Kamis, 11 Juni 2026   |   Jum'ah, 25 Dzulhijah 1447 H
Pengunjung Online : 70
Hari ini : 6.276
Kemarin : 58.870
Minggu kemarin : 227.151
Bulan kemarin : 9.252.016
Anda pengunjung ke 105.216.314
Sejak 01 Muharam 1428
( 20 Januari 2007 )
IMAGE GALLERY
AGENDA
  • Belum ada data - dalam proses

 

KAMUS MELAYU

Kamus Melayu



Ditemukan : 1199 Record
‹ First  < 29 30 31 32 33 >  Last ›
deposito
(déposito) IB deposit
depot (dépot)
1. gudang atau tempat menyimpan barang-barang; 2. pusat latihan utk rekrut dan pengganti: setelah dua tahun Amin berlatih di ~ polis Singapura, dia ditukarkan ke Kuala Lumpur.
depresi (deprési)

keadaan ekonomi yg meleset (apabila penghasilan, perniagaan, perdagangan, dsb berada di paras kegiatan yg rendah), kemerosotan ekonomi

depu I
1. sj ikan darat, Glyptothorax majus; 2. sj ikan darat, Acrochordonichthys ichnosoma; 3. sj ikan laut, gedepu, semaram karang, Synanceja verrucosa
depu II
= ~ pelanduk sj tumbuhan (pokok renek), Wikstroemia ridleyi
depuk
Pl sudip nasi, penggembur nasi
depun

kelim atau lipatan tambahan (sbg perhiasan) pd pakaian;

mendepun membuat depun: ~ jubah.

depus

bunyi spt bunyi hembusan angin;

berdepus-depus berbunyi (mengeluarkan bunyi) depus berulang kali

deputasi (députasi)
IB wakil (perutusan) yg berhak berunding atau bertindak atas nama orang lain
dera

1. pukulan (dgn rotan, cemeti, dsb) sbg hukuman; 2. = mendera; 3. ki seksa (hati, fikiran, dll); 4. denda, hukuman: dia kena ~ lima puluh ringgit kerana mencuri;

mendera 1. memukul (dgn rotan, cemeti, dsb) sbg hukuman: orang-orang salah itu telah didera; 2. ki menyeksa atau menyakiti (hati, fikiran, dll); ~ diri menyeksa diri (sendiri); 3. mendenda, menghukum: pencuri itu telah didera di tengah panas;

deraan hukuman, pukulan, seksaan, dera: pukul sepuluh tepat barulah budak-budak itu lepas drpd ~;

penderaan perbuatan mendera: kebanyakan kes ~ dikendalikan oleh jabatan tersebut;

pendera orang yg mendera: ~ kanak-kanak yg tidak berdosa.

derahan
sj tumbuhan (pokok), penarahan hitam (samak), cendarah hitam, kemarahan, Knema laurina.  
derai I

bunyi spt bunyi air (hujan) yg jatuh menitik;

berderai, berderai-derai berbunyi spt bunyi air (hujan) yg jatuh menitik

derai II; berderai, berderai-derai
1. berlanjutan atau berpanjangan dgn tidak teratur: sesekali terdengarlah gelak ketawa ~ drpd anak-anak muda yg sedang belajar bersilat; kita tidak mahu berkokok ~-derai sedangkan ekor bergelumang tahi; 2. dgn banyak dan tidak menentu (bkn buah, daun, dll yg gugur atau jatuh ke tanah); 3. berduyun-duyun dgn tidak teratur, berderet-deret tetapi tidak dgn teratur (bkn orang ramai yg meninggalkan sesuatu tempat): orang berderai-derai keluar dr gereja; 4. berbiji-biji, berbutir-butir, hancur atau pecah halus-halus (bkn tanah dll): buah bidara dlm bakul itu jatuh ~ ke tanah; ketul-ketul tanah itu hancur ~ dlm genggamannya; 5. (jatuh) bertitik-titik (bkn air mata dll), menitis (titik demi titik): bila tersentuh, air yg bermanik-manik itu jatuh ~ ke bumi; kokok berderai-derai, ekor bergelumang tahi prb orang yg bercakap besar sedang keluarganya melarat;
deraian
perihal berderai-derai
derajang
sj tumbuhan (pokok), Lepisanthes kunstleri
derajat → darjat
derak

bunyi spt bunyi dahan patah (buluh dibelah, daun pintu bersanggit, dll), bunyi berkertak; ~-derik bunyi derak berulang kali;

berderak berbunyi berkertak, mengeluarkan bunyi derak; ~-derik berderak berulang kali;

berderak-derak berbunyi berkertak-kertak, berderak berulang kali;

menderak-derak, menderak-derakkan mengeluarkan bunyi kertak (dgn geraham), membunyikan kertak (dgn geraham), berteriak: gembiralah, pekiklah, dan derak-deraklah suara itu agar kamu mencapai kepuasan yg setinggi-tingginya;

derakan bunyi derak (kertak)

deraka
bp derhaka
derak-derik

bunyi derak berulang kali;

berderak-derik berderak berulang kali

deram I ; = deraman

bunyi yg kuat menggegar spt bunyi gendang besar (aum harimau, guruh, dll); ~-derum bunyi deram yg berulang kali;

berderam = menderam berbunyi dgn kuat (spt bunyi gendang besar, guruh, enjin kereta, dll), bergemuruh: sesekali guruh menderam di sebelah barat; ~-derum berderam (berbunyi deram) berulang kali

‹ First  < 29 30 31 32 33 >  Last ›