Ditemukan : 4220 Record
ketenteraman
1. perihal tenteram, keamanan, kesentosaan: pertukaran fikiran telah berlaku tentang soal-soal ~, keselamatan dan pertahanan di Asia Tenggara; 2. ketenangan (fikiran, hati, perasaan), keredaan;
ketentuan
1. sesuatu yg tentu atau yang telah ditentukan, keputusan yg muktamad, ketetapan: sbg hasil drpd perjanjian tersebut satu ~ harga tetap bagi lada hitam telah dipersetujui; 2. sesuatu yg sudah tentu (tidak diragu-ragukan lagi), kepastian: dia mahu meminjam wang itu kalau ada ~ labanya; 3. tentu atau tetap (tidak berubah-ubah), beraturan: kau Lamit orang muda, makan minum tidak ~, sebab itu bukankah baik berumah tangga;
ketenun
Kd sj serangga, mentadak, mentadu, Mantis religiosa
ketepatan
perihal tepat, atau bertepatan dgn sesuatu, kejituan: ~ ramalannya itu bertanggungjawab menyelamatkan bandar Melaka drpd kepungan tersebut; ~ semua kajian yg selanjutnya bergantung pd ~ pengklasifikasian;
ketepeng
(ketépéng) Jw sj tumbuhan (herba), gelenggang kecil (nasi, padang, sayur), Cassia obtusifolia; ~ hutan sj tumbuhan (pokok), kacang kota, Cassia occidentalis.
ketepil
IB alat utk menembakkan (melepaskan) batu kecil, lastik, jepretan.
keteping
sj tumbuhan (herba), kemaman, maman jeruk (pantai, putih), Cleome icosandra (vircosa).
ketepuan
perihal (keadaan dsb) tepu;
keter
(ketér) Tr kerinting sedikit (pd rambut, daun pokok yg terbantut): pokok mempelam yg Pak Man tanam ~. Agaknya tidak dibubuh baja.
keterabaian
keadaan terabai: ~ sesuatu kelompok;
keterakhiran
perihal paling kemudian atau terkemudian: keterdahuluan dan ~ adanya alam;
keteramalan
perihal dapat diramalkan;
keterampilan
kecekapan, kemampuan (yg tinggi).
keterancaman
keadaan terancam;
keterandalan
keadaan (hal) dapat diandalkan: ~ merupakan keperluan segera bagi andaian ramalan yg sebenar.
keterangan
1. huraian utk menerangkan sesuatu, penjelasan: semua ~ guru itu didengar oleh Nurshahid dgn tenang; 2. hal yg menjadikan sesuatu perkara dll terang atau jelas, alasan, bukti, tanda: dlm tempoh yg ada pd kami, telah kami usahakan sedaya upaya utk mendapatkan ~ yg difikirkan perlu; 3. Id kata atau kelompok kata yg menerangkan kata yg lain;
keterasingan
1. perihal terasing, keadaan atau kedudukan terasing (tersisih), terasingnya: satu lagi faktor yg perlu dititikberatkan ialah ~ generasi muda Melayu kerana berbagai-bagai masalah sama ada benar-benar wujud atau sengaja diada-adakan; 2. keanehan, keganjilan, keluarbiasaan: ~ perasaan itu ada hubungan dgn darahnya sendiri;
keteraturan
keadaan yg teratur, ketertiban: ~ gerak laku; ~ dan alam tabii tidak meninggalkan kesan yg mendalam;
keterbabitan
perihal terlibat (tersangkut, terseret) dlm sesuatu perkara: kita mengenali mereka kerana jawatannya atau kerana ~nya dlm kegiatan di luar bidang tugas;
keterbacaan
darjah betapa senang atau sukarnya memahami sesebuah teks;
|