Ditemukan : 1199 Record
deram II
gendang (perkakas muzik)
deram III; deram-deram → denderam II
derana
† sabar
derang I
bunyi spt bunyi gendang besar atau tambur atau bunyi pinggan mangkuk (duit syiling dsb) jatuh;
berderang, menderang berbunyi spt bunyi gendang besar (tambur dll), berbunyi spt bunyi pinggan mangkuk dsb jatuh: bunyi barang-barang kaca jatuh ~ dan bunyi kerusi meja jatuh terbalik, legum-legam.
derang II; berderang
mulai terang (hari), mulai pagi: saya tidak menyuruh pulang, hari sudah ~ siang; akal ~ terang (terbuka) akal; → benderang II
derap I
1. bunyi spt bunyi orang berjalan serentak (air hujan jatuh ke atap dll); 2. sl bunyi letupan bedil;
sederap serentak: ketiga-tiga beranak itu ~ bangun menjengah tingkap;
berderap, menderap 1. berbunyi spt bunyi orang berjalan serentak (air hujan jatuh ke atap dll); 2. sl berbunyi spt letupan bedil: berdentum bedil yg besar, ~ bedil yg kecil.
derap II
berlari cepat (kuda dll);
menderapkan melarikan (menyebabkan kuda berlari) dgn kuat: joki ~ kudanya keliling padang.
deras I
1. cepat (laju) sekali (aliran air, sesuatu gerakan, dsb): arus sungai itu sangat ~; 2. lekas (perbuatan), cepat: katalah ~, saya nak tahu; tolong ambilkan aku songkok ~ sedikit; 3. lebat (hujan): hujan semakin ~ turun; 4. Kd kuat (bunyi, suara): “Mengapa sampai berkata begitu...?” sergah Masri agak ~ drpd biasa;
~ datang dalam kena prb membuat sesuatu dgn tergesa-gesa akan mendatangkan kerugian; ~ spt anak panah terlalu cepat;
sederas 1. sama deras (laju, cepat), selaju, secepat: dia berjalan tidak ~ kawannya; 2. dgn kelajuan atau kecepatan (tertentu mengikut masa), selaju: dia memandu keretanya ~ 80 kilometer sejam;
menderas 1. bergerak (mengalir, berjalan, dsb) dgn deras: Ros mengesat-ngesat air matanya yg keluar ~; 2. turun dgn derasnya (lebatnya): hujan ~ dan guruh sahut-menyahut;
menderaskan, memperderas 1. membuat supaya deras bergerak (mengalir, berjalan, dsb), mempercepat: senaman boleh ~ denyutan jantung; kerja yg elok diperderas, kerja yg buruk diperlambat; 2. memperkuat (bunyi, suara, dsb);
kederasan 1. perihal deras, kelajuan, kecepatan: oleh sebab ~ Tun Hamzah mengamuk, lalu pecahlah perang orang-orang Pasai itu; 2. kadar pergerakan (dlm sesuatu jangka waktu), kelajuan, kecepatan: lori itu dipandunya dgn ~ 60 kilometer sejam;
penderasan 1. perbuatan menderaskan (melajukan, mencepatkan), pencepatan, pelajuan; 2. perbuatan menderaskan (bunyi, suara, dsb), penguatan; 3. † bahagian yg deras arusnya (sungai);
penderas 1. alat (perkakas) utk menderaskan (mencepatkan gerakan dll), pencepat, pelaju; 2. lekas hilang pertimbangan, keburu nafsu, terburu-buru: engkau memang ~, jika hatimu tersinggung, lupalah engkau membezakan antara yg benar dgn yg salah.
