Ditemukan : 4220 Record
kaligrafi
seni menulis dgn indah, tulisan tangan yg menghasilkan huruf atau tulisan yg indah sbg suatu seni; khat
kalih; berkalih
sl beralih; ~ muka berpaling muka; ~ tidur beralih letak badan (sewaktu tidur)
kalikanji → kalakanji
kalikausar I, kalikasar
sl barang-barang
kalikausar II
sl telaga kausar (sungai di syurga)
kaliki
Mn betik, pepaya
kaliks
lingkaran daun (disebut sepal) yg membentuk salut luar pd bunga yg melindungi kudup bunga
kalimah
Ar lafaz yg dituturkan oleh manusia; (dua) ~ syahadat = ~ yg dua pengakuan Islam yg bermaksud, aku naik saksi bahawasanya tidak ada Tuhan melainkan Allah, dan aku naik saksi bahawa (Nabi) Muhammad ialah Rasul Allah
kalimantang I
1. sj panji-panji putih yg panjang; 2. cahaya yg kelihatan spt jalur putih memanjang;
mengalimantang 1. bercahaya putih memanjang dlm gelap; 2. beraneka warnanya (cahayanya)
kalimantang II
kalimat
1. ayat; anak ~ ayat kecil yg tidak dapat berdiri sendiri dan bergantung pd atau menjadi sebahagian drpd ayat yg lain (ayat majmuk); induk ~ ayat yg dapat berdiri sendiri sbg ayat lengkap dan menjadi bahagian yg terpenting atau ayat pangkal dlm ayat majmuk (bersusun); 2. perkataan; ~ (kata) lepas kalimat (kata) yg berdiri sendiri (tidak berhubungan dgn yg lain)
kalimatullah
Ar kata-kata Tuhan
kalimatusyahadat
Ar dua kalimah syahadat; → kalimah
kalimaya, kalimayah
Jw kelemayar
kalimpanang
akar ~ sj tumbuhan (pokok memanjat); kelempenang
kalimut; mengalimut
Br memburuk-burukkan atau mengata-ngatakan orang lain di belakang, mengumpat
kaling
kalingan
Jk terlindung (tersembunyi) oleh barang yg ada di hadapan
kalio
sj lauk yg dibuat, biasanya drpd ayam yg dimasak dgn cili, santan, dll: ~ ayam.
kalipso
sj rentak (irama) muzik yg berasal dr Hindia Barat
|