Ditemukan : 554 Record
neri
sj tumbuhan (pokok), nering, Parkia biglandulosa.
nerian
sj tumbuhan (pokok), kenanga, Canangium odoratum.
nering
sj tumbuhan (pokok), neneri, neri, Parkia biglandulosa.
neron
nescaya
tidak boleh tidak, sudah tentu: sekiranya undang-undang tidak ada, ~ masyarakat akan menjadi kacau-bilau;
menescayakan
menjadikan tidak boleh tidak;
kenescayaan
perihal tidak boleh tidak.
nestapa = duka ~
sedih hati, susah hati, dukacita: air mata Arthur menitis dan aku tenggelam dlm ~ memikirkan nasib kawan-kawan di dasar laut;
kenestapaan
perihal nestapa, kesedihan, kesusahan hati.
net (nét); kain ~
kain jarang (spt jaring).
neting
Kl melompat, melenting.
netral (nétral)
netto (nétto)
IB setelah ditolak segala yg harus dibuang atau diketepikan (bkn pendapatan, gaji, berat sesuatu, dll), bersih;
berat ~ berat bersih (sesudah ditolak atau dibuang bungkusnya, kotaknya, dll).
netup
Kl menggelembung dan berisi air (bkn kulit yg melecup, dll).
neuralgia (néuralgia)
(Ubat) kesakitan yg teruk yg dirasai di sepanjang laluan saraf.
neurofisiologi (néurofisiologi)
kajian tentang fungsi sistem saraf.
neurologi (néurologi)
kajian tentang anatomi, fisiologi, dan penyakit-penyakit sistem saraf.
neuron (néuron)
neuroplasti (néuroplasti)
(Ubat) pembaikpulihan saraf secara pembedahan.
neurosis (néurosis)
(Psi) gangguan emosi akibat konflik yg tidak dapat diselesaikan, yg dicirikan dgn keresahan (sama ada melalui pertuturan atau perlakuan tertentu).
neurotik (néurotik)
(Psi) mempunyai ciri neurosis.
neutral (néutral)
1. tidak menyebelahi mana-mana pihak, berkecuali: aku mengejar politik ~; 2. Id tidak jantan dan tidak betina (bkn kata-kata), tidak aktif dan tidak pasif (bkn ayat); 3. (Kim) tidak berasid atau berbes: larutan ~; 4. (Fiz) tidak bercas elektrik: zarah ~;
meneutralkan
1. menjadikan neutral (tidak berpihak ke mana-mana), menjadikan berkecuali: ~ bandar Baitulmuqaddis; 2. ki menjadikan tidak berbahaya atau berbisa (racun dll), menawarkan, melunturkan (bisa dll): ~ tuduhan-tuduhan lawan; 3. (Kim) menjadikan larutan neutral (dgn menambahkan asid pd larutan berbes dan menambahkan bes kpd larutan berasid); 4. (Fiz) menjadikan sesuatu (zarah dll) tidak bercas;
keneutralan
perihal neutral: memelihara ~;
peneutralan
perihal (proses) meneutralkan sesuatu.
neutron (néutron)
(Fiz) zarah yg tidak bercas (neutral) yg terdapat dlm nukleus atom semua unsur, kecuali isotop hidrogen.
newar
Tr merayau tanpa tujuan: kalau dia ~, hampir tengah hari, barulah dia pulang.
|