Ditemukan : 4220 Record
ketekadan
kesungguhan (hati): ~ utk bersatu.
ketekalan
keadaan tekal, konsistensi: ~ tiga ilmu yg sudah ada penting utk menentukan penerimaan mendidik generasi muda.
ketekunan
1. perihal tekun, kerajinan, kesungguhan; 2. keasyikan (melakukan sesuatu).
ketel
Jw 1. rimbun (pokok), lebat (daun); 2. padat atau penuh sesak (orang atau penduduk negeri dll).
ketel
(ketél) Jk titik (air), titis;
seketel setitik, setitis;
berketel, berketel-ketel bertitik-titik (air mata dll).
(kétél) 1. sj cerek; 2. sj kuali besi (utk memasak nasi dll); 3. = ~ kukus sj tangki (di kapal, di kepala kereta api, dll) tempat memanaskan air bagi mendapatkan wap utk menjalankan enjin.
ketela
(ketéla) Kd sj tumbuhan (pokok) dan buahnya, betik, kepaya, Carica papaya; ~ kayu sj tumbuhan (pokok dan ubinya), ubi kayu, singkung, Manihot utilissima; ubi ~ keledek, sj tumbuhan (pokok menjalar dan ubinya), Ipomoea batatas.
ketelanjangan
keadaan telanjang: lelaki itu masih tegak di tengah kolam dlm ~;
ketelanjuran
perihal telanjur, keterlaluan: dia menyesal atas ~nya mengeluarkan kata-kata celupar yg tidak selayaknya itu; → lanjur.
keteledoran
perihal teledor, kealpaan (dlm pekerjaan, kewajipan, dll), kecuaian, kelalaian, kelengahan: tidaklah dia sunyi drpd kesalahan, ~, kesilapan dan kegagalan.
ketelitian
perihal teliti, kecermatan, kesaksamaan: dia sedar tentang ~nya menjalankan tugas sbg seorang ketua parti;
keteloran
perihal telor (salah ucapan).
ketempangan
1. perihal (keadaan dsb) tempang, kecapikan, kepincangan; 2. cacat, cela; 3. hal yg tidak wajar (tidak adil dll), keadaan tidak wajar: bolehkah kita mengatasi ~ musyawarah kita serta kembali ke musyawarah yg sebenar.
ketempuhan
1. terpaksa memberi ganti atau membayar ganti rugi (kerana merosakkan sesuatu); 2. mendapat celaan (cercaan); 3. mendapat malu kerana kesalahan orang lain.
ketemu
Jk bertemu, berjumpa, terdapat: mereka berjanji akan ~ malam itu di kelab; ~ akalditerima akal (masuk akal); siang ~ siangsiang hingga siang lagi;
mengetemui menemui, menjumpai, mendapatkan: kedua-dua orang yg dicari itu masih belum diketemui;
mengetemukan 1. mengetemui, menemui: mengapa tidak aku ketemukan kau lebih dahulu; 2. menemukan, mendapatkan: bintang-bintang pun menjadi sasaran penyelidikan, sejak teleskop diketemukan; 3. mempertemukan: Mansur meminta supaya Yusuf dan Yakub diketemukan;
ketemuan (sesuatu) yg diketemui (didapati): ini adalah ~ yg paling besar; → temu I.
ketemuan
(sesuatu) yg diketemui (didapati): ini adalah ~ yg paling besar; → temu I.
ketenangan
perihal tenang, keamanan, ketenteraman;
ketenatan
perihal atau keadaan tenat.
keteng
(kéténg) sj wang tembaga (nilainya kira-kira setengah sen), keping, peser, rini;
seketeng setengah duit (sen), sepeser, serini;
mengeteng membeli secara runcit, membeli eceran, membeli dgn berdikit-dikit: ada wang bolehlah memborong, tiada wang ~ sahaja;
mengetengi membahagi-bahagi (barang-barang dagangan) utk dijual secara runcit;
mengetengkan menjual runcit-runcit, (eceran), menjual satu-satu atau sedikit-sedikit;
ketengan eceran, runcit-runcit atau sedikit-sedikit (bkn penjualan atau pembelian barang-barang); harga ~ harga runcit, harga barang yg dijual (dibeli) satu-satu atau sedikit-sedikit.
ketenggah
sj tumbuhan (pokok kecil), kemuning badak, kemuning gajah, kemuning limau, Memillia caloxylon.
ketenteraan
perihal tentera: perjanjian itu melibatkan masalah politik dan ~ ;
|