Sabtu, 6 Juni 2026   |   Ahad, 20 Dzulhijah 1447 H
Pengunjung Online : 1.292
Hari ini : 19.512
Kemarin : 44.263
Minggu kemarin : 255.953
Bulan kemarin : 9.252.016
Anda pengunjung ke 105.216.314
Sejak 01 Muharam 1428
( 20 Januari 2007 )
IMAGE GALLERY
AGENDA
  • Belum ada data - dalam proses

 

KAMUS MELAYU

Kamus Melayu



Ditemukan : 554 Record
‹ First  < 23 24 25 26 27 >  Last ›
nyai

1. perempuan simpanan (terutama oleh orang Eropah), gundik, kendak; 2. panggilan kpd perempuan tua, mak cik; 3. sl adinda.

nyak

I Jk emak.

nyak II; nyak-nyak

Kl bergerak berulang-ulang, mengembut-embut.

nyala; ~ api

lidah api: fosforus terbakar dlm oksigen dgn mengeluarkan ~ kuning;

padam ~ tarik puntung prb di mana mati di situlah ditanam;

bernyala, menyala

1. ada nyalanya, hidup (api): jikalau tiada kayu di manakan api itu ~?; lampu menyala dgn terang-benderang; merah ~ = merah menyala merah spt api; 2. ki bertambah hebat, makin menjadi, berkobar-kobar: kemarahannya makin menyala;

menyalai

memasang supaya menyala;

menyalakan

1. menjadikan bernyala, menghidupkan api, membiarkan menyala: dgn perlahan-lahan dia ~ api; 2. ki mengorbankan, menimbulkan: ~ peperangan;

penyalaan

perbuatan atau hal menyala(kan);

penyala

alat utk menyalakan sesuatu.

nyalang

1. terbuka (mata), celik; 2. dapat melihat, tidak buta;

menyalangkan

membukakan (mencelikkan) mata, membelalakkan.

nyalar

† selalu, sering.

nyali

Jk hempedu; ~ besar berani; ~ kecil penakut, pengecut; pecah ~nya hilang keberaniannya.

nyalin

sj tumbuhan (pokok) dlm famili Polygalaceae, minyak beruk, mengkapas, Xanthophyllum spp.

nyam

bp makan (kanak-kanak).

nyaman I

1. cergas, segar, sihat: badannya ~; 2. enak rasanya, sedap: air limau ~ rasanya; lagu yg ~ didengar; udara yg ~;

menyamankan

menjadikan nyaman (enak, segar), mengenakkan, menyegarkan: udara di sini ~ badan;

kenyamanan

perihal (keadaan dsb) nyaman, kesegaran, kesedapan: kesejukan pagi bertukar terik, ~ senja diganti seram; udara senja di Pekan Tualang memberikan ~ dan kedamaian spt udara menjelang subuh di KL;

penyaman

sesuatu yg menyamankan (menyegarkan): ~ udara.

nyaman II

Br; minyak ~ sj minyak wangi (diperbuat drpd beberapa jenis bunga).

nyambing

sj tumbuhan (herba), Lasia spinosa.

nyampang = senyampang, nyampang-nyampang, menyampang

1. barangkali, jangan-jangan, kalau-kalau: jangan bercakap kuat, senyampang ada orang mendengar; 2. jika, kalau, sekiranya: ~-~ lalu, singgah di rumah aku; 3. sementara, kebetulan, selagi: mari kita pergi senyampang ada orang di jalan; 4. mujur, untunglah: ia hampir mati lemas, ~ ada orang menolongnya; 5. hanya kerana, mentang-mentang: ~ kaya hendak kahwin lagi; senyampang.

nyampelung

sj tumbuhan (pokok), Calophyllum inophyllum.

nyamuk

sj serangga kecil bersayap dua dan menghisap darah;

~ aedes (rimau) sj nyamuk, Aedes aegypti;

~ biasa sj nyamuk, Culex fatigans;

~ tiruk (jenis nyamuk yg membawa penyakit malaria) a) Anopheles maculatus; b) Anopheles sundaicus; c) Anopheles umbrosus;

 ~ pers Id bp pemberita surat khabar, wartawan;

tamparan ~ bahagian badan antara tulang belikat dgn tulang leher;

~ mati gatal tak lepas prb menaruh dendam terhadap orang yg berbuat jahat kpd kita walaupun ia sudah dihukum.

nyamur

Mn embun.

nyana

agak, duga, kira, sangka; tidak ~ tidak tersangka (terduga);

menyana

menduga, mengagak, mengira.

nyanat

Br mengulangi kesalahan yg telah lalu (dgn sengaja).

nyanya

Jk; menyanya menggoreng tanpa minyak, merendang.

nyanyah; menyanyah

bercakap yg bukan-bukan, meracau, merepek.

‹ First  < 23 24 25 26 27 >  Last ›