Ditemukan : 4220 Record
kandar I = pengandar
kayu yg diletakkan di bahu utk menggalas atau memikul barang (yg tergantung di kedua-dua hujung kayu), galas;
mengandar membawa barang dgn kandar, memikul, menggalas: maka diambilnya kayu oleh Seri Rama dikandarnya dua ekor kijang.
kandar II
Jk; mengandar, mengandarkan menjalankan (motokar dll);
kandaran kenaikan, kenderaan;
pengandar orang yg menjalankan (motokar dll)
kandas = terkandas;
mengandaskan menjadikan kandas (tidak berjaya, gagal);
terkandas 1. terlanggar sesuatu (spt dasar laut atau sungai, beting, batu karang dll) dan seringkali tidak dapat bergerak lagi: kalau ada beting di pintu pelabuhan, tentulah kapal-kapal besar akan ~; 2. ki tersekat di pertengahan jalan (tidak berkesudahan dgn kejayaan, kebahagiaan, dsb), terbantut, gagal (tidak dapat diteruskan): banyak kanak-kanak yg ~ dlm pelajaran; rancangan dan usahanya ~ di tengah jalan;
kekandasan perihal terkandas
kandau
sj binatang mamalia (rupa bentuknya spt kera) yg hidupnya di atas pokok dan boleh melayang, kubung, Cynocephalus spp
kandel
Jw 1. tebal; 2. ki banyak (wang)
kandi I
1. Jw = kandi-kandi sj pundi-pundi; 2. Kl kampit atau beg drpd kain
kandi II
kandidat
1. calon, bakal; 2. peserta dlm ujian dsb;
mengandidatkan mencalonkan
kandil
lampu, pelita, kaki lilin
kandis I
sj tumbuhan (pokok yg masam buahnya) dlm famili Guttiferae, asam gelugur, lulai, manggis hutan, bebata (Sabah), sikop (Sarawak), Garcinia spp.; ~ gajah sj tumbuhan (pokok), Garcinia nervosa
kandis II manis
kandul
1. sj bakul (keranjang); 2. kaki jala
kandung
1. kantung, pundi-pundi: ia mengeluarkan wang drpd ~nya; 2. rahim, pundi-pundi peranakan; abang (adik, anak, ayah, ibu) ~ abang dll sendiri (bukan abang dll tiri atau abang angkat); saudara se~ adik (abang, kakak) seibu sebapa;
~ jantung Id selaput jantung; ~ kencing Id pundi-pundi kencing; bunga ~ bunga yg kecil-kecil yg terdapat pd bahagian tengah bunga (spt pd bunga matahari);
berkandung 1. berisi, bermuat; 2. hamil;
mengandung 1. membawa sesuatu dlm saku dll: ~ wang; 2. hamil: sudah berapa bulan Aini ~? 3. = mengandungi berisi, memuat: bunga yg ~ racun; tanah yg ~ bijih timah; kata yg ~ erti;
mengandungkan mempunyai janin yg sedang membesar di dlm rahim, menghamilkan, membuntingkan: suaminya berubah perangai apabila dia ~ anaknya yg ketiga;
terkandung dikandung, terdapat atau termuat di dlm sesuatu, tercantum (tersirat): bijih emas yg ~ dlm batu kapur; kesalahan-kesalahan yg ~ dlm undang-undang; rasa sedih yg ~ dlm suaranya;
kandungan 1. sesuatu yg dikandung oleh sesuatu yg lain, apa yg termuat (di dlm sesuatu), isi: ~ bungkusan; ~ buku (surat dsb); menyelidiki ~ kimia batu kapur; 2. sesuatu yg tercantum atau tersirat (di dlm hati dsb), isi: ~ hati; ~ jiwa; 3. anak yg masih dlm rahim ibu: ~nya kian hari kian besar; 4. kandung, rahim: anak yg masih dlm ~; angka ~ kecil angka terkecil yg boleh mengandungi dua angka tertentu atau lebih: 24 ialah angka ~ kecil bagi angka 8 dan 3.
kanduri → kenduri
kandut
Jw kandung
kang I
kep kakang; → kakang
kang II
kep kekang; tali ~ tali kekang (tali utk mengarahkan atau mengendalikan jalan kuda);
berkang dikekang
kang III
sj tempayan yg besar mulutnya
kangar
lang ~ sj burung helang yg besar
kangen
Jw rindu, ingin sangat (supaya) bertemu: kerana disuruhlah saya datang ke sini, di samping sudah ~.
|