Sabtu, 6 Juni 2026   |   Ahad, 20 Dzulhijah 1447 H
Pengunjung Online : 1.403
Hari ini : 18.126
Kemarin : 44.263
Minggu kemarin : 255.953
Bulan kemarin : 9.252.016
Anda pengunjung ke 105.216.314
Sejak 01 Muharam 1428
( 20 Januari 2007 )
IMAGE GALLERY
AGENDA
  • Belum ada data - dalam proses

 

KAMUS MELAYU

Kamus Melayu



Ditemukan : 578 Record
‹ First  < 2 3 4 5 6 >  Last ›
mafela

skarf yg dililitkan pd leher utk mengurangkan kesejukan.

mafhum

Ar sudah mengerti (maklum, tahu), sudah faham: ~lah baginda akan surat Yang Dipertuan itu;

memafhumi

mengerti, mengetahui, memahami.

mafia

pertubuhan haram yg menjalankan kegiatan jenayah dan keganasan.

mafsadah

Ar kerosakan, kebinasaan, kehancuran: menolak ~ haruslah didahulukan drpd mengambil maslahah.

magal

sj tumbuhan (pokok), Sarcocephalus hirsutus.

magang I

orang yg bakal atau calon menjadi pegawai (tetapi masih belum menerima gaji): dia mula-mula bekerja sbg ~ .

magang II

1. terlampau masak (buah-buahan), ranum; 2. hampir masam (nira dll) kerana mengalami perubahan kimia;

memagang

membuat (memproses) sesuatu supaya jadi magang, menapai (tapai dll);

pemagangan

perihal memagang.

magasawih

sj tumbuhan (pokok) dlm famili Sonneratiaceae, berembang bukit, magas dan tagahas (Sabah), sawih (Sarawak), Duabanga spp.

magazin

sj kotak berisi peluru yg digunakan pd senjata api: pihak polis telah merampas senapang itu bersama dgn dua ~ pelurunya.

magel

Jk 1. belum masak benar (buah-buahan), mengkal; 2. ki belum sempurna pengetahuan, belum begitu pandai.

magenta (magénta)

(warna) ungu kemerah-merahan, merah tua, merah lembayung.

MAGERAN

akronim bagi Majlis Gerakan Negara.

magersari

Jw 1. orang yg berumah dlm kawasan rumah orang lain; 2. † orang yg membantu orang-orang yg berpindah dr satu tempat ke tempat yg lain.

magfirat

Ar ampun, maaf.

maghrib

Ar 1. tempat arah matahari terbenam, barat: lalu dilempar oleh Selampit sebelah badannya ke masyrik dan sebelah badannya ke ~; 2. = waktu ~ waktu matahari terbenam; sembahyang ~ sembahyang yg dilakukan oleh orang Islam pd waktu maghrib (matahari terbenam).

maghribi

Ar dr sebelah barat, termasuk sebelah barat (Moroko dll).

maghrur

Ar sombong, angkuh.

magi

IB ilmu ghaib.

maging; binatang ~

binatang (spt harimau, anjing, beruang, dsb) yg memakan daging, karnivor.

magis

luar biasa dan mengandungi (mempunyai) keupayaan dsb yg tersembunyi, ghaib: kisah kehidupan di angkasa raya dgn kekuasaan ~ atau yg berunsurkan tahyul; mengikut Winstedt, raja itu juga mempunyai kuasa ~.

maglub

Ar † kalah, takluk.

‹ First  < 2 3 4 5 6 >  Last ›