Ditemukan : 4220 Record
kalis I
1. tidak berkilat atau bersinar (bkn kaca, barang logam, dll, kerana berselaput sesuatu dll), pudar, suram; 2. tidak dapat dimasuki (diserapi) sesuatu (spt air dll); ~ air tidak dapat dimasuki air; ~ gas tidak dapat dimasuki gas; 3. tidak dapat (boleh) kena penyakit;
~ jais idak dapat menerima ajaran atau nasihat; ~ peluru tidak boleh ditembusi peluru
kalis II
Tr biasa dgn sesuatu: perut dia tak kembung makan nasi mentah sebab sudah ~.
kalium (Kim)
sj unsur logam yg sangat reaktif dan mudah teroksida di udara, digunakan utk membuat baja; ~ hidroksida sj sebatian tak organik yg sangat mengakis
kalkasar → kalikausar I
kalkalah → kulkulah
kalkausar → kalikausar II
kalkulasi
Id perkiraan belanja (mencetak dll)
kalkulator
alat elektronik atau mekanikal utk membuat kiraan matematik
kalkulus
kaedah perkiraan yg menggunakan simbol-simbol atau lambang-lambang algebra
kalkun
IB ayam belanda
kalo I
Jw 1. ayak; 2. tapis
kalo II
bp kalau
kaloi
sj ikan darat, ikan gurami, kalui, Osphronemus goramy
kalong
Jk keluang
kalor
Id haba; ~ jenis perbandingan haba; ~ lebur haba yg dapat meleburkan sesuatu logam dll
kalori
1. unit kuantiti haba (banyaknya haba yg diperlukan utk menaikkan suhu satu gram air sebanyak 1°C dr suatu paras suhu yg tertentu, yg bersamaan dgn 4.2 joule); 2. unit ukuran bagi nilai tenaga makanan
kalorimeter (kaloriméter)
(Kim) radas yg digunakan utk mengukur kuantiti haba yg terhasil sewaktu berlakunya tindak balas kimia;
~ bom radas yg digunakan utk mengukur kuantiti haba tindak balas, terutamanya haba pembakaran bahan makanan dan bahan api
kalorimetri (kalorimétri)
(Kim) pengukuran kuantiti haba yg terhasil sewaktu berlakunya tindak balas kimia, perubahan keadaan jirim, atau pembentukan larutan
kalot
Kl; ~-kibut kelam kabut
kalowatan
babi hutan yg bertaring, babi rusa
|