj ikan darat, mata lalat, Aplocheilus panchax
kepalan
1. kepal, gumpalan (nasi, tanah dll); 2. genggaman tangan
kepalang
1. = alang ~ (terlalu, sangat) sedikit, tidak memadai, tidak berapa atau tidak cukup (besar, tinggi, dll); bukan (alang) ~ bukan sedikit, (terlalu) banyak, bukan buatan, bukan main, amat sangat: bukan alang ~ perbelanjaannya; medannya indah bukan ~, rantaunya luas bagai dibentang; bukan ~ terperanjatnya dia; 2. = ~ tanggung kurang sempurna, tidak cukup, tanggung-tanggung: kalau kita tidak mempunyai cukup persediaan, ~lah kita mengadakan Hari Raya tahun ini; jangan ~ jangan tanggung-tanggung (kurang sempurna), jangan tidak mencukupi; 3. = sudah ~ sudah terlanjur, sudah separuh jalan (membuat sesuatu): sudah ~ dibuat biarlah dihabiskan kerja itu.
kepalingan
kepalsuan
1. perihal palsu; 2. kecurangan, ketidakjujuran: kota yg penuh ~;
kepam
menjadi lapuk atau buruk kerana tersimpan lama atau tidak dianginkan (bkn kain lembap dll), hilang cahaya atau warnanya (kerana kena panas matahari), menjadi pudar
kepanasan
1. perihal panas, kehangatan: ada alat penetap suhu yg mengawal ~; ~ hati kemarahan hati; 2. tersangat panas; 3. kena panas;
kepancingan
penyakit sakit di kerongkong sewaktu menelan, kail-kail;
kepandaian
kecerdikan, kemahiran, kepintaran: ada wang tetapi tidak ada ~, tidak boleh jadi juga;
kepandir-pandiran
kebodoh-kebodohan
kepandiran
kebodohan, ketololan;
|