Ditemukan : 4220 Record
kalpat → kelepat
kalsit (Kim)
kalsium karbonat semula jadi yg berbentuk hablur, dan merupakan juzuk utama batu kapur, batu marmar, kapur, dll
kalsium (Kim)
sj unsur logam yg lembut dan putih;
~ hidroksida sebatian tak organik berbentuk hablur putih, dan digunakan utk membuat simen, bahan turap, dll, kapur, kapur mati, kapur kaustik; ~ klorida sebatian tak organik berbentuk hablur putih (digunakan utk mengeringkan benda-benda, dll); ~ oksida sebatian tak organik berbentuk pepejal putih, yg digunakan utk membuat racun serangga, racun kulat, agen pengering, dll, kapur tohor
kalu
1. kalau, jikalau; 2. Kd penapis santan yg dibuat drpd buluh atau rotan anyaman
kalui
sj ikan laut, kaloi, Osphronemus goramy
kaluk
bp kalau
kalulus
sl sj perahu; → kelulus
kalung I
benda hiasan (drpd emas, batu permata, dll) yg dipakai di leher, rantai leher;
berkalung memakai kalung;
mengalungkan mengenakan (menyangkutkan) sesuatu sbg kalung pd leher: beliau dikalungkan dgn bunga malai;
kalungan sesuatu yg bergelung spt kalung: ~ bunga
kalung II
sj tumbuhan (pokok yg tinggi), medang biawak, setebal, Alangium nobile; akar ~ sj tumbuhan (pokok memanjat), cabai hutan, Piper lanatum; akar ~ galah (ular) sj tumbuhan (pokok memanjat), lada rimba, sirih murai, Piper ribesioides.
kalung III
Tr membaling: jangan ~ anjing tu, nanti kena kejar.
kalut = berkalut
1. tidak teratur, tidak aman (tenteram, tenang), kacau, kusut: kalau tidak ada pemerintah tentu negeri ~; hati Tajurim demikian ~; fikirannya ~; 2. bercakap yg
bukan-bukan (spt orang yg sakit kuat dll), meracau, ngaco: kerana sakitnya berat, maka ia ~;
mengalutkan menjadikan kalut: dia mula pening sendiri dlm kekacauan yg begitu ~;
kekalutan kekacauan, kekusutan: ~ politik.
kalut-malut
kacau-bilau (kelam-kabut), kalut-marut;
mengalut-malutkan menjadikan kalut-malut
kama (Sanskrit)
1. cinta, asmara; 2. dewa cinta
kamal
Ar sempurna, lengkap serba-serbinya
kaman
bangsal
kamap
sj tumbuhan dlm famili Olacaceae, kemap, petaling gajah, Strombosia spp
kamar I
bilik, ruang;
~ baca bilik (ruang) tempat membaca; ~ besi bilik yg berlapis besi utk menyimpan barang-barang berharga; ~ bicara bilik tempat berunding; ~ bola rumah tempat bersenang-senang, kelab; ~ gelap a) bilik yg bertutup rapat di penjara; b) bilik gelap utk mencuci (membuat) gambar foto; ~ kecil jamban; ~ mandi bilik tempat mandi, bilik air; ~ mati bilik tempat menyimpan mayat; ~ tamu bilik utk menyambut tetamu; ~ tidur bilik tidur;
sekamar (berkongsi menginapi) satu bilik, sebilik: dulu dia tinggal ~ dgn kau;
mengamar Jk bermalam (di rumah tempat bekerja), tidak pulang pd malam hari (bkn orang gaji)
kamar II
Ar bulan; alkamar
kamar III, kamarban
sl ikat pinggang: maka dikurniai Shah Alam akan Sultan Mansor Shah itu drpd kullah dan ~.
kamariah
Ar tahun ~ tahun yg dihitung menurut peredaran bulan
|