Kamis, 14 Mei 2026   |   Jum'ah, 27 Dzulqaidah 1447 H
Pengunjung Online : 1.604
Hari ini : 22.797
Kemarin : 35.104
Minggu kemarin : 209.627
Bulan kemarin : 15.288.374
Anda pengunjung ke 105.216.314
Sejak 01 Muharam 1428
( 20 Januari 2007 )
IMAGE GALLERY
AGENDA
  • Belum ada data - dalam proses

 

KAMUS MELAYU

Kamus Melayu



Ditemukan : 578 Record
 < 1 2 3 4 >  Last ›
ma

Pr semua; saya ~ kita; dia ~ mereka.

maab

Ar † tempat kembali.

maaf

1. kerelaan melepaskan atau membebaskan seseorang drpd hukuman atau denda kerana sesuatu kesalahan (kekeliruan dsb), ampun: Omar meminta ~ drpd bapanya; memberi ~ mengampuni; 2. = maafkanlah ampunilah: ~ sahajalah budak itu, dia masih belum tahu apa-apa; minta ~ minta diampuni;

bermaaf-maafan

saling memberi ampun: Ros mengesat air matanya setelah ~ dgn Jamilah;

memaafi

memberi ampun (maaf) kpd, mengampuni: sekali dua dia boleh dimaafi;

memaafkan

mengampunkan kesalahan (kesilapan dll), tidak menganggap salah dll lagi: sudilah kiranya engkau ~ kesalahanku lahir batin, dunia akhirat;

permaafan

perihal bermaaf-maafan;

pemaaf

orang yg rela memberi maaf (memaafkan): dia seorang dermawan, merendah diri, khusyuk, dan ~.

maakul

Ar masuk akal (fikiran), berdasarkan akal (fikiran), logik, munasabah: tiap-tiap orang yg menentang cadangan itu mempunyai alasan yg ~ dan kuat pula.

maakulat

Ar ilmu pengetahuan bkn sesuatu yg ghaib (dgn berdasarkan akal fikiran), metafizik.

maal hijrah

Ar majlis yg diadakan sempena mengingati dan mengambil pengajaran drpd peristiwa hijrah rasulullah (diadakan pd bulan Muharam).

maalaf

Ar † tempat utk mengisi makanan kuda dll, palung.

MABBIM

akronim bagi Majlis Bahasa Brunei Darussalam-Indonesia-Malaysia.

mabir; tabir-~; —> tabir.
mabrur

Ar diterima Allah: haji ~.

mabung

sj ikan laut, Rastrelliger kanagurta.

mabur

Jk lari, terbang.

Mac

bulan ketiga dlm tahun Masihi yg mengandungi 31 hari.

macam

1. keadaan sesuatu benda, bangsa, jenis, rupa: kain ini ada dua ~; 2. laksana, seperti, umpama: ~ rusa masuk kampung; 3. cara, kaedah: walau ~ mana sekalipun, ia mesti berjumpa dgn orang tuanya; apa ~ a) = ~ apa (mana) bagaimana; b) apa pendapatmu?

semacam

1. sebangsa, sejenis: 2. sebagai, serupa, seperti: adakah orang ~ saya menaruh khianat di dlm hati;

bermacam

berbagai(-bagai);

bermacam-macam, macam-macam

berbagai-bagai, berjenis-jenis, berupa-rupa;

mempermacam-macamkan

memperbuat dll bermacam-macam.

macan

Jw harimau; ~ loreng harimau belang; ~ tutul harimau akar;

memacani

mempertakuti, menakut-nakutkan;

macanan, macan-macanan

sj permainan anak-anak.

macang

bp —> embacang.

macat
—> macet.
macet

Jk 1. tidak lancar, sendat, serat: satu kali lagi hendak dilepaskan tembakan tapi pistolnya ~; 2. ki terhenti, kandas, terbengkalai: kalau kita ditangkap, usaha kita akan ~;

kemacetan

hal (keadaan) macet: impian manusia utk keluar drpd ~ hidup yg dirasakan terbelenggu oleh tradisi.

Machiavellianisme

fahaman (prinsip) politik yg menekankan ciri orang yg suka mengambil kesempatan (oportunis), bersifat licik, dan pandai menipu.

macis
—> mancis.
macuk

sj permainan judi Cina (dimainkan di atas meja oleh empat orang pemain dgn menggunakan balak-balak kecil).

 < 1 2 3 4 >  Last ›