1. keras atau kuat kemahuan, tabah serta cekal hati: kebolehannya bercakap bahasa Melayu lebih drpd dahulu dan semangatnya utk belajar lebih ~;2. tidak berasa takut-takut lagi, terlalu berani: apabila habis serangan udara, guni beras itu lesap dibawa oleh orang yg ~; rompakan bank yg ~; 3. tidak mempedulikan apa-apa lagi (utk melakukan sesuatu), tidak berfikir panjang lagi: ia tidak mempunyai perhitungan apa-apa, ia sudah ~, dan sudah berserah sepenuhnya kpd takdir;4. tidak mahu mengalah dll, berkeras kepala, berdegil: orang yg kalah itu tetap ~ saja;
kenekatan
perihal nekad.
nektai (néktai)
bp tali leher.
nelas
Kl lecet (kulit), lelas.
nelayan
penangkap ikan di laut: kebanyakan orang Melayu hidup dgn bersawah, menjadi ~ atau tuan punya kebun kecil.
nempanjur
sj tumbuhan (pokok), keranji betung, Dialum maingayi.
nen (nén)
sl ini: jika dibunuh patik ~ mati, jikalau untung anak pulang.
nenasi
sj tumbuhan (pokok), nasi-nasi, Symplocos fasciculata.
nenda (nénda)
kep nenenda.
nenekanda (nénékanda), nenenda (nénénda)
bh nenek atau datuk (biasanya digunakan dlm surat-menyurat).
neneri, nenering
sj tumbuhan (pokok), nering, Parkia biglandulosa.
nenes (nénés); menenes
meleleh sedikit-sedikit (spt nanah dr kudis dll).
neng (néng) I
(Sunda) panggilan kpd anak perempuan yg orang tuanya patut dihormati.