Jumat, 15 Mei 2026   |   Sabtu, 28 Dzulqaidah 1447 H
Pengunjung Online : 0
Hari ini : 7.078
Kemarin : 31.324
Minggu kemarin : 249.195
Bulan kemarin : 15.288.374
Anda pengunjung ke 105.216.314
Sejak 01 Muharam 1428
( 20 Januari 2007 )
IMAGE GALLERY
AGENDA
  • Belum ada data - dalam proses

 

KAMUS MELAYU

Kamus Melayu



Ditemukan : 4220 Record
‹ First  < 152 153 154 155 156 >  Last ›
keraian
1. jamuan (utk memuliakan dll): suatu majlis ~ diadakan di Istana Negara; 2. keramaian, perayaan: ~ menyambut Maulud Nabi. 
kerajaan

1. negeri atau negara yg dikepalai oleh raja : ~ Malaysia; ~ Arab Saudi; 2. pemerintahan, negara: ~ Indonesia berparlimen; 3. martabat (kedudukan) raja: setelah nenda hilang, ayahanda Badanul menggantikan nenda di atas ~ ; 4. tanda-tanda alat kebesaran raja: pakaian ~; payung ~ ; takhta ~; 5. sifat sbg raja: jika tiada diketahuinya tujuh perkara, tiada layak ia naik raja dan tiada sempurna ~nya; 6. sl naik takhta, menjadi raja: jika ia ~, tiada akan sempurna negeri ini;

~ buangan pemerintahan yg dijalankan di luar negara (kerana negara ditawan musuh dll); ~ campuran pemerintahan yg anggota-anggota kabinetnya terdiri drpd berbagai-bagai golongan parti politik; ~ negeri pemerintahan negeri yg menjadi sebahagian drpd kerajaan kebangsaan atau pusat; ~ pusat pemerintahan yg bersifat kebangsaan (tidak dr negeri bahagian); ~ sementara kerajaan yg dibentuk utk memerintah atau mentadbir negara sehingga terbentuk kelak sebuah kerajaan yg sempurna menurut perlembagaan dsb; ~ sendiri pemerintahan yg setengah merdeka (pemerintahan yg mempunyai sebahagian kemerdekaan, bukan kemerdekaan penuh); ~ tempatan pentadbiran daerah (pentadbiran bandaran, perbandaran, bandar raya, dll); 

kerajang
kepingan logam yg sangat nipis; emas ~ emas yg berupa kepingan nipis spt kertas; keracang, kerancang, kerjang.
kerajat I

1. sl cukai, bea; 2. NS perbelanjaan kerana kematian seseorang;  

berkerajat memerlukan (menggunakan) perbelanjaan kerana kematian

kerajat II

memutuskan ~ mengerat rambut yg pertama utk pengantin perempuan

kerajinan

1. perihal rajin, kegiatan, ketekunan: guru hendaklah mendatangkan kecenderungan dan ~ pd kanak-kanak; kerana ~ dan ketekunan semua pekerja di lombong itu, syarikat mengambil keputusan memberi mereka bonus; 2. perusahaan membuat (menghasilkan) sesuatu: mereka mesti pandai memajukan ~ rakyat; 

~ rumah tangga perusahaan kecil yg dikerjakan di rumah; ~ tangan pekerjaan (perusahaan) dgn tangan (bukan dgn mesin)

kerak I

lapisan atau selaput yg keras dan kering (yg melekat pd sesuatu benda); ~ bumi (tanah) lapisan bumi yg terjadi drpd kepundan (lava) yg telah kering; ~ nasi lapisan nasi yg keras (kadangkala hangus) yg melekat pd dasar atau bahagian bawah periuk; ~ roti lapisan roti yg keras (di sekeliling bahagiannya yg lembut);  

air yg keruh-keruh ~ (alamat buaya di hulunya) prb perkataan seseorang itu membayangkan niat jahatnya; jangan diajar orang tua makan ~ prb tak usah diajar orang yg sudah tahu; membesarkan ~ nasi prb menambahkan perbelanjaan yg membazir; sudah biasa makan ~ prb sudah biasa mengalami kesukaran hidup; sudah kenyang makan ~ prb sudah banyak pengalaman;  

berkerak 1. ada keraknya; 2. ki sangat kotor, diselaputi kotoran: ~ bajunya kulihat;  

terkerak jejak (sampai) ke dasarnya, habis-habisan

kerak II

~-kerik = ~-keruk bunyi spt bunyi mengeruk-ngeruk periuk (kuali dll)

kerak III

~ nasi sj tumbuhan (herba); a) sandar malam, siku dangan (dengan), sundal malam, Polianthes tuberosa; b) = ~ merah rumput sisik naga, terutup batu, Torenia polygonoides; c) Desmodium capitatum; d) Oldenlandia diffusa; ~ nasi paya sj tumbuhan (herba), bayam pasir (tanah), daun serapati, kelama hijau, keremak, ketung pulut, rumput kutang pulut, rumput loh, Alternanthera triandra;  

kerak-kerak, = ~ merah sj tumbuhan (herba), rumput sawi air, sumpu cacing, Bonnaya antipoda

kerak IV

burung ~ sj burung, burung cenuk, burung sanuk, Rhinortha chlorophaea

kerakah I
sl sj kapal (zaman dahulu)
kerakah II
sj kera; kekah I
kerakal

batu kerikil yg agak besar-besar, batu yg digunakan utk melapisi jalan dll; hukuman ~ hukuman kerja berat (orang yg dihukum disuruh memecahkan batu, membuat jalan, dll);  

mengerakali melapisi jalan dll dgn kerakal

kerakap I
1. sj sirih (daunnya lebar); 2. = sirih ~ daun sirih yg keras dan tebal; bagai ~ atas batu (tumbuh di batu), hidup enggan mati tak mahu prb hidup melarat dan miskin; kerkap
kerakap II
~ air sj tumbuhan (herba), Sonerila heterostemon; ~ rimau sj tumbuhan (pokok renek); a) keduduk gajah, lidah buaya, pakan rimba, senduduk gajah, senduduk hutan, tengkuk biawak, Allomorphia malaccensis; b) akar bugu, sirih rimau, Piper porphyrophyllum
kerakeling → kelakkeling
keraksasaan

(Bio) 1. keadaan tubuh yg terlalu besar akibat perembesan hormon pertumbuhan yg berlebihan sehingga penderita menjadi sangat tinggi (dgn kemampuan mental dan seks yg sangat rendah); 2. pertumbuhan yang berlebihan pd tumbuhan akibat perembesan hormon pertumbuhan yg berlebihan

kerakusan
1. kegelojohan, kelahapan: ia tahu benar akan perangai pemuda itu, pantang larangnya, kekuatannya, kelemahannya, ~nya, dll; 2. kelobaan, ketamakan: utk mengubah sikap dan ~ peribadi kpd sikap berbudi bahasa dan berkasih sayang; 
kerakyatan
1. perihal rakyat; 2. demokrasi; 3. † kewarganegaraan: ~ akan diberikan kpd orang dagang di negeri ini. 
keram
Jk; mengeram memasukkan ke dlm penjara, memenjarakan; kerem; peram I
‹ First  < 152 153 154 155 156 >  Last ›