Jumat, 15 Mei 2026   |   Sabtu, 28 Dzulqaidah 1447 H
Pengunjung Online : 107
Hari ini : 7.583
Kemarin : 25.474
Minggu kemarin : 249.195
Bulan kemarin : 15.288.374
Anda pengunjung ke 105.216.314
Sejak 01 Muharam 1428
( 20 Januari 2007 )
IMAGE GALLERY
AGENDA
  • Belum ada data - dalam proses

 

KAMUS MELAYU

Kamus Melayu



Ditemukan : 578 Record
‹ First  < 21 22 23 24 25 >  Last ›
mansuh

tidak berlaku lagi, batal, ditiadakan, terhapus;

memansuhkan

menjadikan tidak berlaku (sah dll) lagi, membatalkan, menghapuskan, meniadakan: perjanjian ini boleh dimansuhkan pd bila-bila masa pun;

pemansuhan

perbuatan (tindakan dsb) memansuhkan, pembatalan, penghapusan: ~ peperiksaan masuk ke sekolah menengah pd tahun 1964.

mantap

1. tabah hati, tetap hati (fikiran), tetap setia: orang ~; 2. tidak berubah-ubah, tetap, stabil: langkahnya perlahan dan ~; bahasa kita masih belum mencapai taraf yg ~, masih dlm pembentukan;

memantapkan

menjadikan mantap (tidak berubah), menjadikan tetap, menstabilkan: penerbitan kamus istilah juga akan ~ istilah-istilah yg dicipta; penulis perlu ~ ideanya dlm penulisan karya mereka;

kemantapan

perihal mantap (tidak berubah, tetap, stabil), kestabilan: satu lagi hakikat yg asas dlm demokrasi di Malaysia ialah wujudnya idea kompromi yg sama menyumbang ke arah ~ demokrasi itu sendiri;

pemantapan

perihal (perbuatan, usaha, dsb) memantapkan, proses menjadikan mantap, penstabilan: dlm pd itu, tentu berlaku ~ dan pengayaan, sejajar dgn berkembangnya bahasa itu;

pemantap

sesuatu yg digunakan utk menetapkan (menstabilkan) letak sesuatu benda: palang ~ .

mantari

Mn † matahari.

mantel

1. sj baju labuh utk menyelubungi tubuh; 2. bahagian yg terletak antara kerak bumi dan teras bumi.

mantera

kata atau ayat yg apabila diucapkan dapat menimbulkan kuasa ghaib (utk menyembuhkan penyakit dll), jampi;

membaca ~ mengucapkan mantera;

memanterai

mengenakan mantera pd: Pak Sairun sedang ~ anaknya;

memanterakan

membaca mantera utk sesuatu supaya dapat menimbulkan kuasa ghaib (utk menyembuhkan penyakit dll): maka Hajuman pun dlm antara buyung yg banyak itu dimanterakannya sebuah buyung.

manti

Mn † menteri.

mantik

Ar cara berfikir yg semata-mata berdasarkan fikiran;

ilmu ~ pengetahuan tentang cara berfikir yg semata-mata berdasarkan fikiran, logik.

mantu

Jk menantu; abang ~ abang ipar.

mantuk

Ar † erti atau maksud yg sebenarnya.

manual

1. buku yg mengandungi panduan dan maklumat utk melaksanakan sesuatu; 2. dilakukan atau dikendalikan dgn tangan.

manuk

† burung, ayam; dada ~ dada burung.

manusia

makhluk yg mempunyai akal budi, insan, orang: ada pun jenis yg tinggi sekali antara segala haiwan ialah ~;

~ utama manusia yg terbaik;

memanusiakan

menjadikan seseorang mempunyai sifat-sifat manusia yg mulia: peranan sastera adalah utk ~ manusia dan menimbulkan keindahan dlm jiwa mereka;

kemanusiaan

perihal manusia, sifat-sifat manusia: tetapi sekarang ia pandai berhujah tentang manusia dan ~, tentang dunia dan keduniaan.

manusiawi

bersifat manusia (kemanusiaan): ciri-ciri hidup yg lebih mulia, abadi, dan sebati dgn sifat dan unsur ~.

manuskrip

1. naskhah tulisan tangan; 2. versi atau bahan (sesuatu karya) yg telah disediakan oleh penulis (editor dsb) utk dicetak dan diterbitkan dlm bentuk buku dll.

manyar

burung tempua.

manyau

Kd, Pn mengigau.

manzil, manzilah

Ar rumah perhentian (utk bermalam dll).

map

Id tempat (spt sampul) menyimpan surat dll, fail.

mapak

Jk mengalu-alukan (tetamu), menyongsong, menjemput.

mapalus (Minahasa)

Kd sj pertubuhan gotong-royong (antara anggota-anggotanya).

mapan

1. tidak berubah-ubah (sudah diterima umum), mantap: mengikut tafsiran yg mula ~ di kalangan budayawan kita di sini, budaya tinggi ialah budaya ilmu, pemikiran, dan teknologi; 2. sudah kukuh (kedudukannya), tidak goyah (sudah stabil, teguh, dikenali, dsb): penulis baru akan banyak belajar drpd penulis yg sudah ~; hasil ciptaan pengarang yg sedia ~;

memapankan

memantapkan, mengukuhkan, menstabilkan sesuatu: mereka harus berusaha utk ~ kedudukan ekonomi keluarga terlebih dahulu;

kemapanan

keadaan mapan, kemantapan: tidak ada yg tidak boleh dipersoalkan sehingga ilmu dan teori bertentangan dgn ~;

pemapanan

perihal (proses, perbuatan) memapankan sesuatu, pemantapan, pengukuhan, penstabilan.

1. tidak berubah-ubah (sudah diterima umum), mantap: mengikut tafsiran yg mula ~ di kalangan budayawan kita di sini, budaya tinggi ialah budaya ilmu, pemikiran, dan teknologi; 2. sudah kukuh (kedudukannya), tidak goyah (sudah stabil, teguh, dikenali, dsb): penulis baru akan banyak belajar drpd penulis yg sudah ~; hasil ciptaan pengarang yg sedia ~;

memapankan

memantapkan, mengukuhkan, menstabilkan sesuatu: mereka harus berusaha utk ~ kedudukan ekonomi keluarga terlebih dahulu;

kemapanan

keadaan mapan, kemantapan: tidak ada yg tidak boleh dipersoalkan sehingga ilmu dan teori bertentangan dgn ~;

pemapanan

perihal (proses, perbuatan) memapankan sesuatu, pemantapan, pengukuhan, penstabilan.

‹ First  < 21 22 23 24 25 >  Last ›