Ditemukan : 578 Record
Maphilindo
kep nama tiga buah negara Malaysia, Filipina dan Indonesia.
mar
sl jaga atau awasi menteri (kata dlm permainan catur utk mengingatkan lawan bahawa menteri akan dimakan).
mara I
1. sl bencana, bahaya, celaka, kesusahan: dijauhkan Allah drpd bahaya dan ~-Nya; ~bahaya bermacam-macam bencana atau bahaya;
~ jangan dipukat, rezeki jangan ditolak prb bahaya atau kesusahan jangan sekali-kali dicari-cari;
~ hinggap, ~ terbang enggang lalu ranting patah prb perihal seseorang yg dituduh melakukan sesuatu kesalahan pd hal dia tidak melakukan kesalahan itu;
bermara
sk berbahaya, menghadapi bahaya: jikalau tuan-tuan sekalian pergi, salah seorang ~ .
mara II
bergerak ke muka, tampil ke hadapan, maju: barisan tentera itu ~ dgn pantasnya sungguhpun mereka menemui tentangan;
memarakan
menggerakkan ke hadapan, memajukan;
kemaraan
perihal bergerak (melangkah dll) maju, kemajuan: hulubalang telah berhimpun di Pedas utk menyekat ~ Raja Melewar.
mara III; saudara-~
semua kaum keluarga sendiri (jauh dan dekat).
MARA
akronim bagi Majlis Amanah Rakyat (perbadanan yg menolong bumiputera membangun atau maju dlm bidang perniagaan, perusahaan, pendidikan, dsb).
marabahaya
bermacam-macam bencana atau bahaya; —> mara.
marah
I berasa panas hati kerana ditipu (dihina dll), perasaan panas hati, berang, gusar, murka: ayah dan ibunya ~ kepadanya; perkataan yg akhir itu ditekannya mengeluarkan suara ~ sedikit; ~ku kpd orang-orang Jepun yg mengebom padang kapal terbang Sungai Petani belum lagi hilang;
kena ~ diberangi (digusari); naik (bangkit, timbul) ~ menjadi marah;
memarahi
marah kpd, memberangi, menggusari: dia sendiri terasa salah kerana ~ adiknya; budak-budak yg bergayut itu telah dimarahi oleh konduktor bas tersebut;
memarahkan
1. (naik) marah kerana sesuatu: dia cuba hendak mengambil buku lain, tetapi Kintan segera ~nya; 2. menyebabkan jadi (naik) marah: perbuatan Wak Salleh mengemis setiap minggu itu ~nya benar;
marahan
Jk enggan (tidak mahu) bercampur dgn orang lain kerana marah;
kemarahan
perihal marah, keberangan, kegusaran: perkara ini mungkin menimbulkan ~ orang kampung; pd saat itu, hilang ~, lemah segala sendi anggota;
kemarah-marahan
sangat marah;
pemarah
orang yg cepat atau lekas marah, lekas marah: apakah suaminya ~ dan pencemburu?; amarah.
marah II
(Padang) gelaran utk anak sutan dgn perempuan biasa atau anak puteri dgn laki-laki biasa.
marajali
sj tumbuhan (pokok) dlm famili Trigoniaceae, mata pacak, merjali, Trigoniastrum hypoleucum.
marak 1. = semarak
cahaya, seri; naik ~ a) mulai bercahaya (berseri); b) ki mulai masyhur; c) sedang cantik (gadis dll); 2. = memarak menyala: api itu sekejap ~ sekejap malap, mengikut tekanan udara yg turun naik dlm bilik itu; 3. ki sedang memuncak (perasaan, nafsu, keinginan, dll), berkobar: cita-cita ini datang sahaja padanya dan semakin ~;
memarakkan
menjadikan bernyala (dgn lebih besar), menyalakan: api itu boleh dimarakkan dgn ditiup atau dikipas;
kemarakan
keadaan marak; —> semarak I.
marakas
sj alat muzik Amerika Selatan (yg digoncang-goncang).
marap
Kl; semarap jarak dr siku ke buku lima.
marapulai
Mn mempelai atau pengantin (laki-laki).
maras
Jw cemas, ketakutan, sangat khuatir: janganlah ~ hatimu, akulah nenekmu.
maraton
E perlumbaan larian jarak jauh (lebih kurang 26 batu atau 41.8420 kilometer).
marbut
Ar penjaga dan pengurus masjid, siak.
marcapada
sl dunia sekarang ini: orang Mukmin yg tidak terpengaruh dgn ~ yg penuh dgn tipu daya.
MARDEC
akronim bagi Malaysian Rubber Development Corporatian (Perbadanan Kemajuan Getah Malaysia Berhad).
MARDI
akronim bagi Malaysian Agricultural Research and Development Institute (Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia).
|