Ditemukan : 554 Record
nurani
Ar bercahaya, terang: hati ~ a) hati yg telah mendapat cahaya drpd Tuhan; b) perasaan hati murni yg sedalam-dalamnya.
nurbisa
nuri I = burung ~
sj burung, perling, pialin, puling, serindit gajah, tanau; ~ kelabu, Psittacus erithacus; ~ kepala kelabu, Psittacula finschii; ~ merah, Domicella garulla.
nuri II
sj ikan laut, Callyodon spp.
nuriah
nus; ikan ~
nusa
1. pulau: ~ Tenggara; 2. tanah air, tanah tumpah darah: mempertahankan ~ dan bangsa.
Nusantara
kepulauan Melayu;
kenusantaraan
hal yg berkaitan dgn Nusantara: berpegang teguh pd asas kebersamaan utk mempertahankan sifat ~ yg asasi.
nusuk
Ar kerja yg dilakukan kerana Allah, ibadah: sembahyang dan ~nya, nyawa dan hartanya adalah hak Allah.
nusus
Ar keingkaran isteri menaati perintah (yg diharuskan Allah) suami.
nutfah
Ar air mani (benih manusia).
nutrien (nutrién)
(Bio) bahan makanan berkhasiat, zat makanan.
nutup
Kl membubuh lilin di atas bunga kain batik.
nuwa
Kl sj kereta tidak beroda yg ditarik oleh kerbau atau lembu, bentang.
nuzul
Ar; turun; (Hari) N~ Quran hari peringatan turunnya Quran (pd 17 Ramadan).
nya I
huruf ke-36 (terakhir) abjad Jawi (bernilai 7000).
nya II
1. kata ganti nama diri orang ketiga spt, beliau, dia: pada~; jiwa~; 2. oleh (yg tersebut terlebih dahulu), oleh beliau, oleh dia: dipilih~ buku; 3. kata utk menegaskan atau menguatkan sesuatu maksud: setelah esok hari~, maka ...; dgn hormat~ dijemput encik hadir.
nyadik
nyah I
1. bk pergi, berhambus, lari: sudahlah, ~lah kau semua balik; 2. hapus, hilang: ~cas;
mengenyahkan
1. menghalau supaya pergi, menyuruh pergi (lari): penjarah ditembak, dinyahkan, diikat di ekor kuda dan seterusnya; syaitan di dunia ini dapat dinyahkan dr kampung kita; 2. menghilangkan, menghapuskan, melenyapkan: Kao Bleach ada kuasa ~ bau;
pengenyahan
perihal (proses, perbuatan) mengenyahkan, perihal menghilangkan (melenyapkan), penghapusan: proses ~ asid bertujuan membersihkan fiber kertas drpd unsur-unsur asid.
nyah II; nyah-nyah
Kl berjalan cepat-cepat dgn tidak memandang ke kiri kanan.
nyahasli; penyahaslian
(Bio) perubahan rupa bentuk protein atau asid nukleik dgn memanaskan atau menindakkannya dgn asid, alkali, atau agen lain.
nyahcas; ~ elektrik
(Fiz) pengaliran cas elektrik melalui gas atau udara.
nyahhutan; penyahhutanan (Hut) pemusnahan hutan secara kekal, mis utk membuat jalan raya dan bangunan.
nyahkod
(Komp) 1. menukarkan data yg terkod kpd bentuk asalnya; 2. menentukan makna yg terkandung dlm sesuatu mesej yg terkod.
nyahpepijat
(Komp) mencari dan membasmi kesilapan yg terdapat dlm perisian atau perkakasan komputer.
nyahtentera; menyahtenterakan
menyingkirkan (mencegah) fungsi ketenteraan di sesuatu kawasan, mendemiliterisasikan: perjanjian utk ~ kawasan Antartik pd tahun 1951.
nyahwarna; menyahwarnakan
menghilangkan warna drpd sesuatu.
|