Senin, 18 Mei 2026   |   Tsulasa', 1 Dzulhijah 1447 H
Pengunjung Online : 440
Hari ini : 15.308
Kemarin : 32.639
Minggu kemarin : 249.195
Bulan kemarin : 15.288.374
Anda pengunjung ke 105.216.314
Sejak 01 Muharam 1428
( 20 Januari 2007 )
IMAGE GALLERY
AGENDA
  • Belum ada data - dalam proses

 

KAMUS MELAYU

Kamus Melayu



Ditemukan : 4220 Record
‹ First  < 18 19 20 21 22 >  Last ›
kampil I

kampit atau bekas yg dianyam drpd mengkuang dll; kampit

kampil II, kampilan
sj pedang atau kelewang (pedang pendek yg bilahnya makin lebar ke hujung)
kampit I
sj sumpit atau beg yg dianyam drpd daun mengkuang dll; kampil I
kampit II
sl; kayu ~ sj tumbuhan (pokok dan kayunya yg biasa digunakan utk membuat cap raja-raja)
kampiun
IB 1. johan, juara (dlm pertandingan, perlumbaan, dsb); 2. bp pandai (baik, pintar) sekali
kampoi
~ benang Kd menggulung, melilit benang pd sesuatu: dia ~ benang.
kampret (kamprét)
Jw kelelawar kecil
kampuh

1. dua lapis kain (kertas dll) yg dijahit menjadi satu; 2. kain selimut dll yg dijahit dr tiga lapis kain; kain ~ kain sarung yg dijahit dr dua helai kain menjadi satu; 

berkampuh memakai kampuh sbg selimut dll, berselimut dll dgn kampuh; pisau ~ pisau yg bermata dua pd hujungnya; dek sukar ~ ijuk, nan adat diturut jua Mn prb bagaimana miskin sekalipun, adat terpaksa diturut juga. 

kampung

1. kawasan kediaman (terdiri drpd sekumpulan rumah dll) di luar bandar, desa, dusun: ~nya terletak kira-kira 12 km dr Kuala Lumpur; (ketua) kepala ~ orang yg menjadi ketua kpd penduduk kampung; orang ~ a) penduduk kampung; b) orang yg tidak moden (masih berpegang pd kebiasaan atau tradisi lama); rumah ~ rumah yg reka bentuknya (buatannya dsb) spt yg lazimnya terdapat di kampung; tanah ~ tanah yg terletak di kawasan kampung (bukan tanah di kawasan perbandaran); 2. kawasan dlm bandar tempat sesuatu kaum tinggal berkelompok: ~ Cina; ~ Keling; 3. ki tidak moden, agak kolot: datuknya masih ~; 4. bukan dihasilkan (dipelihara dll) dgn cara pengurusan moden, terpelihara (terhasil, terjaga, dll) cara kampung; anjing ~ anjing liar yg tidak dipelihara; ayam ~ ayam yg dipelihara dgn cara biasa di kampung; kopi ~ kopi yg bukan dr ladang (perkebunan dsb);

~ dunia dunia yg dilihat sbg sistem yg bersepadu keseluruhannya yg semua bahagiannya saling bergantungan; ~ halaman (laman) kampung tempat lahir; 

berkampung berhimpun, berkumpul: malam tadi kita ~ adik-beradik serta saudara-mara; sekalian rakyat pun ~lah;

mengampungkan menghimpunkan, mengumpulkan: kampungkanlah segala rakyat;  

kampungan 1. ada kaitannya dgn kebiasaan, tradisi, dsb yg terdapat di kampung: yg menarik tentang Ngoyang ialah mitos dan nilai tradisi teater ~ yg wujud di dalamnya; 2. ki tidak moden, kuno: akronim mesti membentuk nama yg indah yg tidak ~;  

kekampungan bersifat kampung (penghidupan, keadaan, adat resam, dll), (masih) berasaskan kebiasaan (tradisi dsb) yg dipegang atau diikut penduduk kampung: ia mencemuh cara hidup kita yg dianggapnya ~; 

perkampungan 1. mengenai (berkaitan dgn) kampung: pegawai ~; 2. kelompok (kumpulan) kampung: daerah ~; mereka dibawa ke kawasan ~ baru; 3. tempat berkampung (berhimpun): sesudah dua hari berjalan kaki, sampailah kami ke ~ bala tentera itu; 4. sekelompok, sekumpulan

kampus

kawasan serta bangunan sesebuah universiti atau institusi pengajian tinggi

kamsen (kamsén)
dalal
kamsia, kamsiah
C, bp terima kasih
kamu

1. kata ganti diri kedua (orang yg menjadi lawan bercakap), awak, engkau; 2. = ~ sekalian engkau sekalian, engkau (awak) semua; 

berkamu memakai perkataan kamu (biasanya sewaktu bertutur dgn orang lain): baiklah kita bersebut nama dan memakai perkataan biasa saja, berengkau, ~, sebab begitu lebih mesra rasanya.  

kamus I

buku yg mengandungi kata-kata dll (yg disusun menurut abjad) dgn keterangan mengenai makna perkataan dll: ~ bahasa kebangsaan; ~ Melayu-Inggeris;  

mengamuskan memasukkan ke dlm kamus; 

perkamusan perihal (yg berkaitan dgn ) kamus (penyusunannya, ilmu mengenainya, dll): Cawangan ~, Dewan Bahasa dan Pustaka; lapangan ~; projek ~. 

kamus II
Jk 1. samak; 2. kulit yg disamak
kan I
kep bukan atau bukankah: ~kah gitu yg baik?  
kan II
kep akan; tak~tidak akan
kan III

langkan (pd perahu)

kan IV
sj cerek atau teko (tempat air teh dsb)
kana I
buah ~ buah yg sudah dikeringkan dan diasinkan atau dimaniskan
‹ First  < 18 19 20 21 22 >  Last ›