Ditemukan : 1199 Record
dala
sj tumbuhan (pokok), kelumbai, Crataeva macrocarpa
dalal
1. Ar orang tengah, wakil penjual, ejen; ~ surat khabar wakil penjual surat khabar; 2. bayaran (biasanya peratusan) yg dibayar kpd ejen, jurujual yg menjalankan perniagaan atau yg memberikan perkhidmatan, komisen: ~ antara 15% hingga 25% drpd harga buku diberikan kpd penjual
dalalah I
Ar perempuan yg mendapat upah kerana menemukan laki-laki dgn perempuan, barua, jaruman, pinang muda
dalalah II
Ar penerangan yg benar tentang Quran (tentang makna dsb yg terdapat di dalamnya); → dalil
dalam I
1. jarak (jauhnya) ke bawah atau ke dasar dr permukaan (air, tanah, dsb), jarak (jauhnya) ke tengah dr tepi atau pinggir sesuatu: ~ perigi itu kira-kira empat meter; 2. jauh ke bawah atau ke dasar dr permukaan (air, tanah, dll) atau jauh ke tengah dr tepi atau pinggir (hutan dll), jauh jaraknya di antara paras permukaan dgn dasar, tidak cetek: lubang itu ~ sungguh; jangan suka berenang di tempat yg ~; 3. bukan sedikit, tidak sempit, lebih drpd sekadar yg perlu sahaja: dia mempunyai pengetahuan yg ~ tentang hal itu; 4. mengandungi makna yg tidak mudah difahami (bkn perkataan, ungkapan, dsb), lebih drpd yg terzahir: perkataan ini ~ maknanya; 5. tidak ceper (leper), jeluk (bkn pinggan atau piring); 6. bahagian atau ruang (rumah, bilik, peti, almari, dll) yg lawannya luar: diambilnya sepucuk surat dr ~ laci itu dan dihulurkannya kpd saya; dia memasukkan bungkusan itu ke ~ keretanya; 7. yg berkaitan dgn atau terbatas pd lingkungan sesuatu (spt negeri, keluarga, dll) itu sendiri: urusan ~ negeri; masalah ~ keluarga; 8. yg tidak nampak atau ketara dr luar: penyakit ~; 9. yg dipakai sebelum dipakai pakaian selengkapnya: baju ~; seluar ~;
~ berselam, dangkal (cetek) berjingkat (bertimba) prb berpada dgn yg sedikit;
sedalam mencapai dalam atau sehingga dalamnya (sebagaimana yg dinyatakan): digalinya lubang ~ kira-kira dua meter;
sedalam-dalamnya 1. seberapa dalam yg mungkin: menggali ~; 2. dgn seberapa teliti atau terperinci: perlu difikirkan ~ cadangan yg dikemukakan itu sebelum dibuat sesuatu keputusan;
berdalam-dalam makin menjadi dalam (merebak, meluas, dsb), menjadi-jadi;
mendalam 1. menjadi dalam atau lebih dalam (bkn lubang dsb), bertambah dalam: lukanya semakin ~ kerana tidak dirawat dan dibubuh ubat; 2. menjadi kukuh dan tidak mudah luput (bkn perasaan, kepercayaan terhadap sesuatu dll), menjadi berat, melarat (bkn penyakit dll): perasaan cintanya terhadap Bibah semakin ~; kebencian yg ~; tradisi lama di kampungku terlalu ~ ; 3. sampai ke peringkat yg terperinci (bkn kajian dsb), luas dan teliti (meliputi banyak aspek): kajiannya tentang sastera Melayu kurang ~;
mendalami, memperdalami berusaha utk mengetahui (sesuatu) dgn lebih luas dan terperinci dgn mempelajari (mengkaji, menyelidik, dsb) dgn teliti dan terperinci, menjadikan lebih sempurna atau terperinci (pengetahuan dsb tentang sesuatu): mereka akan mengkaji lebih banyak buku dan kitab utk ~ pengetahuan mereka tentang agama Islam; masing-masing ~ bidang yg diminatinya;
mendalamkan 1. menjadikan dalam atau lebih dalam (perigi, lubang, dll): beberapa orang pekerja sedang ~ telaga; 2. = memperdalam ki menjadikan lebih dalam (pelajaran, pengetahuan, penyelidikan, dsb): ia terus bekerja sambil ~ pengetahuannya tentang seni muzik; perkembangan profesional memberi fokus kpd intelektualisme, iaitu kpd memperdalam dan memperluas bidang pengetahuan dan kemahiran profesion;
dalaman 1. isi perut; 2. yg tersembunyi dan tidak mudah difahami (bkn makna ayat, kata-kata, dsb): kita seharusnya menyelami makna ~ kata-kata yg diucapkannya itu; 3. (yg) berkaitan dgn atau perlu diuruskan dsb oleh sesuatu organisasi itu sendiri; struktur ~ (Lin) (dlm tatabahasa generatif) gambaran yg diandaikan terdapat dlm struktur sesuatu ayat pd peringkat dasarnya (hubungan gramatis atau hubungan logik dijelaskan sebelum struktur ayat tersebut mengalami perubahan kerana peraturan transformasi);
kedalaman 1. perihal dalam (budi bahasa, pengetahuan, pelajaran, dll): kedangkalan dan ~ ilmu pengetahuan seseorang; 2. † terlalu dalam;
