Senin, 18 Mei 2026   |   Tsulasa', 1 Dzulhijah 1447 H
Pengunjung Online : 208
Hari ini : 15.823
Kemarin : 32.639
Minggu kemarin : 249.195
Bulan kemarin : 15.288.374
Anda pengunjung ke 105.216.314
Sejak 01 Muharam 1428
( 20 Januari 2007 )
IMAGE GALLERY
AGENDA
  • Belum ada data - dalam proses

 

KAMUS MELAYU

Kamus Melayu



Ditemukan : 4220 Record
‹ First  < 16 17 18 19 20 >  Last ›
kamat

Ar I seruan (selepas bang) utk memulakan sembahyang; iqamat

kamat II
Kl sangka, fikir, teka: saya ~ Kelantan akan menang dlm perlawanan bola sepak kali ini.
kamat III
kayu ~ sj tumbuhan pokok dan kayunya; kampit II
kambai
~ hutan sj (pokok), Wormia oblonga
kamban; mengamban
mengikat, membebat
kambang

terapung di atas air (udara dll); balai ~ balai di atas air; bom ~ ranjau laut; 

mengambang terapung atau terkatung-katung (di atas air atau di udara): bulan ~; ambang II

kambar, kambau
sj penyu, katung
kambas, kambeh
(kambéh) Mn buah peria
kambeli
sj kain kasar yg dibuat drpd bulu domba: selimut ~.  
kambi

sl kayu (papan dll) bingkai pd pintu (tepi dinding dll);

berkambi memakai kambi, berbingkai; 

mengambi 1. mengenakan (memasang) kambi; 2. membuat kambi

kiambang

kambing hitam

orang yg dipersalahkan dlm sesuatu kejadian; 

mengambinghitamkan mempersalahkan seseorang dlm sesuatu kejadian, menyalahkan atau menunjukkan kesalahan (orang dll)

kambing I

sj binatang mamalia spt domba atau biri-biri, Capra spp.; ~ benggala; ~ kacang; ~ kibas, dll; ~ gurun = ~ hutan sj kambing, Capricornis sumatrensis;  

~ randuk menjadi ~ hitam ki orang yg dipersalahkan; senyum(-senyum) ~ senyum sedikit; spt ~ putus tali (pergi, lari) dgn cepat; 

~ keramat prb orang yg ditakuti dan bebas membuat sekehendak hatinya; anak ~ tak akan jadi anak harimau prb orang yg pengecut (bodoh) tidak akan menjadi berani (pandai); bagai ~ dlm biduk prb perihal orang yg ketakutan (tidak dapat berbuat apa-apa); bagai ~ harga dua kupang = menggelinjang bagai ~ berulat prb tidak senonoh perangainya, keanak-anakan; bagai ~ diseret ke air = bagai ~ dimandikan pagi prb perihal orang yg malas dan enggan kalau disuruh melakukan sesuatu; bagai ~ dijunjung prb jerit atau teriak orang yg sangat penakut; bagai ~ lepas ke parak prb dapat memilih apa sahaja pd tempat yg mewah dll; masuk kandang ~ mengembek, masuk kandang kerbau menguak prb menyesuaikan diri dgn golongan yg dicampuri atau pd tempat seseorang itu berada; menanti pelir ~ terputus prb menantikan sesuatu yg mustahil sampainya; spt ~ dgn harimau prb orang yg lemah bertanding dgn orang yg kuat; spt ~ dikuliti hidup-hidup prb kesakitan yg amat sangat; umpama ~ kecil, merentak tidak memutus tali, berantuk tidak melambung bumi prb orang yg dianggap ringan kerana tidak berkuasa apa-apa. 

kambing II

burung ~ sj burung, celong, burung temenggang, gembala gajah, Platysmurus leucopterus

kambing III; kambing-kambing
ikan ~ sj ikan laut
kambing IV

~ rumput sj tumbuhan (dibuat ubat luka); 

kambing-kambing; akar ~ sj tumbuhan (pokok memanjat), akar (batu) pelir kambing, Sarcolobus globosus

kambing-kambing
 akar ~ sj tumbuhan (pokok memanjat), akar (batu) pelir kambing, Sarcolobus globosus
kambium (Bio)
lapisan sel yg menghasilkan sel-sel baru (terletak di antara xilem dan floem sekunder) pada tumbuhan yg mempunyai xilem dan floem
kambrat
Jk teman, kawan
kambu I

sj kepala omboh atau pemukul;  

buat ~ menipu orang (dgn menyuruh ambil bilah yg terpendek dr bilah-bilah yg tidak sama panjangnya dlm genggaman)

kambu II, kambuh
jatuh sakit lagi (dgn lebih teruk drpd yg dahulu)
‹ First  < 16 17 18 19 20 >  Last ›