Ditemukan : 578 Record
mad
Ar pemanjangan bunyi, bunyi pendek dijadikan bunyi panjang; —> madah II.
mada
1. Mn tidak ada perasaan, tebal telinga; 2. bp bodoh.
MADA
akronim bagi Muda Agricultural Development Authority (Lembaga Kemajuan Pertanian Muda).
madah I
1. kata yg terutamanya digunakan utk puji-pujian: Ramlah tersipu-sipu mendengar ~ Tuan Penghulu itu; 2. sl perkataan;
berpanjang ~ berkata (menghuraikan dll) dgn panjang lebar;
pendek ~ pendek kata, pendeknya;
bermadah
1. bersyair dll dgn memuji-muji, memuji-muji: saya ~ spt pujangga, dia membisu sahaja; 2. berkata: senang manusia berkata apa yg disukainya tanpa memikirkan akibat atau padahnya, senang mereka ~;
memadahkan
mengucapkan, mengatakan: madahkan juga barang hajat tuan.
madah II
tanda bunyi panjang pd tulisan Arab; —> mad.
madah III
Pn menjemput orang (utk majlis perkahwinan).
madali
sl sj alat bunyi-bunyian.
madam
madang
madar Mn † —> mada.
madat I
1. candu yg belum dimasak; minum ~ menghisap madat; rumah ~ tempat orang membeli dan menghisap madat; 2. segala jenis dadah (spt ganja, morfin, heroin, candu, dsb) yg disalahgunakan oleh penagihnya;
bermadat
menghisap madat;
pemadatan
1. perihal menghisap madat; 2. Jk biasa melakukan sesuatu yg tidak sopan (kurang baik dll);
pemadat
orang yg biasa (ketagih) menghisap madat: orang yg ~ itu semuanya kurus kering.
madat II
sl 1. menara tempat orang berkawal; 2. dinding atau tembok yg letaknya di menara dll dan diberi berlubang-lubang (digunakan utk menembak).
maddi
Id kebendaan (yg berupa benda): hukum~.
madgad
kepingan besi, plastik, dsb yg dipasang menutupi roda basikal, motosikal, dll utk mencegah percikan lumpur, air, dll;
bermadgad
mempunyai (memakai, dilengkapi dgn) madgad: basikal tua tidak ~ yg tersandar di tiang tengah diheretnya keluar halaman.
madrasah
Ar 1. tempat belajar (terutama bkn agama Islam), sekolah, perguruan; ~ jamiah sekolah (perguruan) tinggi, universiti; 2. surau, langgar.
madu I
1. cecair manis yg terdapat dlm sarang lebah dan bunga, manisan: ~ lebah; ~ bunga; gula dan ~ disangka manis, manis lagi senyummu tuan; 2. ki manis benar (senyuman dll); senyum ~ senyuman yg manis benar;
~ satu tong, jikalau rembes, rembesnya pun ~ juga prb jika baik asalnya, keturunannya pun baik juga;
dlm ~ berisi hempedu prb jangan mudah percaya akan perkataan yg manis-manis kerana biasanya berisi tipu daya yg jahat;
di luar bagai ~ , di dlm bagai hempedu prb tipu muslihat biasanya dilakukan dgn perkataan yg lemak manis;
laut ~ berpantaikan sakar prb perkataan manis yg keluar drpd mulut orang yg elok rupanya.
madu II
1. wanita lain yg menjadi isteri kpd suami sendiri, 2. ki saingan dlm percintaan;
bermadu
mempunyai madu (bkn isteri yg suaminya beristeri lagi): di negerinya ~ itu sudah lazim terbiasa, tersimpul dlm adat; dia minta cerai jika saya kahwin lagi, ~ itu pahit baginya;
memadu
memadukan: Usinah yg tidak mahu dimadu, diceraikannya;
memadui
1. menjadi madu kpd, bermadu dgn; 2. memberi bermadu (suami terhadap isterinya);
memadukan
menjadikan sbg madu: isterinya tidak rela dimadukan;
mempermadukan
menjadikan (membiarkan) bermadu dgn: seboleh-bolehnya, jangan sampai Ramlah dipermadukan;
permaduan
1. perihal bermadu: masa dlm tangan mandur besar dahulu, enam orang madu saya, dlm ~ itulah saya abang ambil; 2. perihal beristeri lebih drpd satu pd satu ketika (laki-laki), poligami: ~ dianggap kolot sekarang ini.
madu III; ~ mancung
Id perhubungan dua sisi yg merupakan sudut.
madukara
1. sl lebah; 2. = kain ~ sj kain sutera yg disulam dgn benang emas.
maesan (maésan)
—> mesan.
|