Senin, 18 Mei 2026   |   Tsulasa', 1 Dzulhijah 1447 H
Pengunjung Online : 671
Hari ini : 14.794
Kemarin : 32.639
Minggu kemarin : 249.195
Bulan kemarin : 15.288.374
Anda pengunjung ke 105.216.314
Sejak 01 Muharam 1428
( 20 Januari 2007 )
IMAGE GALLERY
AGENDA
  • Belum ada data - dalam proses

 

KAMUS MELAYU

Kamus Melayu



Ditemukan : 4220 Record
‹ First  < 19 20 21 22 23 >  Last ›
kana II
gelang ~ gelang yg dipakai di lengan oleh pengantin dll; gelang I
kanaah, kanaat
Ar kepuasan hati, kesenangan
kanabis
dadah yg diperoleh drpd pokok hem dan dihisap atau dikunyah utk menimbulkan rasa khayal dan mabuk
kanak; kanak-kanak

budak lelaki atau perempuan yg masih kecil (biasanya yg belum berumur lebih drpd 7 atau 8 tahun): ~ yg tidak berdosa; pantun ~; bahasa ~ bahasa anak kecil; 

kekanak-kanakan 1. spt kanak-kanak (tingkah laku, fikiran, dll), keanak-anakan: berkelakuan ~; ketawa ~; 2. Id terbantut (terhenti) pertumbuhan bahagian tubuh atau kecerdasan

kanal

IB, bp terusan, saluran, tali air

kanan

1. bahagian (pihak) yg berlawanan dgn kiri, bahagian (pihak) yg di sebelah timur kalau kita berdiri menghala ke utara; tangan ~ a) tangan yg di sebelah kanan (biasanya digunakan utk makan); b) pembantu yg utama (penting), orang harapan; langkah ~ a) nasib baik (beruntung); b) saat yg baik (beruntung); 2. penting (utama), tinggi kedudukannya (pangkatnya dll): pegawai ~ kerajaan; 3. yg mengikut atau berdasarkan aliran politik yg sederhana (konservatif, tidak revolusioner): pemerintahan masih dikuasai oleh parti yg berhaluan ~; puak ~ tetap menguasai pemerintahan negeri itu;  

menganan (berpusing, berbelok, dll) ke arah kanan; 

menganankan membawa (memusingkan dll) ke arah kanan, mengarahkan ke kanan; 

terkanan 1. berada di tempat yg paling kanan; 2. terkemuka (terutama, tertinggi, dll): dua orang pegawai ~ Kementerian Luar telah dikirim ke P.B.B;  

kekananan kedudukan yg lebih tinggi berbanding dgn kedudukan orang atau jawatan lain (dlm struktur pentadbiran dsb): salah satu pertimbangan bagi pelantikan tersebut ialah ~ pegawai-pegawai yg memohon.  

kanbus → gambus
kancah I

1. kawah, kuali besar; 2. ki keadaan (sukar, perang, penderitaan, dsb), gelanggang (politik, perjuangan, dll), medan: ~ perjuangan; ~ krisis;  

~ politik medan atau gelanggang politik; ~ revolusi keadaan revolusi yg sedang berkecamuk; 

spt ~ ditawar Mn prb ternganga (tidak bercakap dan tidak menjawab dlm perbincangan dll); pitis sekupang genap, hendak membeli ~ berkerawang, nuri pandai berkataprb perihal orang yg tidak berkemampuan tetapi berkemahuan spt orang kaya

kancah II

peluk, sepemeluk; 

terkancah terlibat dlm kesukaran dll

kancang
Kl; berkancang bekerja beramai-ramai, bergotong-royong
kancap

Jk hingga sama paras dgn tepinya (bkn air dlm kolam dll), sangat penuh

kanceh (kancéh)
Mn ; terkanceh terbantut (terhenti) pertumbuhannya, kerdil
kancil

1. sj mamalia menceruh yg kecil, tidak bertanduk yg terdapat di bahagian tropika Asia dan Afrika Barat. 2. ki orang yg cerdik (pintar); akal ~ tipu muslihat yg licin, cerdik (dgn tipu muslihatnya)

kancing I

1. alat (spt cangkuk) utk menutup (merapatkan) baju dll yg berbelah; 2. butang (baju dll); 3. = pengancing alat spt selak dll utk mengunci (menutup) pintu (tingkap dll); ~ gigi (mulut) penyakit kaku atau kejang mulut (penyakit tetanus); 

berkancing 1. memakai kancing; 2. berkunci dgn kancing: pintu yg tak ~ itu kutolak;  

mengancing menutup dgn kancing; ~ baju kemejanya; semua pintu astana dikancingnya;  

mengancingkan menutupkan (baju, pintu, dll) dgn kancing; 

terkancing terkunci, tertutup 

kancing II
~ baju sj tumbuhan (herba), daun rotan, rumput juak, subang puteri batik, Bidens pilosa; ~ baju jantan sj tumbuhan (herba), katub perenggang, rumput sekepet burit, rumput teki, Kyllinga bervifolia
kancung I

tabung atau bekas drpd buluh (utk mengambil air), gerigik, perian

kancung II
belalang ~ ; kacung I
kancut
kain penutup kemaluan perempuan, cawat
kanda

kep kekanda: ya, ~ku yg tercinta; ~-manda sl kanak-kanak yg dipilih sbg teman atau saudara tua kpd anak raja yg baru lahir: maka disambut oleh pengasuh ~-mandanya.  

kandang

1. tempat atau ruang yg berpagar dsb (utk binatang, terutamanya pd malam hari): ~ kambing; ~ kuda; ~ lembu; 2. ruang yg dikelilingi pagar (garis dll), gelanggang, kalangan; ~ bulan gelanggang bulan; ~ orang salah ruang berpagar (dlm mahkamah) tempat orang yg dituduh sewaktu dijalankan perbicaraan; 3. sl makam, kubur: ia hendak mengunjungi ~ ayahnya Sayid al-Marhum jua; ~ mobil Id setal kereta, garaj;

ayam laga se~ prb orang yg bersanak saudara berkelahi tidak perlu dicampuri; masuk ~ kambing mengembek (membebek), masuk ~ kerbau menguak prb menyesuaikan diri dgn masyarakat di sekeliling; memperlapang ~ musang, mempersempit ~ ayam prb memberi kesempatan kpd orang yg membahayakan tetapi tidak melindungi orang yg kesusahan; pulang ke ~ prb pulang ke tempat asal; 

mengandangkan memasukkan ke dlm kandang: tiada siapa ~ kerbau kambingnya.  

‹ First  < 19 20 21 22 23 >  Last ›