Ditemukan : 4220 Record
kerama
sl kutuk, sumpah, tulah, bencana atau kecelakaan (yg disebabkan oleh kutuk): tiada tuan hamba tahu ~ akan datang kpd tuan hamba?; kerma
keramah-tamahan = keramahan
keramahan
kekariban, kemesraan (dlm pergaulan dll);
keramaian
1. perihal ramai (riuh-rendah dll): melalui jendela aku lihat ~ lalu lintas; ia suka berkunjung ke negara-negara asing, melihat ~ kota dan pemandangan di perdesaan; 2. perayaan, pesta: ~ menyambut hari perkahwinannya ialah suatu peristiwa besar; satu ~ telah diadakan bagi menyambut hari kemerdekaan.
keramas
Jw pencuci (pembersih) rambut, kejamas, langir; ~ kutu ubat utk membersihkan kepala drpd kutu.
keramat
1. kemuliaan (iaitu anugerah Allah kpd hamba-Nya yg dikasihi); 2. suci dan berkat drpd kemuliaan seseorang sehingga menyebabkan doanya diperkenankan Allah (spt penyembuhan penyakit dan perlindungan Allah): makam Habib Noh di Singapura diziarahi orang kerana dianggap makam yg ~ ; 3. tempat atau sesuatu yg suci dan (dipercayai) dapat mendatangkan hikmat: banyak orang yg pergi ke ~ utk meminta sesuatu dan bernazar; minta ~ minta berkat (restu) dr tempat yg keramat; 4. orang yg sangat warak, orang yg benar-benar saleh: jikalau sungguh mati Chau Pandan, sungguhlah tuan ~;
~ hidup orang yg berperangai baik, ikhlas, dan jujur serta tidak suka melakukan sesuatu yg menyakiti hati orang;
mengkeramatkan menjadikan (menganggap) spt keramat, meletakkan pd kedudukan yg amat disanjung;
kekeramatan sifat keramat, kesucian dan keberkatan: Pawang Kri masih percaya kpd ~ manteranya utk menewaskan buaya.
kerambangan
keadaan rambang: membuat pertimbangan tentang sesuatu sampel semata-mata berasaskan kesamaan dan ~.
kerambil
kelapa, nyiur;
biarpun setandan bagai ~ , namun untung berlain-lain prb walaupun bersaudara kandung, keadaan masing-masing masih berlainan; memagar ~ condong, buahnya jatuh ke ladang orang prb kita yg memelihara (bersusah payah), orang lain yg mendapat faedah atau hasilnya.
kerambit
sj sabit kecil yg melengkung matanya, beladau, jembiah bengkok
kerampagi → kerempagi
kerampang
kelangkang
kerampokan
kemasukan perampok;
keramunting
sj bunga, kemunting
keran I
sj dapur atau tempat pembakaran, anglo, kompor
keran II
IB kepala paip (air)
kerana
kata yg digunakan sebelum memberikan keterangan atau penjelasan yg menjadi punca (permulaan, alasan, dsb) sesuatu keadaan, kejadian, masalah, perbuatan dll, sebab, oleh sebab, lantaran: mereka berjaya ~ kecekapan dan usaha yg sungguh-sungguh; pertempuran berlaku ~ kedua-dua pihak tidak mahu bertolak ansur; dia marah ~ dihinakan orang; apa ~nya maka begitu apa mulanya (sebabnya) maka begitu; ~ apa sebab apa; ~ Allah a) menurut kemahuan (perintah) Allah; b) dgn percuma (tidak menuntut apa-apa bayaran), utk mendapat pahala sahaja; oleh ~ = dari ~ disebabkan oleh, kerana
keranapan
perihal ranap, keadaan ranap, keruntuhan, kebinasaan
kerancak-rancakan
sombong kerana cantiknya
kerancakan
perihal rancak;
kerancang I
emas ~; → kerajang
|