Jumat, 15 Mei 2026   |   Sabtu, 28 Dzulqaidah 1447 H
Pengunjung Online : 67
Hari ini : 7.642
Kemarin : 25.474
Minggu kemarin : 249.195
Bulan kemarin : 15.288.374
Anda pengunjung ke 105.216.314
Sejak 01 Muharam 1428
( 20 Januari 2007 )
IMAGE GALLERY
AGENDA
  • Belum ada data - dalam proses

 

KAMUS MELAYU

Kamus Melayu



Ditemukan : 578 Record
‹ First  < 20 21 22 23 24 >  Last ›
manira

sl aku, kita.

manis I

1. rasa spt rasa gula atau madu: kuih ini ~ spt gula; 2. sangat menarik (muka, percakapan, perawakan, senyuman, dll), lemah lembut serta peramah: gadis itu tidak cantik tetapi ~; tutur bahasanya ~; senyum ~; 3. cantik, elok, molek, mongel (gadis, benda, dll): gadis itu memang ~; 4. panggilan utk gadis (wanita) yg cantik manis: ia mendekati si ~ itu tanpa segan-segan lagi; 5. sopan, beradab (kelakuan, gerak-geri, dll): jangan buat begitu, nanti tak ~ dipandang orang; 6. ki dlm berbagai-bagai erti bermaksud nyaman (senang, mewah, dll): bagaimana pula dapat aku hidup ~ dgn orang yg demikian?

~ bangun Kl sedap dipandang mata, cantik, segak;

~-~ buah rasa yg tidak berapa manis (kuih dll);

~ budi (bahasa) pandai berbudi dan berbahasa, sopan-santun;

~ leting Kl, Tr tersangat manis;

~ madu rasa spt rasa madu;

~ muka muka yg periang (menarik hati);

~ mulut pandai berkata-kata;

~ spt gula derawa = ~ laksana gula sarawak = ~ spt gula jawa prb bersesuaian dlm semua hal (spt suami isteri yg sama elok dll);

habis ~ sepah dibuang prb seseorang atau sesuatu yg dihargai hanya ketika berguna sahaja dan sesudah tidak berguna lagi lalu dibuang (atau ditinggalkan);

lemak ~ jangan ditelan, pahit jangan dimuntahkan prb yg nampaknya baik itu jangan lekas diterima dan yg nampaknya buruk itu jangan lekas ditolak (harus dipertimbangkan dalam-dalam sebelum sesuatu perkara diterima atau ditolak);

rindu akan jadi batasnya, maka ~ tidak jadi cuka prb jangan terlalu mesra bergaul dgn orang kerana nanti akan menimbulkan dendam kesumat;

bermanis; ~ mulut

bercakap dgn kata-kata manis;

memanis

1. menjadi manis; 2. = memanis-manis membuat sesuatu supaya elok dilihat atau didengar;

memaniskan

menjadikan manis; lewat dimaniskan, masam, lewat diharumkan, busuk prb perihal orang yg mula-mula berkasih-kasihan tetapi kemudian selalu berselisih;

mempermanis

membuat supaya bertambah manis: dia melembutkan suaranya ~ mukanya ketika menyatakan maksudnya itu;

manisan, manis-manisan

1. sesuatu cecair (drpd bunga, sarang lebah, dll) yg manis rasanya; ~ bunga madu bunga; ~ lebah madu lebah; 2. buah-buahan dll yg direndam dlm air gula, halwa;

kemanisan

1. rasa yg manis: ~ nanas jenis itu memang diketahui orang; 2. kecantikan, kemolekan, kemongelan: ia yakin ~nya akan kembali jika ia pulih kembali; 3. keseronokan, kesukaan: ~ hidup bagai madu dgn isteri muda itu tidaklah akan lama; 4. bp terlalu manis, manis sangat: kopi ini ~ kerana terlalu banyak gula;

pemanis

1. sesuatu yg menyebabkan sesuatu yg lain menjadi manis atau bertambah manis (elok, cantik, dll); 2. = ~ muka guna-guna utk memikat hati orang (dgn menjadikan seseorang sentiasa kelihatan manis): diberi makan pula oleh kawannya sekapur sirih ~; mencarikan Ramlah ubat memperelok dan ~ rupa kembali.

manis II; akar ~ = akar kulit ~

sj tumbuhan (akar memanjat), tebu gajah, Albizzia myriophylla;

akar kayu ~ sj tumbuhan (akar memanjat), akar cius, akar kepah, akar tebu gajah, Acacia penata;

kayu ~ sj tumbuhan (pokok yg kulitnya manis), Cinnamomum zeylanicum.

manja I

1. kurang elok kelakuannya kerana selalu diturut kemahuannya (dibiarkan berbuat apa-apa sahaja): ~ betul budak itu, maklumlah anak bongsu; 2. sangat kasih (jinak, mesra, ramah) kpd: dia berkata dgn suara yg ~; kedua-dua anak itu sangat ~ dgn saya;

bermanja

berlaku manja: Arif sudah mulai ~ dgn pengasuhnya;

bermanja-manja, bermanja-manjaan

berjinak-jinakan, beramah-ramahan: cuma hari ini saja kami berpeluang ~ dgn Murad;

memanja

berbunyi manja (suara dll): kadang-kadang suaranya ~;

memanjakan, memanja-manjakan, mempermanjakan

sangat melayani kehendaknya sehingga jadi manja: jururawat itu membetulkan kain selimutnya spt ibu ~ anaknya; gerak-gerinya semakin dimanja-manjakan;

termanja-manja

(sudah) menjadi terlalu manja;

manjaan

yg dimanjakan: dia memang ingin memelihara seekor binatang ~;

kemanjaan

perihal manja: anaknya masih haus kpd ~ dan kemesraan;

kemanja-manjaan

dgn berlaku manja: ia menjawab ~ .

manja II

(dlm kata majmuk) maja; manjakani, majakani.

manjahil; tandil-~; majahil; —> tandil.
manjakani —> majakani.
manjang

sj hantu yg menghisap darah.

manjangan —> menjangan.
manjapada

† sl dunia ini, mayapada; —> marcapada.

manjau † = bermanjau

bertandang (ke rumah gadis).

manjung I

sj jamung atau suluh besar (utk menangkap ikan).

manjung II sl; manjungan

sj perahu: maka segala dendang dan ~ pun belayarlah.

manjung III; permanjungan

bilik di sisi rumah yg lantainya lebih tinggi, anjung.

manjur

1. dapat menyembuhkan dgn segera (ubat dll), mujarab, mustajab; 2. mempunyai kuasa atau daya yg kuat (doa, jampi, dll), sakti: manteranya ~; 3. boleh mematikan dgn segera, bisa: anjing itu mati kerana termakan racun yg ~ itu;

kemanjuran

perihal manjur (ubat, doa, jampi, dll): ubat dan suntikan itu tidak terjamin ~nya.

manometer (manométer)

sj alat utk mengukur tekanan gas dan wap.

manor

rumah besar dan tanah di desa, terutama yg dibina pd Zaman Pertengahan (di Eropah).

mansang

Sr 1. mari; 2. pergi; 3. semakin.

manset (mansét)

1. lengan baju tambahan yg keras pd pergelangan tangan; 2. Id kancing pd lengan baju tambahan.

mansiang Mn —> mensiang.
‹ First  < 20 21 22 23 24 >  Last ›