pedalaman daerah yg jauh dr pantai (yg terletak di ceruk pelosok atau di hulu negeri), hulu: dia menjadi orang yg paling berpengaruh di daerah ~; penjahat-penjahat sedang bersembunyi di daerah ~;
pendalaman perihal mendalamkan, tindakan (proses dll) mendalamkan
dalam II
1. antara, di kalangan: ~ mereka yg bertiga belas itu ada yg bergirang-girang; 2. di dalam (bukan di luar lingkungan dsb sesuatu): ~ Wilayah Persekutuan; ~ bidang mata pelajaran tersebut; 3. sambil: ~ kita berharap keadaan akan bertambah baik kita mesti juga beringat-ingat; 4. pd waktu (tertentu): kita berharap keadaan akan bertambah baik ~ tahun hadapan; dia masih ~ pantang lagi;
~ idah masa belum boleh berkahwin lain (bagi perempuan yg baru menjadi janda); ~ negeri (dlm) lingkungan sesebuah negeri itu sahaja; ~ tangan dlm kekuasaan (kemampuan, milik) seseorang, sudah tentu dapat atau akan diperoleh;
~ dua tengah tiga prb tidak jujur; kilat di ~ kilau prb tujuan (maksud) yg terkandung dlm percakapan atau tingkah laku
dalam III
sl istana, kawasan istana raja; bahasa ~ bahasa yg digunakan di kalangan raja atau golongan istana (spt beradu, santap, dll); budak ~ pesuruh raja;
kedalaman sl istana, rumah-rumah dlm kawasan istana; bahasa ~ bahasa kehormatan utk raja-raja
dalang
1. tukang cerita (dlm wayang kulit), orang yg memainkan wayang kulit (dgn menggerak-gerakkan patung yg menjadi watak cerita sambil bercerita): ~ itu pun berwayanglah lakon Pendawa Jaya; 2. ki orang yg memimpin (mengatur langkah dsb) sesuatu gerakan secara sulit atau dgn sembunyi-sembunyi: siapakah ~nya di belakang gerakan ini?; terlalu banyak ~ politik yg bermain di sebalik tabir politik parti;
mendalang memainkan wayang kulit: pd perayaan hari kemerdekaan, negeri Kelantan telah mengirimkan beberapa orang utk ~;
mendalangi memimpin (mengatur langkah dsb) sesuatu gerakan secara sulit atau dgn sembunyi-sembunyi: orang yg ~ pemberontakan itu sedang dicari-cari;
mendalangkan 1. bermain (mempertunjukkan) wayang kulit; 2. = mendalangi; pendalangan perihal mendalang (cerita atau pengetahuan dalang)
dalca
sj masakan cara India (gulai daging, udang, dsb bercampur kacang dal, terung, ubi kentang dll)
daldaru;
akar ~ sj tumbuhan (pokok memanjat), Psychotaria sarmentosa
dalfin
Ar ikan lumba-lumba
dali; dali-dali, dedali
sj tumbuhan (pokok), bayam badak, Strombosia javanica
dalih
alasan (jawapan) yg diberikan utk menyembunyikan sesuatu atau melepaskan diri drpd sesuatu tugas (tanggungjawab dsb), helah, muslihat: itu cuma satu ~nya sahaja;
hendak seribu daya, tak hendak seribu ~ prb jika dikehendaki bermacam-macam ikhtiar boleh dijalankan dan demikian kebalikannya;
berdalih memberi alasan atau helah (utk menyembunyikan sesuatu atau melepaskan diri drpd sesuatu tugas, tanggungjawab, dsb): jangan engkau hendak ~ pula Kasim; apabila disoal dia cuba ~;
berdalih-dalihan tuduh-menuduh (kata-mengata) utk membenarkan atau melepaskan diri masing-masing (dgn menyalahkan yg lain);
mendalihkan mengemukakan (mengatakan) sesuatu sbg dalih, menggunakan helah: ia ~ bahawa titah itu belum didengarnya lagi;
pendalih orang yg suka berdalih
dalik I;
dolak-~ ; → dolak
dalik II;
dalil
1. keterangan (yg menjadi bukti sesuatu kebenaran, terutama yg berdasarkan ayat-ayat Quran), bukti, alasan (bagi sesuatu kebenaran): kami tidak mempunyai ~ utk menunjukkan kebenaran kenyataan yg kedua itu; 2. tanda, alamat; ~ al-hayat tanda hidup (surat dll);
berdalil mempunyai dalil, beralasan, menafsirkan (Quran);
mendalilkan menerangkan (mempertahankan pendapat) dgn dalil: dia ~ setiap hujahnya;
pendalilan perihal mendalilkan: ~ yg sopan dan pencapaian yg intelektual akan menghala ke satu perjalanan yg cerah.
daling;
suling-~ tunggang-langgang; → suling III
dalu I
Jk = kedaluan terlalu masak (bkn buah-buahan), ranum
dalu II = dalu-dalu, dedalu
sj tumbuhan (pokok), Henslowia umbellata;
dalu-dalu, dedalu 1. sj tumbuhan (pokok), dalu, Henslowia umbellata; 2. sj tumbuhan (pokok), Salix tetrasperma; ~ api laut sj tumbuhan (pokok), kepala beruk, Hydnophytum formicarium; ~ umping sj tumbuhan (pokok menumpang), api-api, selarapi, seri sebulan, Viscum orientale
daluang
† sl kain drpd kulit kayu; → jeluang
|