Sabtu, 6 Juni 2026   |   Ahad, 20 Dzulhijah 1447 H
Pengunjung Online : 1.284
Hari ini : 20.714
Kemarin : 44.263
Minggu kemarin : 255.953
Bulan kemarin : 9.252.016
Anda pengunjung ke 105.216.314
Sejak 01 Muharam 1428
( 20 Januari 2007 )
IMAGE GALLERY
AGENDA
  • Belum ada data - dalam proses

 

KAMUS MELAYU

Kamus Melayu



Ditemukan : 554 Record
‹ First  < 21 22 23 24 25 >  Last ›
nr

kep nombor.

nuang

Sr laluan binatang di dlm hutan: ~ binatang itu mudah dikesan kerana keadaan tanah di kawasan itu lembut.

nuansa

perbezaan atau kelainan yg halus dan sangat sedikit pd bunyi, makna, perasaan, warna, rupa, dsb: penterjemah yg menguasai dua bahasa atau lebih yg tahu akan peranannya dan tahu akan ~ segala makna dlm karya yg diterjemahkan.

nubari

† sanubari.

nubuat

Ar wahyu yg diturunkan kpd nabi, ramalan (yg dibuat oleh nabi); keturunan ~ mendapat wahyu (nabi);

bernubuat

membuat ramalan (bkn nabi), meramalkan.

nubuwah

Ar sifat (hal) yg berhubungan dgn nabi, kenabian.

nujum

1. bintang, bintang-bintang; 2. ilmu bintang utk mengetahui nasib orang, perbintangan; 3. = kitab ~ kitab utk membuat ramalan, kitab perbintangan; melihat ~ membuat ramalan dgn melihat kitab nujum; 4. = ahli ~ = ahlulnujum orang yg ahli dlm membuat ramalan dgn melihat bintang, tukang tilik, penilik;

~ Pak Belalang ki tukang tilik yg palsu (pura-pura);

bernujum

berjumpa nujum utk meramalkan sesuatu;

menujumkan

membuat ramalan (dgn melihat kitab nujum), meramalkan, menenung;

mempernujumkan

melihat nujum utk, meramalkan utk;

nujuman

ramalan;

pernujuman

perbuatan atau hal bernujum;

penujuman

perihal menujumkan.

nukil = nukilan

sesuatu yg dipetik (dipungut dll), kutipan, petikan, pungutan: penelitian saya terhadap berbagai-bagai sumber spt ~ sejarah terbitan-terbitan yg berkaitan;

menukilkan

memetik (cerita, karangan, dll), mengutip;

penukil

orang yg memetik (cerita, karangan, dll).

nuklear (nukléar)

berkaitan dgn nukleus atom;

peperangan ~ peperangan yg memakai senjata dgn tenaga atom;

senjata ~ senjata yg menggunakan tenaga atom.

nukleus (nukléus)

1. struktur berbentuk bujur atau sfera yg terdapat pd kebanyakan sel haiwan dan tumbuhan; 2. bahagian tengah atom yg terdiri drpd proton dan neutron; 3. ki inti (sesuatu perkara), pokok, sari;

~ atom (Kim) pusat atom yg bercas positif dan terdiri drpd proton dan neutron (kecuali hidrogen yg hanya mempunyai satu proton).

nuklid

(Fiz) nukleus sesuatu atom yg dicirikan oleh nombor atom, nombor jisim, dan keadaan tenaganya.

nun I; ikan ~

sj ikan yg besar (dlm cerita-cerita sahaja).

nun II

sana, di sana: ~ di sana itu kilang getah.

nun III

1. huruf ke-25 abjad Arab (mempunyai nilai 50); 2. huruf ke-26 abjad Jawi.

nung I

(Riau) gelaran utk orang berdarah raja dr sebelah ibu, megat.

nung II

bunyi spt bunyi canang dipukul.

nunggal

Kl jualan satu dgn satu (satu sen satu, seringgit satu, dll).

nuntius

IB duta besar Paus.

nur

Ar cahaya, terang;

~ al-ain cahaya mata (kekasih);

~ Muhammad cahaya yg diberikan kpd Muhammad s.a.w. (dlm wahyu).

nuraga

† timbang rasa (belas kasihan dll), simpati.

‹ First  < 21 22 23 24 25 >  Last ›