Ditemukan : 4220 Record
kerabunan
perihal rabun, kekaburan: dia tidak diterima sbg juruterbang kerana ~ matanya.
keracak
1. melompat-lompat atau melonjak-lonjak (kerana kegirangan dll); 2. deras perjalanannya (bkn perahu), laju; 3. riak air di belakang kapal, perahu, dsb yg sedang bergerak
keracang → kerajang
keracap
1. sj alat bunyian drpd buluh atau kayu (digunakan dlm permainan makyung dan menora); 2. bunyi buluh yg dihantuk-hantukkan
keracunan
kena racun, termakan racun; ~ makanan termakan makanan yg mengandungi unsur atau bahan beracun, mengidap penyakit atau berasa kesakitan kerana telah memakan makanan yg mengandungi unsur-unsur beracun atau bahan yg menyebabkan penyakit;
keradangan
perihal radang, kemarahan: dlm pertemuannya nanti, dia akan dapat melepaskan kegeraman dan ~nya;
keradikalan
perihal (sifat) radikal: tidak ada seorang pun yg melebihi pengalamannya dan tidak ada pula yg melebihi ~nya.
keraeng
(keraéng) gelaran bagi orang bangsawan (di Makasar)
keragaman
1. perihal berjenis-jenis ragam: orang yg begini membawa sekali ~ yg beraneka juga; 2. = ~ jiwa keadaan (jiwa)
kedamaian, kerukunan
keraguan, keragu-raguan
1. perihal ragu, kesangsian, kebingungan: kelewatannya pulang drpd biasa menimbulkan ~ dan sangkaan yg bukan-bukan drpd isterinya; keragu-raguan itu timbul kerana kata yg dipakai kurang jelas; 2. = ragu-raguan dlm keadaan ragu-ragu (bimbang, sangsi, syak): Nawawi bertanya ~.
kerah I
kerja utk raja atau kerajaan yg dijadikan sbg suatu kewajipan (spt menjaga keselamatan negeri, membaiki jalan, dll dgn tidak menerima bayaran), kerja raja, rodi; juru~ sl penolong ketua kampung;
berkerah sl = mengerah: maka Temenggung pun menyuruhkan orang kaya-kaya dan saudagar-saudagar ~ orangnya, berkawal kampungnya masing-masing;
mengerahkan 1. memanggil orang yg berkumpul utk mengerjakan (membuat) sesuatu beramai-ramai, mengumpulkan (rakyat tentera dll) utk menghadapi ancaman musuh dll: Australia telah ~ rakyatnya utk berkhidmat dlm tentera di seberang laut; 2. mengumpulkan (menyatukan) serta menggunakan (tenaga dll): ~ tenaga rakyat utk menyiapkan kerja-kerja pembukaan tanah baharu;
kerahan 1. sesuatu yg dilakukan oleh orang-orang yg dikerah, pekerjaan yg mesti diusahakan bersama-sama (dgn bergotong-royong); ~ negeri (raja) sl pekerjaan mesti dilakukan sbg kewajipan kpd raja atau negara (dgn tidak mendapat bayaran); 2. yg telah dikerah(kan), yg dihimpunkan utk mengerjakan sesuatu: segala rakyat ~ sekaliannya disuruhnya membantu kelengkapan; 3. usaha (tindakan) mengerah atau mengerahkan: mereka beramai-ramai mendaftar diri menyahut panggilan kerajaan terhadap ~ tenaga;
kerah-kerahan sl pegawai yg mendaftarkan (mencatatkan) nama hulubalang dll;
pengerahan perbuatan (tindakan) mengerah atau mengerahkan: dasar ~ atau penggunaan senjata hendaklah dirancang dgn berhati-hati;
pengerah 1. orang yg mengerah(kan), jurukerah; 2. sj alat utk mengerahkan (menghimpunkan) orang; gong ~ sl gong yg dipalu utk mengerahkan (mengumpulkan) orang
kerah II
IB leher baju (yg keras), nia
kerah-kerahan
sl pegawai yg mendaftarkan (mencatatkan) nama hulubalang dll;
kerahan
1. sesuatu yg dilakukan oleh orang-orang yg dikerah, pekerjaan yg mesti diusahakan bersama-sama (dgn bergotong-royong); ~ negeri (raja) sl pekerjaan mesti dilakukan sbg kewajipan kpd raja atau negara (dgn tidak mendapat bayaran); 2. yg telah dikerah(kan), yg dihimpunkan utk mengerjakan sesuatu: segala rakyat ~ sekaliannya disuruhnya membantu kelengkapan; 3. usaha (tindakan) mengerah atau mengerahkan: mereka beramai-ramai mendaftar diri menyahut panggilan kerajaan terhadap ~ tenaga;
kerahi
Jw sj mentimun, Cucumis melo
kerahiman
perihal rahim (belas kasihan); rahman
kerahsiaan
perihal rahsia: Mubarak datang dgn penuh keghaiban dan ~;
kerai I
sj bidai (dipasang pd pintu, jendela, dll); kere
kerai II
sj ikan darat; jenis-jenis; ~ jelawat jelawat, Leptobarnus hoevei; ~ kunyit, Puntius daruphani
kerai III
rotan ~ sj tumbuhan (rotan), rotan cincin, rotan duduk, Daemonorhops geniculatus
|