derat Kl; menderat
berjalan dgn tidak tentu tujuan, merayau-rayau
derau I
bunyi spt bunyi hujan dibawa angin (air dicurah, riak atau ombak yg dibawa angin, dll);
berderau, berderau-derau, menderau, menderau-derau 1. berbunyi spt bunyi hujan dibawa angin (air dicurah, riak atau ombak yg dibawa angin, dll): kemudian kedengaran ombak menderu-deru dan berderau-derau bunyi riaknya; 2. ki tersentak (perasaan), tersirap (darah): ~ darahnya apabila terlihat Bedah sedang membasuh udang di atas pelantar; 3. tercetus dan berpanjangan bunyinya (bkn ketawa), berderai: tiba-tiba terdengar ketawa ~ dr dlm bilik guru;
derauan 1. bunyi yg berderau (menderau): di luar hujan turun mencurah-curah ~nya berselang-selang dgn bunyi desiran daun-daun kayu yg bergeser; 2. cetusan (ketawa) yg berpanjangan, deraian
derau II; berderau
bergotong-royong (bertolong bantu, bekerjasama) mengerjakan sawah: di Kedah, penanaman padi dibuat secara ~.
derawa
†; gula ~ air gula
derek (dérék) I
baris, deret
derek (dérék) II
= mesin ~ Id sj alat utk memunggah barang dr kapal dll, takal; mobil ~ Id kereta yg dilengkapi alat utk memunggah barang;
menderek memunggah barang dgn derek
deres (dérés)
Jw; menderes menyadap, menoreh
deresi (derési)
Id gerabak penumpang (kereta api), kereta penumpang (bas)
deret (dérét)
1. = deretan; 2. bersambung antara satu unit dgn yg lain menjadikan satu bangunan yg panjang (bkn kumpulan rumah atau kedai): masalah perumahan diatasi dgn mendirikan rumah-rumah ~; mereka berjalan-jalan di kaki lima kedai dua ~ itu; 3. kumpulan huruf atau perkataan yg berada dlm baris (yg satu di belakang atau di samping yg lain), baris: Ali memetik gitarnya sambil menyanyikan beberapa ~ pantun;
sederet (berada) dlm satu barisan, sebaris: ~ rumah kedai itu musnah dijilat api;
berderet 1. berbaris (yg satu di belakang atau di samping yg lain): Paduka Liku duduk ~ dgn Mahadewi; kanak-kanak sekolah berdiri ~ di sepanjang jalan raya itu; 2. = berderet-deret, berderetan berbaris (berjajar) panjang-panjang beruntun-runtun: mangsa kebakaran semalam, ~ berjalan ke tempat tumpangan mereka; 3. bp banyak (anak): dia mengaku dirinya masih bujang, tetapi anaknya ~ di rumah;
mendereti berderet pd, membarisi: kami melalui bandar yg didereti rumah batu yg tinggi-tinggi, bertingkat-tingkat;
menderetkan, memperderetkan menjadikan (menyusun) berderet-deret, membariskan: batu-bata itu dideretkan di keliling taman;
deretan 1. barisan: ~ bukit; ~ kedai; 2. deret (huruf, perkataan); 3. rentetan, siri: ~ peristiwa yg sama.
dergama
Jw fitnah.
derhaka
1. tidak taat atau khianat kpd negara (Tuhan, orang tua, dll), menentang kekuasaan yg sah: anak yg ~ dimurkai Allah; isteri yg ~ kpd suami; 2. = orang ~ = penderhaka orang yg mengkhianati negara (Tuhan, suami, dll): orang yg memasuki perkumpulan haram itu dianggap sbg ~; anak kunci jahat, peti ~ prb suami yg jahat itu lambat-laun akan ditentang isterinya;
berderhaka berlaku derhaka, berkhianat: orang-orang yg ~ kpd ibu bapa akan menerima balasan di akhirat kelak;
menderhaka melakukan perbuatan derhaka, menentang (melawan) kerajaan (orang tua, suami, dll): kesalahan spt ~, membunuh, dan melukakan orang adalah kesalahan jenayah;
kederhakaan hasil perbuatan menderhaka: para nabi diutuskan ke dunia ini kerana ~ dan penyelewengan ummah;
penderhakaan perbuatan menderhaka: Abdullah bin Saba telah memainkan peranan yg besar dlm ~ terhadap Sayidina Othman;
penderhaka orang yg menderhaka: dlm tempoh sebulan sahaja ~ -~ yg melakukan pemberontakan itu telah dapat diusir.
derham
† mata wang emas atau perak (masa dahulu); dirham
|