Sabtu, 6 Juni 2026   |   Ahad, 20 Dzulhijah 1447 H
Pengunjung Online : 1.382
Hari ini : 21.817
Kemarin : 44.263
Minggu kemarin : 255.953
Bulan kemarin : 9.252.016
Anda pengunjung ke 105.216.314
Sejak 01 Muharam 1428
( 20 Januari 2007 )
IMAGE GALLERY
AGENDA
  • Belum ada data - dalam proses

 

KAMUS MELAYU

Kamus Melayu



Ditemukan : 554 Record
‹ First  < 9 10 11 12 13 >  Last ›
nenram

Pl sj pisau utk memotong padi.

nentiasa

sl sentiasa, senantiasa.

nenyuar

sj ikan darat, nyuar, Luciosoma setigerum.

neo (néo)

(dlm kata majmuk bermaksud) baru, cara baru;

~kolonialisme penjajahan cara baru.

neodimium (néodimium)

(Kim) sj unsur logam yg lembut dan beracun.

neoklasik (néoklasik)

bkn penghidupan semula ciri-ciri klasik dlm kesusasteraan, seni bina, dsb.

neokolonialisme (néokolonialisme)

peluasan pengaruh politik oleh sesebuah kuasa besar ke atas negara lain yg baru merdeka, terutamanya melalui tekanan ekonomi.

neolitik (néolitik)

neolitik (néolitik)

peringkat akhir Zaman Batu apabila manusia mula tinggal menetap, bercucuk tanam, berternak, dan mengasah batu utk dijadikan alat kegunaan seharian.

neologisme (néologisme)

(Lin) 1. kata (atau frasa) yg baru dibentuk, kata baru; 2. pemakaian atau pembentukan kata baru.

neon (néon)

(Kim) unsur gas nadir, tidak berwarna, tidak berbau, wujud dlm atmosfera, digunakan dlm papan tanda dan lampu.

neonat (néonat)

(Ubat) bayi yg baru lahir(kurang drpd empat minggu umurnya).

neonatal (néonatal)

(Ubat) bkn bayi yg baru lahir: kadar kematian ~ semakin berkurangan di negara ini.

neoprena (néopréna)

(Kim) sj getah tiruan.

nepotisme (népotisme)

perbuatan atau amalan yg mementingkan atau melebihkan sanak-saudara dan kawan-kawan sendiri sahaja.

Neptun

planet yg kelapan letaknya dr matahari.

neptunium (néptunium)

(Kim) sj unsur logam yg radioaktif.

neraca

1. alat utk menimbang (yg lengannya sama panjang), sj dacing; 2. timbangan, dacing: alat yg digunakan utk mencari beratnya sesuatu benda itu dinamakan ~; ~ spring timbangan yg menggunakan spring; 3. Id catatan perbandingan wang masuk dan wang keluar (untung rugi dll) oleh sesuatu badan perniagaan dll, timbangan kira-kira; 4. perbandingan berat (kuat dll), pertimbangan: ~ kekuatan;

~ pembayaran

Id perbandingan antara penerimaan dan pengeluaran wang (dlm perniagaan antarabangsa);

~ perdagangan Id perbandingan antara eksport dan import (oleh sesebuah negara);

~ palingan bungkal, hati palingan Tuhan prb fikiran atau pendirian seseorang itu boleh berubah-ubah;

~ yg palingan, bungkal yg piawai prb perihal hakim yg adil hukumannya.

neraka

1. alam akhirat tempat orang yg berdosa diseksa, lwn syurga; ~ jahanam neraka yg paling besar; 2. bp segala macam seksaan (bencana, kesusahan): inilah yg disebut ~ dunia; 3. celaka, sial: ~ kau ini; 4. ki tempat yg penuh dgn seksaan, kesusahan, dan bencana: rumah itu bagaikan ~ baginya;

menerakakan

mendatangkan bencana, mencelakakan;

kenerakaan

perihal neraka, kecelakaan: apa yg ditemuinya di Kampung Kambing itu ialah keduniaan belaka, kejasmanian belaka, ~ belaka.

neram

sj tumbuhan (pokok),Dipterocarpus oblongifolius.

nerapi

sj tumbuhan (pokok renek), terapi, Glycosmis puberula.

‹ First  < 9 10 11 12 13 >  Last ›